KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110102

Pertunjukan roket, jet, kapalterbang tiap Sabtu d Seremban


Cuti tahun baru semalam pada Sabtu 1 Jan 2011saya berkesempatan menunaikan hajat seorang kenalan internet yang ingin berjumpa dan menunjukkan roket ciptaanya di tapak bekas kem Paroi di Seremban. Zainal namanya. Sementara menunggu Zainal datang di tempat tersebut saya melihat beberapa orang sedang bermain kapalterbang dan jet kawalan jauh. Dalam hati saya menarik juga bekas tapak kem Paroi ini, berpotensi dijadikan tempat tumpuan pelancong dan keluarga di hujung minggu.

Salah seorang yang bermain alat kawalan jauh itu ialah Safri yang mempunyai kedai yang menjual pelbagai jet, helikopter dan jet kawalan jauh yang canggih dan bersaiz besar di Plaza MARA Seremban (alamat penuh dan laman webnya di bawah). Salah seorang yang main pula sambil berbual berkata, dalam setahun dia membelanjakan hampir RM100,000 untuk hobi tersebut. Di rumahnya dah tidak ada tempat untuk letak jet dan kapalterbang. Lalu saya kata sepatutnya pihak tertentu mengambil inisiatif mengadakan pameran untuk menarik golongan pelajar dan remaja meminati bidang aeroangkasa seperti pihak Muzium Negeri, Majlis Agama dan sebagainya.

Kemudian Zainal pun datang bersama anak lelakinya. Terperanjat saya, dia membawa pelbagai versi roket air berserta payung terjun, kamera dan alat pelancar yang canggih, memang canggih sungguh , siap dengan tolok tekanan udara, pelepas dan sebagainya. Katanya dia ke tapak kem tersebut setiap Sabtu. Hebat betul saya tengok, lalu saya tanya ada tak mana-mana pihak menawarkan dia membuat demonstrasi terutama pihak sekolah. Katanya tidak.

Malang sekali kita sudah hantar angkasawan dari Seremban pula tu, tapi aktiviti aeroangkasa di Negeri Sembilan ini boleh dikatakan tidak mendapat sokongan langsung daripada mana-mana pihak.

JADI. Jangan salahkan Mat Rempit dan Mat Drift gunakan tapak kem Paroi ini untuk melakukan aksi berbahaya apabila kita sendiri tidak memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti bermanafaat bersama keluarga.

Sesiapa atau mana-mana wartawan yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai roket dan pelancar canggih Zainal bolehlah menghubungi beliau di 013-3509760 atau boleh menonton video di
http://amal-ns.blogspot.com/2010/12/roket-air-paroi-jaya.html

Atau boleh juga orangramai datang ke bekas tapak kem Paroi setiap pagi hujung minggu , kerana kebiasaannya mereka akan bermain di situ.

Dan maklumat kedai permainan alat kawalan jauh :

Encik Safri bin Semail
RC HOBBY FLY
G.05 Seremban Plaza (Bangunan MARA), Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban
Tel : 019-3976021 , 019-6692214 , 06-7674802
E-mel : rchobbyfly@yahoo.com
Laman web : http://rchobbyfly.webs.com/
http://usahawann9.blogspot.com/2009/09/rc-hobby-fly.html









1 ulasan:

rommel berkata...

Salam..

Pihak berwajib patut memulihara kawasan padang terbang ini agar generasi yang akan datang dapat melihat sendiri warisan sejarah ketenteraan di Negeri Sembilan. Terdapat satu hangar Auster yang terletak bersebelahan bangunan Tinju masih utuh. mhg.mymalaya.com