KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110217

Blog saya bukan blog berhantu, kenapa perlu takut


Saya ni kalau pergi mana-mana premis perniagaan, warung, kedai, restoran, kalau pada saya perkhidmatan yang diberikan adalah memuaskan pada citarasa saya, saya akan promosikan secara percuma di blog saya di http://waghih.blogspot.com/ . Kerana ianya bukan saja memberi manafaat kepada usahawan malahan memberi lebih pilihan kepada pengguna.

Saya tak tanya kepada usahawan atau pemilik perniagaan tersebut samada dia ahli UMNO ke, ahli PAS ke, ahli PKR ke, ahli DAP ke.

Kalau Melayu nak maju, kita harus ketepikan perbezaan fahaman politik dalam perniagaan.

Tapi pelik ada ketua jabatan di Negeri Sembilan ini yang takut dengan blog saya. Takut apa tak tahulah. Bila dapat tahu anak buahnya saya iklankan perkhidmatannya dalam blog saya, dia dah gabra (ada ke gabra dalam istilah DBP?).

Saya tahu , ada yang saya iklankan dalam blog saya ini penyokong tegar PAS, ada juga penyokong tegar UMNO, dan ada juga atas pagar.

“Come on lah”, bisnes is bisneslah.

Bukalah minda sikit wahai Melayu jangan nak melayu saja. Terutama Ketua Jabatan dan Pengarah Jabatan.

Takut hanya pada ALLAH.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kamus Dewan:
GABRA = keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut. Cth: dia kelihatan gabra apabila dimarahi oleh ibunya.

En Azman berkata...

PRK Merlimau SEMI D 2 Bilik , 2 bthroom, aircond, tv, kettle, iron, peti ais, mesin basuh, dapur,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 5000, . berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/