KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160223

Perlu bantuan bina bilik mandi/tandas



Penghuni rumah di Rembau ini sejak sekian lama menggunakan air perigi pam tangan. Airnya bersih dan segar, tiada keperluan untuk sambung bekalan air paip, kerana ini lebih menjimatkan. Yang perlu ialah pasang dinding dan tandas, kerana penghuni rumah ini mandi pada waktu malam kerana tiada dinding, serta menumpang tandas di tempat lain. Mereka yang ingin menyumbang untuk membina bilik mandi/tandas sila hubungi 0122267406 (Rozmal).

Harga keseluruhan @ lumsum utk kerja2 bina tandas/bilik mandi RM 4500,

- bina dinding saiz 10' X 8' kiri dan blkg.
- pasang jamban duduk serta melantai simen bersaiz 10' pjg X 8' lbr.
- bina lubang jamban bersaiz 6' dlm X 3' lebar beserta pasang paip 4" X 10' pjg.
- pintu bilik air 1 unit.
- wayering lampu ke bilik air.



Pelajar kolej perlu bantuan baiki komputer



Seorang pelajar miskin di Kolej Vokasional Rembau berasal dari Gemencheh perlukan bantuan untuk baiki komputernya. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal). Di bawah ini anggaran kos baiki ;

PC repair & service :
1) Formating & updating - RM80
2) Labour - RM50
3) Power Supply - RM169
4) RAM - RM129

TOTAL : RM428



Bantuan katil, tilam khas dan kipas

Baru-baru ini dipaparkan kisah pakcik Mohamad bin Nordin, 77 tahun yang mengidap pelbagai penyakit di Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban memerlukan katil, tilam mudah basuh dan kipas. Hari ini kami telah menyerahkan katil, tilam yang dibalut khas dengan PVC serta kipas hasil sumbangan para penderma. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga ini.





20160222

Bantuan tukar/baiki atap yang bocor teruk diperlukan



Puan Habibah di Kg Semerbok, Rembau sebelum ini tinggal di rumah yang separuh siap. Hanya mendiami di bahagian dapur yang beratapkan kanvas. Baru-baru ini ada hamba Allah telah menyumbang untuk memasang atap. InsyaAllah, lepas ini kami akan cuba mencari dana untuk menukar atap rumah Encik Kamal di Kg Pilin pula yang bocor teruk.





20160215

Perlu sumbangan katil bujang dan kipas



Pakcik Mohamad Nordin 77 tahun di Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban yang mengidap pelbagai penyakit, kencing manis dsbnya, mengharapkan cucu-cucu serta jiran untuk mengurus diri. Anak perempuannya pula mengidap sakit buah pinggang yang perlukan rawatan. Keluarga ini bergantung sepenuhnya bantuan JKM, Baitul Mal dan Perkeso. 

Katil dan tilam saiz besar yang digunakan oleh pakcik Mohamad tidak sesuai, kerana berat untuk mengangkat tilam yang perlu selalu dibasuh dan dijemur. Untuk memudahkan urusan menjaga pakcik Mohamad, kami bercadang untuk bila katil saiz bujang, manakala tilam pula akan dibalut dengan pelapik sarung khas PVC agar mudah untuk dicuci. Pakcik Mohamad juga memerlukan 1 kipas berdiri kerana rumahnya beratap zink yang rendah tanpa siling. 

Pakcik Mohamad adalah merupakan abang kepada seniwati Noran Nordin (arwah) sezaman dengan P.Ramlee. 

Mereka yang ingin menyumbang katil/tilam bujang, kipas berdiri bolehlah hubungi 0122267406 (Rozmal)