KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161017

Bantuan tanpa sempadan



Bantuan tanpa sempadan http://yam-ns.blogspot.com

 

Kerja menukar atap rumah warga emas



Kerja menukar atap rumah warga emas di Kg Chenong, Chengkau Rembau. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.

Sebelum ini mereka tinggal di bahagian dapur. Atap zink semua perlu tukar, manakala kayu ganti yg rosak sahaja.

Atap zink 12', 65 kpg RM2340 SUDAH DITAJA
Atap zink 10', 12 kpg RM360 SUDAH DITAJA
Perabung 8' X 12", 5 kpg RM125 SUDAH DITAJA
Kayu 6"X10', 5 btg RM475 SUDAH DITAJA
Kayu 2"X3"X10', 15 btg RM210 SUDAH DITAJA
Kayu 2"X3"X10', 8 btg RM160 SUDAH DITAJA
Paku 2", 2" 1/4 RM16 SUDAH DITAJA
Upah RM1500, SUDAH DITAJA RM1000

JUMLAH RM 5,186

Mereka yang ingin menaja selepas ini pihak kami akan cari rumah daif keluarga miskin lain untuk dibaiki.








20161010

Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan bantu mangsa kebakaran di Port Dickson



Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan bantu mangsa kebakaran di Port Dickson - Harakah 7 Okt 2016


Himpunan Relawan Amal


20160929

Sumbangan laptop



Sdr  Firdaus, Sukarelawan Yayasan Amal menyampaikan laptop baru kepada pelajar miskin Tingkatan 6 di Lubok Cina, Melaka pada 26 Sep 2016 sumbangan seorang hamba Allah. Semoga Allah balas dengan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda di dunia serta akhirat kepada hamba Allah yg memberi sumbangan tersebut. Semoga pelajar ini berjaya dan menjadi anak yg solehah


Bantuan mangsa kebakaran rumah



AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan Sdr Nazri Zainal menyampaikan sumbangan kewangan kepada Sdr Idris Hj Nasir dimana rumah pusaka keluarga beliau telah terlibat dalam kebakaran di Kg Bagan Pinang, Port Dickson pada 26 Sept 2016