KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161206

Adakah Buku Teks Sejarah kita selama ini memperbodohkan orang Melayu?





Ubah fakta buku sejarah

6 Dis 2016 : Kepincangan fakta di dalam buku teks sejarah yang digunapakai dalam pembelajaran sekolah perlu diteliti semula sekali gus diperbetulkan supaya catatan sejarah sebenar dapat disampaikan kepada generasi muda.

Catatan sejarah Melaka kononnya empayar itu tumpas ketika menentang Portugis akibat kemunduran teknologi serta organisasi tentera yang tidak berstruktur satu pendapat salah.

Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif menegaskan penggubal buku teks perlu melaksanakan kajian yang lebih mendalam supaya fakta yang tertulis adalah hakikat sebenar.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kita sering menyebut faktor kekalahan Melaka adalah kemunduran teknologi dan tentera tidak berstruktur. Tetapi kita kurang memberi penekanan berhubung pengkhianatan daripada pedagang dari China dan India.

“Kenyataan yang tertulis di dalam buku teks berkenaan adalah tidak benar. Melaka mempunyai organisasi tentera sistematik serta kecanggihan persenjataan zaman itu.

“Ketika serangan 1511, kita sudah mempunyai teknologi busur silang (Crossbow), ini adalah fakta yang tertulis dalam catatan Portugis. Ini jelas memperlihatkan kemampuan Melaka ketika itu melebihi Portugis,” katanya.

Ia dibuktikan menerusi catatan seorang ahli sejarah Portugis, Joao de Barros yang menjumpai 8,000 senjata api, panah silang dan artileri ketika Portugis menawan Melaka.

“Fakta sejarah tidak boleh berdasarkan andaian semata-mata. Sejarah adalah fakta. Kepincangan fakta di dalam buku teks itu perlu diperbetulkan.

“Penggubal buku teks perlu lebih berani dalam membicarakan soal fakta, biarpun kadangkala ia menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya.

- Harian Metro

THE MYSTERY OF DAMASCUS STEEL APPEARS SOLVED



THE MYSTERY OF DAMASCUS STEEL APPEARS SOLVED



TWO metallurgists at Stanford University, seeking to produce a ''superplastic'' metal, appear to have stumbled on the secret of Damascus steel, the legendary material used by numerous warriors of the past, including the Crusaders. Its formula had been lost for generations.

The remarkable characteristics of Damascus steel became known to Europe when the Crusaders reached the Middle East, beginning in the 11th century. They discovered that swords of this metal could split a feather in midair, yet retain their edge through many a battle with the Saracens. The swords were easily recognized by a characteristic watery or ''damask'' pattern on their blades.

Through the ages - perhaps from the time of Alexander the Great in the fourth century B.C. -the armorers who made swords, shields and armor from such steel were rigidly secretive regarding their method. With the advent of firearms, the secret was lost and never fully rediscovered, despite the efforts of men like P. Anossoff, the Russian metallurgist, who knew the steel as bulat.

Most, if not all, Damascus steel was derived from blocks of ''wootz,'' a form of steel produced in India.

The finest blades ever made, he added, were the Samurai swords of Japan, whose blades may contain a million layers of steel. The layers resulted from hammering out a bar to double its original length, then folding it over as many as 32 times.

The multiple layers used by the Japanese and by makers of the Malay dagger or kris are sometimes referred to as ‘welded Damascus steel’. Although the production method differs from that of true Damascus steel, the blades may show a very similar pattern.


20161205

Pelajar miskin semakin ramai, kutipan makin kurang



Pelajar miskin semakin ramai, kutipan makin kurang. Apakah yuran PIBG tahun 2017 akan dinaikkan, dikurangkan, dikecualikan untuk pelajar miskin?

Kutipan untuk bantu pelajar miskin berkurangan

1 Dis 2016 : Kutipan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan orang persendirian berkurangan pada tahun ini. Keadaan itu menyebabkan bantuan kewangan sedia ada dianggarkan RM250 juta setiap tahun untuk pelajar miskin dan miskin tegar tahun depan terpaksa distruktur semula. Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan, Datuk Abdul Wahid Ahmad, berkata dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, sumbangan yang diterima hanya RM617,886 berbanding RM909,286 dan RM766,319, masing-masing pada 2015 dan 2014.

"Setakat ini, seramai 1.05 juta pelajar miskin dan miskin tegar menerima kira-kira 19 jenis bantuan, antaranya bantuan am persekolahan dan Rancangan Makanan Tambahan. "Kementerian menjangka jumlah pelajar miskin dan miskin tegar yang layak menerima bantuan meningkat pada tahun depan, tapi jika sumbangan terus berkurangan, kita mungkin terpaksa cari alternatif lain supaya kumpulan sasar tidak tercicir daripada menerima bantuan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

INFO
* RM300 bantuan am persekolahan daripada KWAPM untuk pelajar sekolah rendah, menengah dari keluarga miskin tegar, RM200 untuk pelajar miskin.

- Berita Harian

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2017 Darul Tahfeez Ad Dandarawiyah





Darul Tahfeez Ad Dandarawiyah (Lilbanat) membuka pengambilan pelajar (perempuan) baru untuk kemasukan 2017. (permohonan program tahfiz sepenuh masa)

Tuan/Puan bolehlah hadir ke madrasah DARUL TAHFEEZ AD DANDARAWIYAH untuk mendaftar dan pelajar akan terus di temuduga pada :

TARIKH : 10 & 11 DIS 2016
HARI : SABTU & AHAD
MASA : 10 PAGI - 3 PTG
DI ALAMAT : DARUL TAHFEEZ AD DANDARAWIYAH, LOT 2458 SERI KENDONG , 71350 KOTA, N.SEMBILAN.

Segala pertanyaan boleh hubungi Pn Hjh Rina di talian 016 5530025

20161201

Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak



Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.

Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan kitab Allah
Syarak mengata
Adat menurut

Angkara tak cukup duit nak kahwin

1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebuah bank di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 4 Jun lepas.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Ikhmal Ideris, 23, itu akhirnya terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan, lalu mengakibatkannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Dia yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahimah Rahim kemudian didenda RM600.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian disebabkan mahu meminta pertolongan bapanya untuk menambah duit bagi menampung perbelanjaan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos lepas.

- Sinar Harian