KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150426

Sumbangan keluarga memerlukan

Tn Hj Ishak Omar, Pengarah JPrD Kota serta muslimat Rembau menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga di Kg Baru Penajis yang memerlukan bantuan perubatan pada 26 April 2015.


Sumbangan mesin jahit diperlukan untuk membantu keluarga yang memerlukan

Saya mendapat maklumat sebuah keluarga yang sebelum ini menyara hidup melalui upah menjahit kini tidak lagi dapat berbuat demikian kerana mesin jahitnya telah rosak.

Ini dibebankan lagi apabila salah seorang ahli keluarganya sakit yang kerap memerlukan rawatan.

Mereka yang ingin menyumbang mesin jahit terpakai yang sesuai digunakan untuk ambil upah menjahit sila hubungi saya 0122267406 , Rozmal

PELUANG MENYUMBANG PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ DI REMBAU


Alhamdulillah, pembinaan Sekolah Tahfiz Al Gontory di Chengkau, Rembau kini hampir 90 peratus siap.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah membantu.

Namun sumbangan masih diperlukan untuk menyiapkan sekolah tahfiz ini.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Ustaz Septiyan 0132646001 e-mel tahfizarabicalgontory@gmail.com atau dapatkan maklumat lanjut di http://tahfizalgontory.blogspot.com

atau salurkan ke akaun Maybank, TARB GONTORY RESOURCES
562843505815

Jom sertai Program Dapur Rakyat

RM30 besar ertinya utk keluarga miskin. Jom sertai Program Dapur Rakyat. Tel Hakki 0133840022 atau Bank Islam DPPKR 05012010065457


20150424

Sumbangan generator untuk keluarga tak mampu bayar tunggakan elektrik




Ada satu keluarga di Seremban yang telah dipotong bekalan elektrik kerana tak mampu menjelaskan tunggakan elektrik yang berbelas bulan mencecah RM1,000. Kalau nak sambung semula memerlukan sekitar RM1,400 untuk kos penyambungan semula.

Memandangkan kos begitu tinggi pilihan yang lebih kos efektif selain menggunakan lilin ialah menggunakan generator.

Oleh itu sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menyumbang generator terpakai atau hendak menjual generator kecil (pasar malam) terpakai pada kos yang berpatutan sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

20150423

Operasi saman pelajar menunggang tanpa lesen dan topi keledar




Dikhabarkan operasi menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen dan topi keledar telah dilakukan hari ini di Port Dickson. Ramai yang kena saman katanya.

Kemungkinan operasi ini akan diadakan seluruh N.Sembilan dan seluruh negara.

Peringatan sudah diberikan.

Patuhilah undang-undang jalanraya walaupun di kawasan kampung dan taman perumahan.

Adakah terdapat sekolah di Negeri Sembilan ini yang menggunakan kabin



Adakah terdapat sekolah di Negeri Sembilan ini yang menggunakan kabin sebagai bilik darjah kerana tidak cukup tempat untuk menampung pertambahan pelajar?


20150422

Tak mampu bayar tunggakan bil elektrik, guna lilin




Nampaknya semakin banyak keluarga yang dipotong bekalan elektrik kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik. Kalau sikit bolehlah bantu, kalau satu kes bolehlah bantu. Ini dah semakin banyak, mencecah RM800, RM1000, RM1300, RM1500.

Hari ini ada satu lagi kes. Mereka kini menggunakan lilin, di tengah kesibukan kota.

Pilihan yang ada ialah samada mereka terus menggunakan lilin, menumpang rumah saudara mara berhampiran atau balik kampung.

Setidak-tidaknya nasib mereka yang dipotong bekalan elektrik ini adalah jauh lebih baik dari nasib saudara kita yang menjadi pelarian di Syria dan negara bergolak lain. Dan juga mungkin lebih baik dari mangsa banjir di Kelantan yang masih tinggal dalam khemah.

Keputusan UPIM sudah keluar untuk lepasan SPM 2014



Keputusan UPIM sudah keluar untuk lepasan SPM 2014. Sila semak di http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

Tahniah kepada yang berjaya. 


20150420

Golongan Susah Tertindas



Baru saya tahu rupa-rupanya ramai yang terpaksa dan tiada pilihan untuk bawa motosikal atau kereta tanpa cukai jalan dan insuran semata-mata untuk mencari rezeki kerana tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran.

Golongan Susah Tertindas