KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061213

Tak tahu poligami JANGAN poligami, tolong Makcik ni

Seorang makcik dari Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan menalipon saya. Merayu-rayu mohon bantuan persekolahan anaknya. Saya terkejut sebab tak kenal makcik tadi, saya tanya siapa yang bagi nombor saya. Dia kata seorang ustaz beri nombor.

Makcik tadi kata tak tahu apa nak buat. Suami dia peneroka Felda telah kahwin dengan wanita Indonesia dan telah pergi ke Indonesia meninggalkan dia sekeluarga tanpa sebarang nafkah perbelanjaan.

Anak dia 8 orang semuanya. 3 orang berkeluarga tapi pendapatan hanya cukup untuk keluarga sendiri kerana kerja kilang. Yang seorang baru sahaja diceraikan suami. Yang seorang baru bekerja, juga sebagai buruh kilang. Seorang baru habis belajar. Seorang sedang menuntut di Kolej Felda. Seorang akan masuk tingkatan 5 tahun 2007 di Sekolah Menengah Agama Pedas.

Makcik tadi dah kelam kabut tak tahu apa nak buat, kerana banyak belanja untuk masuk sekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu persekolahan anak makcik ini bolehlah menghubungi Pn Azizah bt Ibrahim di talian 06-4951018 atau menziarai beliau di No 150, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan.

Sumbangan boleh juga disalurkan terus ke akaun BSN beliau atas nama Azizah bt Ibrahim No akaun 05114-2900006762-5. Sila semak betul tak nama dan no akaun ini bila bank ini, kerana saya sendiri belum sempat untuk bank in.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Pengarah NISA Negeri Sembilan , Pn Norwani Ahmat dengan menghubungi beliau di talian 013-3851202

Pn Azizah sedang dalam proses untuk cuba mendapat bantuan Baitul Mal. Tapi maklumlah prosesnya akan memakan masa. Harap-harap Pn Azizah tidak meminjam pada Along.

Kepada mereka yang berpoligami, fikirlah dulu anak-anak. Lebih baik jadi anak yatim, senang dapat bantuan Baitul Mal daripada menjadi anak-anak yang ditinggalkan ayah yang tidak bertanggungjawab. Kerana anak-anak seperti ini sukar untuk mendapat bantuan mana-mana pihak.

Poligami dibenarkan dalam Islam. Poligami tak salah. Salahnya ialah orang yang hendak berpoligami tetapi tak tahu macamana nak berpoligami.