KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110115

Keenakan Little Terengganu di Seremban



Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam adalah merupakan makanan yang popular di pantai timur khususnya di Terengganu dan Kelantan. Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan ada kelainan citarasa yang tersendiri. Mereka yang inginkan citarasa Kelantan boleh didapati di gerai-gerai luar Pasar Ampangan, Seremban pada waktu pagi. Tetapi agak sukar mencari makanan citarasa Terengganu di Seremban.

Mereka yang ingin merasakan makanan citarasa Terengganu ini bolehlah berkunjung ke Kafetaria Terengganu di Taman Lavender Height, Senawang berhampiran dengan Hospital Pakar Senawang (Senawang Specialist Hospital).

Ianya dibuka untuk makan pagi dan tengahari pada ketika ini.

Mungkin elok setiap bandar di Malaysia ini diadakan tempat Little Terengganu, Little Kelantan, Little Negeri Sembilan dan seterusnya agar keunikan makanan setiap negeri itu terdapat di seluruh pelusuk Malaysia.

Selamat Mencuba.

18 ulasan:

Amin berkata...

Salam Tuan, kalau ada lokasi google map lagi senang untuk orang luar cari.. Di mana sebenarnya lokasi ni? Org Seremban tau le kot.. Orang KL susah sikit kalau tak tau lokasi sebenar

Tanpa Nama berkata...

masakannya sedap la juga...restoran ni belakang ofis saya...tokey kedai tu, bini dia org ganu, laki dia org n9...

PEMILIK KAFETARIA TERENGGANU berkata...

Assalammualaikum,saya bagi pihak "KAFETARIA TERENGGANU" mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik blog berkenaan kerana sudi mempromosi "KAFETARIA TERENGGANU" yg baru beroperasi sejak awal Oktober 2010. Sebenarnya kami bru mengetahui kewujudan komen pemilik blog ini melalui makluman drp beberapa org pelanggan yg tlh berkunjung ke sini.Kami mengalu alukan kunjungan para pelanggan yg berhajat menikmati rasa NASI DAGANG TERENGGGANU ASLI, KEROPOK LEKOR, LAKSA, NASI KERABU, serta hidangan makan tghari. Terbaru kami menyediakan nasi ayam utk hidangan tghari.Untuk makluman kami dlm usaha menambah HIDANGAN TERENGGANU dari masa ke semasa berdasarkan aliran kunjungan pelanggan.
Terima kasih sekali lagi kpd pemilik blog ini. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Boleh tahanla masakan nya..tp harga nya mahal skit..mungkin sebab sewa nye mahal kot..

Othman ahmad berkata...

rasanya harga berpatutan.masakannya sedap dan asli. skrg brg mentah mahal.laukpun byk pilihan. kira ok lah tu

rais berkata...

makanan dan minuman bagi saya sedap,
tapi klau kurangkan harga skit lagi sedap,

PEMILIK KAFETARIA TERENGGANU berkata...

SILA LIHAT ATTACHMENT DI BAWAH UTK LOKASI :

http://www.bolton.com.my/bolton/content.aspx?sect=currproject&display=project&projectname=Lavender%20Heights&v=Location

syarifah berkata...

harga die mahal,tk kuasa nk mkn lgi!

Gganukite..... berkata...

Biasa & standardlah harga makanan & minumannya. As long as rasanya bolih deliver dan tastenya macam masakan terengganu, pada saya satisfied & bestlah ...!!
Congrats......Gganukite

Ita berkata...

rest.lain lebih kurang sama gak harganya... nak murah masak sendiri le. kpd owner cafe teruskan usaha anda

org ampangan berkata...

saya tiap ari mkn kt sini.tk mahalpun.lauknya mcm2. klu ambik lauk sampai tak nmpk nasi mang la chargenya pn lebih

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak diikutkan, harganya hampir sama dengan beberapa kedai lain. (tapi xdola plak org komplen). kalu betul dpt kurangkan harga.. bagus jgk. jika nak dibandingkan dengan gerai tepi jalan.. memangla dia mahal sikit. walaubagaimanapon, ari jumaat konfirm kami satu group singgah sini. mana nak cekau nasi dagang teganu ori kat seremban ni. sejak aku duduk senawang ni, dah puas aku pusing cari kedai makanan teganu. Ni baru jumpa. Lokasi: kalu korang dari tol senawang.. jalan je terus sampai lepas bangunan TROX (org senawang rasonya kenal bangunan ni.. tanyola kejap), kedian masuk kanan traffic light seterusnya. lepas tu.. ado la kedai kat deretan situ.

Pak Lang Rembau berkata...

Dah tutup ko? Den cari tak jumpo lai. Dulu ponah makan sekali, raso ee sodap lagi yang ke dopan pasar Ampangan.

Tanpa Nama berkata...

Slm org teganu di srembang. Jong gi makang ikang aye singgang & kembong percik. 7 thn doh kawang dok sinii baru ari ni jumpa ikang singgang dgn budu t ksh lah banyok kafe teganu . Adnan & yana

Tanpa Nama berkata...

kuih bepang dr ganu xado ko? xpolah nnt den poie yolah try mkn :)

cik ida berkata...

semuga brtambah maju k.leha...nk pg mkn laksa lg r...hehehe

Tanpa Nama berkata...

nasi kerabu entah apa2 rasa.. kerabu mende gitu kalu stakat camboh, doh la mahal.
maaf kabo la deh, ambe org ganu.. malu nok ngaku ni nasi krabu org ganu...
buang la wey nama terengganu tu.. wak malu nama ngeri ganu je.. kabo kepok lekor ade, tapi bile gi abis xdok stok pulok... kene bnyok blajor lagi tokey kedai ni... buang minyok ja ambe dari seremban 2 mari sini semata2 nak makan msakan ganu,. tapi,.. hampehhhh

Tanpa Nama berkata...

Ni kalo setiap blog ade komen deme ni rasenya bukan customer sgt ni tp sek2 wehi deki ke bangse sendiri ni.. Deme g blajo adat nge adab dlu la sebelum komen deh.. Wat malu org ganu je deme ni . Budi bahase kosong . Boo~