"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20110131
Jom hadiahkan buku untuk banduan di Jelebu
InsyaAllah Jawatankuasa Surau Taman Alamanda Senawang akan menyokong usaha ini. Kepada sesiapa di sekitar Senawang yang ingin menyumbang buku terpakai yang masih dalam keadaan baik dan mengikut topik yang dikehendakki di bawah ini boleh letakkan di Surau Taman Alamanda. Sila masukkan dalam kotak atau plastik dengan kemas dan tulis, SUMBANGAN BUKU UNTUK INSTITUT PEMULIHAN DADAH DAERAH JELEBU.
Buku terpakai untuk banduan
Sinar Harian 31 Jan 2011
TITI - Masyarakat setempat dipelawa menyumbang buku terpakai kepada Institut Pemulihan Dadah daerah Jelebu dalam membantu pihak berkenaan mendidik banduan yang sedang menjalankan proses pemulihan.
Pengarahnya, Penolong Komosiner Penjara, K. Anathuria, berkata, sumbangan ini penting dalam mewujudkan sebuah perpustakaan di dalam institut berkenaan dan melengkapkan banduan dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan setelah selesai menjalani hukuman.
“Kini kita mempunyai beberapa koleksi buku, namun ia tidak mencukupi terutamanya buku yang berunsur keagamaan, motivasi, psikologi, kepimpinan, pengetahuan dan buku yang berbahasa Mandarin dan Tamil.
“Selain itu, kita telah bekerjasama dengan pihak Perpustakaan Negeri Sembilan dalam mempelbagaikan jenis buku di perpustakaan dengan meminjam 200 buku dari badan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Hari Keluarga Institusi Pemulihan Dadah daerah Jelebu tahun 2010 di padang institusi berkenaan.
Menurutnya, kewujudan perpustakaan tersebut dapat mengisi masa lapang banduan dan mengelakkan mereka dari berkumpul menceritakan perkara negatif sepanjang mereka melakukan jenayah.
“Di samping itu, kita turut mengadakan kelas 3M (membaca, menulis dan Mengira) kepada banduan yang buta huruf dan guru tersebut terdiri daripada banduan yang terpelajar serta dipantau warden penjara.
“Oleh itu, saya mempelawa seluruh masyarakat atau ahli keluarga banduan untuk menderma buku kepada pihak Institusi Pemulihan dalam mengisi masa lapang pada setiap Sabtu dan Ahad.
“Sebarang keterangan dan sumbangan boleh menghubungi menerusi talian 06-6111224 atau 06-6111248,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8695106.asp
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
We absolutely love your blog and find a lot of your post's to be exactly what I'm looking
for. Would you offer guest writers to write content for yourself?
I wouldn't mind composing a post or elaborating on a number of the subjects you write about here. Again, awesome site!
My webpage :: Discover More Here
What's up, yup this piece of writing is really good and I have learned lot of things from it regarding blogging. thanks.
Here is my page ... Book Of Ra Android Boerse
Yes! It operates additionally with a Lexmark E210 with this operation .
.. Thanks significantly! I'm extremely satisfied to continue to use my printer!
Visit my blog post; Xerox Phaser 8560 maintenance kit
Catat Ulasan