KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150506

Pembeli kecewa rumah terbengkalai

Semoga pembeli rumah di Rembau ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Semoga pembeli rumah di Rembau ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pembeli kecewa rumah terbengkalai
6 Mei 2015

REMBAU – Impian pembeli rumah di Taman Rembau Bayu di sini, untuk mendiami rumah mereka berkecai apabila rumah yang sepatutnya siap penghujung bulan lalu, masih lagi terbengkalai hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati terdapat rumah yang masih lagi bercerucuk dan peratusan siap rumah bagi 38 unit juga berbeza-beza di mana ada antaranya yang sudah siap berbumbung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Projek Perumahan Taman Rembau Bayu, Abd Aziz Hamid, 62, dia mula menyedari projek perumahan berkenaan terbengkalai apabila pihak pemaju tidak lagi menuntut bayaran tunai daripadanya September tahun lalu.

“Saya bayar tunai ikut peratusan projek rumah saya siap.  Unit rumah yang saya beli sudah siap 45 peratus dan saya juga sudah membayar secara tunai sebanyak RM140,000 daripada harga rumah iaitu kira-kira RM285,000.

Manakala, bagi Jumaat Misran, 52, dia berasa kesal apabila rumah pertama yang dibeli anaknya, Mohd Ridzwan Jumaat, 28, terbengkalai sedangkan bayaran bulanan institusi perbankan sudah mula dibayar sebanyak RM380.

Projek perumahan Taman Rembau Bayu dilancarkan

REMBAU 4 Nov. 2012 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Ir. Zaifulbahri Idris.

20150505

Minta bantuan, tapi bila beri betis nak peha pula

Ada segelintir kecil orang susah apabila dibantu untuk dibaiki rumah mereka yang sudah terlalu usang serta uzur menanti masa untuk roboh, bajet yang disediakan hanya cukup untuk membaiki rumah tersebut. Namun apabila hendak memulakan kerja membaiki rumah mereka, mereka minta macam-macam, tambah itu, tambah ini.

Kalau tak dapat tambah, mereka tak benarkan rumah mereka yang usang tersebut dibaiki. Pelik, ada juga orang yang perangai macam ni. Susah minta dibantu, tapi bila hendak dibantu, minta yang bukan-bukan. Jadi terpaksalah dibatalkan permintaan tuan rumah tersebut, kerana memang di luar kemampuan kita kerana dia tidak mahu menerima kerja pembaikan yang kecil-kecilan.

Patutlah agensi kerajaan yang berkaitan membantu golongan seperti ini terpaksa menapis setiap permohonan bantuan.

Semoga masyarakat kita lebih menghayati konsep redha dan syukur.

The Dukes of Hazzard

The Dukes of Hazzard adalah merupakan siri televisyen yang terkenal satu ketika dulu memaparkan aksi kereta yang diubahsuai untuk berlumba secara “haram” oleh "The Duke Boys". Kebetulan?

Pasangan belum kahwin dilarang naik motosikal bersama di Aceh

Amacam? Bolehkah ianya dikuatkuasakan di Malaysia atau di negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam?

Pasangan belum kahwin dilarang naik motosikal bersama di Aceh
4 Mei 2015

BANDA, Aceh – Sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang baharu melarang lelaki dan wanita belum berkahwin daripada bersama menaiki motosikal.

Seorang wakil rakyat, Fauzan Hamzah berkata, anggota-anggota Parlimen daerah Aceh Utara meluluskan peraturan tersebut pada minggu lalu.

“Ia akan dikuatkuasakan dalam tempoh setahun,” kata Fauzan.

“Pasangan belum berkahwin yang duduk dalam keadaan rapat di atas motosikal jelas melanggar hukum syarak dan boleh membawa kepada maksiat,” tambahnya.

20150504

Sumbangan van terpakai untuk sekolah pondok di N.Sembilan

Kepada sesiapa yang sudi sedekah, derma, infaq atau waqaf sebuah van terpakai atau baru untuk kegunaan sekolah pondok adalah amat dialu-alukan.

Van ini adalah untuk pengurusan harian sekolah pondok berkenaan, menghantar pelajar ke masjid untuk solat Jumaat, membeli barangan dapur, kegunaan pelajar untuk aktiviti luaran bersama masjid dan masyarakat setempat.

Van ini amat diperlukan dengan penambahan pengambilan pelajar yang semakin meningkat.

Mereka yang ingin menyumbang van ini bolehlah hubungi saya, Rozmal 0122267406

Seminar anak kelainan upaya

Seminar anak kelainan upaya, dyslexia dll ini adalah amat baik. ramai tidak menyedari anak anak yg lemah dlm pelajaran bukan kerana mereka tidak pandai, tapi anak ini dlm dunia mereka sendiri, mereka perlukan teknik tertentu, mereka ini sebenarnya pintar. seminar ini bagus untuk ibu bapa yg mempunyai anak bermasalah dlm pembelajaran. Masalah, bukan malas. Juga baik utk tadika atau sekolah khusus utk anak seperti ini.

Ada org terkenal pada usia kanak kanak menghidap dyslexia atau autisme dsbnya, dgn kaedah pembelajaran yg betul mereka boleh berjaya seperti Albert einstein, lee kuan yew dan ramai lagi

Bantu orang miskin dengan beri pancing

Malam tadi dikhabarkan satu ketua keluarga yang menghuni PPRT di Rembau perlukan tambahan modal RM500 untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilannya.

InsyaALLAH sedang diusahakan.

Sumbangan laptop terpakai untuk pelajar di IPTA dari keluarga miskin diperlukan

Kepada mereka yang ingin menyumbangkan laptop terpakai kepada pelajar-pelajar miskin di IPTA yang amat diperlukan oleh mereka ini sila hubungi saya, Rozmal 0122267406