KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150112

MAJLIS CERAMAH




MAJLIS CERAMAH
Sempena Sambutan Maulid Nabi
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Sabtu 17 Januari 2015
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rumah siap, kemudahan tiada



Mungkin kos pembinaan rumah ini RM20,000 yang pada pandangan saya adalah murah maka bekalan elektrik dan air tidak dapat disediakan. Oleh itu peranan masyarakat setempat untuk membantu. Harap sahabat di Kuala Pilah dapat kumpul maklumat berapa kos diperlukan untuk pasang air dan elektrik. InsyaAllah sama-sama kita bantu.


Rumah siap, kemudahan tiada
12 Januari 2015

KUALA PILAH - Seorang penerima bantuan sebuah rumah menerusi sistem e-Kasih melahirkan rasa gembira apabila akhirnya mendapat tempat berteduh sejak sekian lama tinggal di rumah usang di Kampung Ulu Pilah.

Bagaimanapun, kegembiraan itu terhenti apabila rumah yang bakal didiami oleh Mohd Nor Sam Mohd Yatim, 59, tidak ada bekalan elektrik dan air.

“Rumah yang memiliki sebuah bilik, sebuah dapur dan tandas cukup selesa buat pakcik kerana pakcik pun tinggal seorang sahaja. Tetapi pakcik agak terkilan kerana rumah ini tidak disediakan bekalan air dan elektrik.

“Pakcik tiada niat untuk membuat aduan tentang hal ini, tetapi bila tiada elektrik dan air, serupa juga pakcik tinggal di rumah yang lama itu. Pakcik tiada pendapatan tetap, hanya bekerja kampung. Tidak mampu untuk memasang bekalan elektrik dan air,” katanya rumah itu juga tidak memiliki longkang.

Tambah Mohd Nor, kini, dia hanya memandang sahaja rumah yang telah siap bulan Disember lalu dan kini masih tinggal lagi di rumah usangnya itu.

“Kalau pakcik tinggal di rumah baharu ini pun sama juga, tiada apa-apa kemudahan. Pakcik masih lagi menadah air hujan untuk dijadikan bekalan air dan ditemani lilin setiap hari.

“Rumah baharu ini, agak panas berbanding rumah kayu pakcik ini. Bagaimanapun,  pakcik gembira ada sudi membantu dan sangat berterima kasih di atas sumbangan  ini," katanya.

Mohd Nor Sam turut menjelaskan peruntukan bantuan rumah itu bernilai RM20,000 selepas ia mendapat maklumat daripada pihak kontraktor yang dilantik.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/rumah-siap-kemudahan-tiada-1.349781

Pengambilan Pelajar Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau menawarkan tiga kursus pengajian untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595

20150111

Rayuan Sumbangan Sekolah Tahfiz


Pembinaan Sekolah Tahfiz Al Gontory di Chengkau, Rembau kini sedang giat dijalankan. Diperlukan sekitar RM 15,000 ke RM 20,000 lagi untuk bumbung bangunan dan struktur pembinaan lain. Sumbangan kewangan atau bahan binaan adalah amat dialukan. Mereka yang ingin membantu sila hubungi Ustaz Septiyan 0132646001 ;

Mereka yang ingin menyumbang sila dapatkan maklumat lanjut di http://tahfizalgontory.blogspot.com

atau salurkan ke akaun Maybank, TARB GONTORY RESOURCES
562843505815

Yang memanjangkan hajat,

Hj Rozmal bin Malakan
Tel 0122267406
FB : Rozmal Malakan
11 Jan 2015

Bantuan persekolahan yang tidak berguna?

Esok 12 Jan 2015. Banyak keluhan diterima. Antaranya ada pihak yg biasa beri bantuan baju sekolah di N.Sembilan ini dimaklumkan ada masalah. Samada kes terpencil, belum dapat saya pastikan lagi.

Tahun sebelum ini mereka menerima voucher yg boleh mereka pilih sendiri saiz baju sekolah yg sesuai.

Tapi tahun ini mereka diberi voucher tempah baju sekolah di kedai jahit. Malangnya baju yg ditempah terlalu besar. Terpaksalah anak anak mereka memakai baju sekolah yg lama, yg mungkin sudah lusuh.

Yang menerima info,

Hj Rozmal bin Malakan
Tel 0122267406
FB : Rozmal Malakan
11 Jan 2015

Masih adakah yg sudi bantu keluarga yg kesusahan ini di Melaka?

Mesej di bawah ini saya terima pd pagi Ahad 11 Jan 2015. Mereka yg ingin membantu sila hubungi terus keluarga ini, Pn Anis 0105265224 ;

"tn hj sekarang ni anak saya yg tingkatan 1 dan darjar 5..pakaian dan buku selesai..darjar 5 bayaran sek ptg je belum bsyar. yg tingkatan 3 masih dlm urusan pindah sek, saya pindah ke sek berhampiran dgn rumah..keadaan suami saya sakit..x larat nak urus g blik ke asrama..bas awam nak ulang alik ke sek pun tak ada kat kg saya. dan masih belum beli buku lg.

yg tingkatan 5 yuran tahun lepas masih x berbayar..saya minta tangguh je sblm spm..cuma nak kenay beli seluar, kasut,dan buku...esok mula sek.

saya memang x boleh buat apa sekarang ni..hadap suami.. dgn mak saya juga sakit.."

Yang menerima info,

Hj Rozmal bin Malakan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
11 Jan 2015

Doktor bukan Islam yang amat prihatin nasib pesakit Islam


ALLAHUAKBAR, doktor yg beri pinjam duit dia doktor bangsa Sikh

Susulan pesakit tak cukup duit bayar bil Hospital Seremban pada 10 Jan 2015. Berikut mesej dari anaknya,

“Mak da blik,
Tadi sy pinjam duit ada Doctor kat Hospital tu,dia bagi pinjam RM200,kawan abang RM100,sy jual barang pribadi sy dapat RM200.
Cukup terus bayar tadi..
Cume sy kena cari duit nak bayar duit Doctor tu hari Isnin..”

Yang menerima mesej,
Hj Rozmal bin Malakan
Senawang
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

20150109

Ketua Menteri Melaka berang barang didermakan dijual




9 Jan 2015

MELAKA: Ketua Menteri berang dengan sekumpulan sukarelawan di negeri ini yang didakwa menjual makanan dan pakaian yang disumbangkan untuk mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.

Datuk Seri Idris Haron berkata beliau diberitahu terdapat beberapa anggota dari 1,000 orang kumpulan sukarela yang telah terlibat dengan Melaka untuk membantu dalam kerja-kerja bantuan banjir sejak 23 Disember telah mendapat keuntungan dari barang-barang yang didermakan dengan menjualnya kepada mangsa banjir yang terdesak dengan harga yang melambung tinggi.

Dalang tersebut dipercayai telah menjual mi segera pada RM4 hingga RM5 setiap pek, kemeja-T pada harga RM10 setiap satu dan air botol pada harga yang tinggi.

Mereka juga didakwa menjual antara RM8 dan RM20 untuk sardin dalam tin dan beras.

Idris berkata ribuan bungkus mi segera telah disumbangkan oleh pengeluar makanan berpangkalan di Ayer Keroh - salah satu penyumbang terbesar kepada misi kemanusiaan di negeri ini.

Tambahnya, badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah membawa pakaian baru.

"Barang-barang ini kemudiannya dijual kepada mangsa-mangsa oleh sukarelawan yang tidak bertanggungjawab untuk keuntungan.

"Kita tahu siapa individu-individu ini, tetapi saya tidak akan menamakan mereka buat masa ini," katanya selepas merasmikan  Menara Hasil Melaka, Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh Gabenor Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Ayer Keroh semalam.

Difahamkan Pejabat Ketua Menteri sedang mengumpul bukti sebelum mempertimbangkan tindakan terhadap sukarelawan yang ingkar selepas mendapat maklumat dari wakil-wakil beberapa NGO.

"Malangnya, niat murni kita telah difitnah oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab," kata Idris.

Melaka, katanya, telah menghantar barangan bantuan bernilai RM2.5 juta kepada negeri-negeri dilanda banjir, dengan misi kemanusiaan yang terbaru semalam menghantar barangan bernilai hampir RM300,000.

PAKEJ SUMBANGAN PEK KESIHATAN UNTUK MANGSA BANJIR




Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dengan kerjasama Kedai Runcit Azhar kini menawarkan Pakej RM30 berupa barangan kesihatan dan pelbagai barangan lain antaranya sabun mandi, sabun buku basuh baju, sabun basuh pinggan, ubat gigi, berus gigi, lilin, mancis dan minyak angin untuk disalurkan ke Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi atau mengunjungi Kedai Runcit Azhar, No 80/224 Jln Selaseh 4, Kg. Sentosa, Paroi, 70400 Seremban, atau menghubungi Sdr Azizul 0129740363

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
9 Jan 2015