KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110120

Rukun Tetangga pun turut diserang, tiada yang selamat sekarang



Vandalisma semakin menjadi-jadi di seluruh Malaysia. Menunjukkan ada yang tidak kena dengan masyarakat kita. Semua program untuk masyarakat sihat nampaknya gagal hinggakan papan tanda Rukun Tetangga di Taman Desa Dahlia, Senawang pun turut menjadi mangsa vandalisma. Mungkin kita perlu pendekatan yang diamalkan dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mengatasi pelbagai kemelut di Malaysia sekarang ini, pendekatan berhemah, bijaksana, bukan geram, marah-marah.


Khamis Januari 20, 2011
AKTA BARU PERLU DIGUBAL UNTUK KAWAL VANDALISME - MCPF

KUALA LUMPUR: Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Vandalisme perlu digubal untuk menangani perbuatan merosakkan harta awam yang semakin meningkat di negara ini, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, undang-udang baru itu perlumemperuntukkan denda lebih tinggi serta mewajibkan mereka yang disabitkan kesalahan, melakukan khidmat masyarakat.

"Ini boleh dibuat sekarang kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan, yang tidak membenarkan penggunaan buruh paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Bagi pesalah berulang, Akta ini perlu memperuntukkan hukuman penjara tidaklebih dua tahun serta sebat, tertakluk kepada Kanun Prosedur Jenayah, katanya.

Lee berkata, walaupun perbuatan merosakkan harta awam di Malaysia tidak seteruk seperti di kebanyakan negara Barat, namun ia tetap merupakan masalah serius yang perlu ditangani secara berkesan.

Katanya, undang-undang kecil vandalisme yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan ketika ini tidak memadai untuk menyelesaikan masalah itu.

Perosak harta awam sering menjadikan kemudaham awam seperti telefon awam, tong sampah, lif, meter parkir, pondok hentian bas, papan tanda dan tandas awam sebagai sasaran mereka, kata beliau.

"Memanglah telah dikenal pasti bahawa perbuatan merosakkan harta awam perluditangani melalui pendidikan, penerapan nilai murni, tanggungjawab sosial dankesedaran sivik.

"Tetapi, pendidikan semata-mata tidak mencukupi, ia perlu disokong oleh undang-undang ketat serta penguatkasaan secara tegas," kata Lee. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/20/mstar_berita/20110120121603&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: