KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110221

Anak bunuh ibu, ramai sangat ke org N.Sembilan gila?

Lagi kes bunuh saudara rapat. Kali ini anak disyaki sakit mental menikam mati ibu kandungnya di Bahau, N.Sembilan. Bilakah ini akan berakhir? Adakah ini bala untuk semua umat, 1Ummah, di Malaysia ini? Marilah kita sama-sama menyeru kepada kebaikan, berbaik sangka, kembalilah kepada Islam keseluruhannya. Media harus memainkan peranan tak kiralah media pro mana-mana, kurangkanlah isu politik melampau, lihat masyarakat, jiran, saudara sekeliling kita.

Negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Analisis isu ini di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html


IBU MAUT DITIKAM ANAK SAKIT MENTAL
Utusan Malaysia 21 Feb 2011


Di atas katil inilah Jemelah Muhamad (gambar kecil) mati selepas ditikam oleh anaknya di Felda Kepis, Negeri Sembilan, semalam.
---------------------------------

KUALA PILAH 20 Feb. – Kehidupan seorang ibu berakhir di tangan anak kandungnya sendiri apabila dia mati akibat ditikam di rumah mereka di Felda Kepis, kira-kira 25 kilometer dari sini kelmarin.

Jemelah Muhamad, 53, hanya sempat menjerit apabila dia dikatakan ditikam di bahagian dada dengan menggunakan sebilah pisau oleh anak lelakinya yang berusia 28 tahun, kira-kira pukul 8 malam.

Ketika itu, mangsa berada di atas katil di dalam bilik, manakala suaminya, Sohaimi Maidin, 53, berada di pekarangan luar rumah mereka.

Terkejut dengan jeritan isterinya itu, Sohaimi bergegas masuk ke dalam rumah dan menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya lihat anak lelaki saya berada di dalam bilik itu.

Tanpa berfikir panjang, saya terpaksa memukul anak saya dan menariknya keluar sebelum menyelamatkan isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini hari ini.

Beliau kemudian segera membawa isterinya keluar dan meminta pertolongan jiran untuk membawa Jemelah ke hospital.

Menurut Sohaimi, anak lelakinya itu tidak melawan selepas ditarik keluar dan hanya duduk diam seperti orang terkejut melihat apa yang telah berlaku.

Isterinya ketika itu masih bernyawa meskipun dalam keadaan cedera parah.

Jemelah kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

“Bagaimanapun, isteri saya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang semalam (Sabtu),” katanya.

Sohaimi memberitahu, anaknya yang menghidap masalah mental itu mempunyai surat pengesahan dari hospital tentang penyakitnya itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

POLIS TEMBAK MATI LELAKI MENGAMUK SERANG POLIS DENGAN PARANG
Harian Metro 9 Feb 2011

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an
itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. – Bernama
http://waghih.blogspot.com/2011/02/rakyat-malaysia-ramai-sakit-mental.html

HIDAP SKIZOFRENIA
Harian Metro 3 Sep 2010

SEREMBAN: Hari terakhir perbicaraan semalam menyaksikan seorang pakar psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Rasidi Ismail, 32, dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, awal Januari lalu, disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami delusi dan halusinasi sejak beberapa tahun lalu.
http://waghih.blogspot.com/2010/09/gejala-sakit-mental-sama-parah-gejala.html

Tiada ulasan: