Saya dimaklumkan baru-baru ini akan seorang pengetua di Negeri Sembilan yang cemerlang. Sebut saja nama pengetua tersebut isteri saya kata, pengetua tu memang cemerlang, pergi mana-mana sekolah, keputusan sekolah tersebut akan melonjak naik. Antara rahsianya ianya pengetua tersebut meletakkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelas yang berasingan. Lantas saya kata memang orang Israel pun mengambil pendekatan serupa untuk melahirkan pelajar yang lebih bijak, iaitu dengan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan.
Seorang pengetua di Negeri Sembilan telah membuktikan kebenaran teori tersebut dengan melonjak naik keputusan sekolah tersebut dalam PMR 2010. Israel pula dah lama guna pendekatan tersebut. Kementerian Pelajaran bila pula nak menggalakkan pendekatan tersebut?
Siapakah pengetua tersebut? Tanya-tanyalah orang di Jabatan Pelajaran.
Orang Israel tiru orang Islam, atau orang Islam tiru orang Israel?
Artikel sebelum ini : Rahsia pelajar Israel bijak, mereka asing lelaki dan perempuan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/12/rahsia-pelajar-israel-bijak-mereka.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan