KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110106

Masalah bumbung Jejantas Ampangan , Seremban



Orang ramai berharap keadaan bumbung jejantas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Ampangan, diperbaiki segera.

Utusan Malaysia 6 Jan 2011

SEREMBAN 5 Jan. – Pada 25 November tahun lalu, orang ramai termasuk pelajar melahirkan rasa bimbang dengan keadaan bumbung jejantas itu yang rosak teruk selain tidak diselenggara dengan baik.

Keadaan itu bukan sahaja membahayakan pelajar sekolah yang menggunakan jejantas berkenaan untuk melintas jalan utama tetapi juga orang ramai yang mahu membuang sampah.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di jejantas itu hari ini juga mendapati, keadaan bumbungnya masih lagi tidak dibaiki dan orang ramai terus mengharap ia segera diatasi.

Lagipun ketika ini ramai pelajar dari Sekolah Kebangsaan Ampangan di situ menggunakan jejantas berkenaan untuk berulang alik dari sekolah ke kawasan rumah berdekatan.

Difahamkan beberapa kerosakan teknikal lainnya telah dikesan termasuk aspek berkaitan jeriji jambatan berkarat, bumbung terbuka serta wujudnya keretakan pada struktur jambatan.

‘‘Kasihan melihat anak-anak kita menggunakan jejantas yang rosak dan tidak selamat ini. Bantulah kami, supaya ia dapat dibaiki secepat mungkin,” kata Ahmad Rifaie Razif, 34, di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Tiada ulasan: