KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110215

Ketika kita sambut Maulid Nabi, 4 beranak ikat perut di stor usang

Artikel saya sebelum ini SEDARLAH, RAMAI MISKIN BANDAR, ANAK TAK SEKOLAH, TOLONGLAH MEREKA di http://waghih.blogspot.com/2011/02/sedarlah-ramai-miskin-bandar-anak-tak.html .

4 BERANAK IKAT PERUT DI STOR USANG
Harian Metro 15 Feb 2011

TELUK INTAN: “Sejak berpisah dengan suami kira-kira 11 tahun lalu, saya bersama tiga anak terpaksa menempuh hidup penuh mencabar seperti minum air saja selama beberapa hari kerana tiada wang membeli makanan, malah sepanjang tempoh itu, kami juga tidak dapat meraikan hari raya.

“Ada masa kami makan nasi bersama pucuk ubi sekali sehari. Namun, keperitan dan kesusahan hidup kami tidak pernah diketahui orang luar kerana saya tidak mahu menagih simpati. Saya juga malu meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Minizah Muhammad, 38.

Minizah seorang ibu tunggal, menjalani kehidupan penuh daif bersama tiga anaknya berusia antara 11 hingga 18 tahun di sebuah stor usang peninggalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, dekat sini.

Dengan pendapatan RM350 sebulan bekerja sebagai pembantu kedai runcit, Minizah tiada pilihan selain tinggal di stor usang yang kotor, berbau busuk dan turut didiami binatang berbisa.

“Saya dan anak sudah lali terserempak haiwan liar sejak tinggal di stor ini. Saya bersyukur kerana setakat ini belum ada kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya tidak mampu menyewa rumah lain kerana semua wang pendapatan saya digunakan untuk menanggung perbelanjaan termasuk persekolahan anak-anak.

“Ia memang tidak mencukupi, tapi saya bersyukur kerana ketiga-tiga anak memahami kesengsaraan hidup keluarga kami,” kata Minizah.

Lebih menyayat hati, kesempitan hidup juga menyebabkan Minizah dan tiga anaknya tidak mampu menyambut Aidilfitri dan Aidiladha sejak 11 tahun lalu.

“Biarpun anak-anak tidak bersungut dan memahami kesusahan hidup kami, saya sebagai ibu begitu sedih kerana tahu jauh di lubuk hati mereka, masing-masing mahu meraikannya bersama rakan sebaya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beranakikatperutdistorusang/Article/index_html

Tiada ulasan: