
Lebih daripada 1000 orang telah membanjiri tempat forum yang diadakan di tempat terbuka. Semua golongan masyarakat Islam seluruh Negeri Sembilan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa forum dijalankan termasuklah lebih 100 orang pelajar IPTA dan IPTS seluruh Negeri Sembilan.
Secara tidak langsung ianya telah menunjukkan kesepaduan kata umat Islam di Negeri Sembilan ini dalam mempertahan kuasa mahkamah syariah.
Forum tersebut adalah merupakan anjuran bersama beberapa NGO antaranya Yayasan Pembangunan Ummah, ABIM, JIM, Teras

