KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110213

Sedarlah, ramai miskin bandar, anak tak sekolah, tolonglah

Apa guna kita sambut Maulid Nabi tapi kita tidak hidup cara Nabi. Sifat Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin negara memahami dan memenuhi keperluan pengikutnya, baginda Rasulullah s.a.w., sebagai pemimpin yang miskin, membantu sesama mereka yang miskin. Walau pun Baginda s.a.w. dan keluarganya sendiri sering keputusan makanan, namun tugasnya bersedekah kepada orang-orang miskin yang lain seperti ahlus-suffah ini tidak pernah diabaikannya.

Sebelum Berarak Sambut Maulid Nabi bacalah Kisah ini dalam kertas kerja FORMULA MENANGANI KEMISKINAN DI MALAYSIA di
http://waghih.blogspot.com/2007/10/formula-menangani-kemiskinan-di-rembau.html

TERPAKSA JUAL PERABOT RUMAH ISI PERUT
Harian Metro 12 Feb 2011

SEREMBAN: “Kehidupan kami umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, malah pernah terpaksa menjual perabot rumah semata-mata untuk mengisi perut,” kata Syarifah Noor Asikin Ramlee @ Syed Mohamed, 41.

Ibu kepada dua anak dari Taman Seri Mambau berkata, berikutan kesusahan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa memakan ikan sungai yang dipancing suaminya bagi mengelak kelaparan terutama jika kehabisan bekalan makanan.

Menurutnya, dia memang mahu mengubah kehidupan keluarga termasuk teringin bekerja untuk membantu suaminya, tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana menghidap penyakit semput dan sering kepenatan.

“Saya memang teringin untuk bekerja bagi menambah pendapatan keluarga kerana gaji yang diperoleh suami sebagai pemotong rumput cuma RM500 dan pemungut barang terpakai tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

“Malah, akibat kesempatan hidup, anak lelaki bongsu yang belajar di tahun empat tidak ke sekolah kerana tiada duit untuk belanja dan tidak sanggup melihat anaknya ditimpa kesusahan” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terpaksajualperabotrumahisiperut/Article/index_html

Jangan lupa baca artikel kisah kemiskinan di Malaysia di bawah ini :

TERLALU RAMAI PELAJAR MISKIN BANDAR, BANTULAH MEREKA SEKOLAH 2011
http://waghih.blogspot.com/2010/12/terlalu-ramai-pelajar-miskin-bandar.html

HARGA NAIK, RAKYAT SUSAH, MAKAN SARDIN, BURUKKAN GOUT
http://waghih.blogspot.com/2011/01/harga-naik-rakyat-susah-makan-sardin.html

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Whats up! I simply would like to give an enormous thumbs up for the good
info you have right here on this post. I will likely be coming back
to your blog for extra soon.

Review my homepage :: SEO

Tanpa Nama berkata...

Howdy! I just wish to give a huge thumbs up for the great information you could have here on this post.
I will likely be coming back to your blog for extra soon.


My site - seo

Tanpa Nama berkata...

Hi there! I just want to give an enormous
thumbs up for the good information you’ve gotten right here on this
post. I might be coming again to your blog for more soon.



my web blog: seo services in bangalore