KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061228

Bangunan Pejabat Taman Alamanda Disamun

Semalam mendapat berita daripada mekanik yang menjalankan perkhidmatan servis kereta di deretan bangunan kedai/pejabat di Taman Alamanda, bahawa sebuah pejabat di No 1, Tingkat 1, Taman Alamanda, Senawang telah disamun awal minggu ini atau hujung minggu lepas.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 petang hari bekerja. Ketika kejadian hanya terdapat seorang pekerja lelaki berusia 30an di pejabat tersebut. Modus operandi, penjenayah menunggang skuter, penunggang menunggu dibawah, pembonceng naik seorang. Dan menyamun mangsa dengan menggunakan senjata pisau. Suspek lelaki Melayu tempatan berusia 30 an. Kerugian tunai sekitar RM 500 dan talipon bimbit. Kecederaan tiada dilaporkan. Ketika kejadian ramai orang di kedai bawah tidak menyedari kejadian.

Kejadian sebegini boleh berlaku bukan sahaja di premis pejabat, malah di rumah dan di kedai apabila penjenayah tahu pintu tidak berkunci dan mangsa hanya seorang diri.

LANGKAH PENCEGAHAN.
1. Apabila berada di rumah, pejabat atau kedai terutamanya yang di tingkat atas pastikan pintu sentiasa dikunci, walaupun seketika.
2. Lihat melalui tingkap berkunci atau gril berkunci untuk melihat siapa yang beri salam atau mengetuk pintu.
3. Jika premis kedai atau pejabat pastikan langsir dibuka supaya orang ramai boleh melihat dari luar sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian, harap maklum.

20061226

Selamat Hari Raya Idil Adha dari kami sekeluarga

Assalamualaikum wrt wbt,

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha kepada semua sahabat-sahabat sekelian.

Jemput semua sahabat serta keluarga untuk jamuan teh sempena Idil Adha ini di Seri Saujana, Lot 955, Kg Bongek, Rembau (tepi jalan utama Rembau Tampin) pada hari Ahad (Raya Pertama) 31 Disember 2006 jam 3 ptg.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dari kami sekeluarga :

Rozmal Malakan & Raja Siti Noor serta anak-anak : Mohd Kauthar, Ahmad Fauzan, Fathin Amirah, Amirul Mukmin, Muhammad Firdaus

Serta ayahbonda : Malakan bin Kamaruddin & Rokiah bt Husin

20061221

Yayasan Amal Bantu Mangsa Banjir Johor

12 orang Pasukan Medical & Rescue Team Yayasan Amal Malaysia dan Unit Amal Negeri Selangor telah bertolak sekitar 1.00 tengahari (Khamis 21 Dis) ke Johor untuk membantu mangsa banjir. Kita yang tak dapat pergi boleh juga membantu dengan menyalurkan bantuan sumbangan melalui Maybank Akaun Yayasan Amal Malaysia : 553010122090. Selepas bank-in, sila SMS ke Tn Hj Jamuliddin Elias atau Pak Jamal di talian 019-6644796.

20061220

Skim Dinar Iraq Satu Penipuan - PPIM

Avoid Investing In Iraqi Dinar Scheme Warning
KUALA LUMPUR, Dec 20 (Bernama) -- The Malaysian Islamic Consumers Association Tuesday cautioned the public against a suspicious Iraqi dinar investment scheme, saying they could end up losers.

The association's project director, Noor Nirwandy Mat Noordin, said the scheme might be illegal and hoped that the public would not be duped by its attractive returns.

"Malaysians' excitement over fast and attractive returns has been a worrying phenomenon. The excitement over illegal investment schemes like the Swiss cash can backfire and they can be burnt," he said in a statement released here.

Noor Nirwandy said the Iraqi dinar investment plan operates on a pyramid scheme concept where investors are promised a return on investments of up to RM243,375 in one month.

As such, those who have information on such a scheme are requested to contact the association's hotline at 019-3591000 or its website at www.muslimconsumer.org.my, or to inform the central bank, he said.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=237476

20061218

Kelas Tahfiz Al Quran untuk anak-anak

Kelas Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain AR RAYYAN

Pelajar : Anak-anak berumur 4 – 12 tahun (lelaki/perempuan)

Sesi Pembelajaran :
Umur 4 – 5 tahun : 8.30 pg – 11.30 pg (Isnin-Jumaat)
Umur 6 – 12 tahun : 8.30 pg – 10 pg (Sabtu dan Ahad)

Yuran : RM 50 sebulan

Tenaga pengajar diketuai oleh Ustazah Rayah Abd Ghani bekas guru agama dan kini pendakwah bebas serta dibantu oleh ustaz serta ustazah yang bertauliah dab berpengalaman

Suasana tempat pembelajaran yang selesa dan tenang di Rumah Anak-Anak Ku Sayang, Ar Rayyan, No 382, Lorong Desa Melor 2/4, Taman Desa Melor, Senawang (berhampiran pasaraya Giant dan masuk melalui jalan Balai Bomba Senawang)

Kelas bermula 3 Januari 2007

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Ustazah Rayah bt Abd Ghani 016-3410768
Cikgu Nurciana 017-3629686

Matlamat :
Melahirkan Generasi Al Quran dengan asas 4 M : Mencintai Al Quran, Memahami Al Quran, Membaca dan Menulis, Menghafaz Al Quran

Objektif :
Melahirkan anak-anak yang boleh membaca, menulis Jawi, memahami dan menghafaz Al Quran
Melahirkan insan bertaqwa
Menanam aqidah dan mengenal Allah melalui Al Quran

Sukatan Pelajaran :
Hafazan Al Quran
Hafalan Doa dan Tajwid
Tulisan Jawi
Bahasa Arab
Amali Solat

OKU Sanggup Merangkak Mengensot ke Masjid

OKU atau Orang Kurang Upaya adalah golongan yang terdapat kekurangan kepada fizikal atau mental mereka. Baru-baru ini kita menjadi tuan rumah sukan Orang Kurang Upaya yang disertai atlit-atlit OKU serata dunia.

Pada hari Ahad 17 Disember 2006 yang lalu saya bersama isteri telah menghadiri satu forum di Masjid Bandar Baru Senawang selepas solat Zuhur. Ramai juga muslimin dan muslimat sekitar Senawang dan seluruh Negeri Sembilan yang memenuhi ruang masjid untuk mendengar forum tersebut walaupun hari tersebut hari hujung minggu, cuaca mendung dan diadakan pada waktu tengahari, waktu yang enak untuk beristirehat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kehadiran seorang pemuda OKU yang membawa motosikal roda tiga. Walaupun fizikalnya sempurna, beliau saya perhatikan lemah dari paras bawah pinggang hingga ke hujung kaki. Saya perhatikan beliau meletakkan motosikal hampir dengan tangga masjid. Kemudian turun dengan cara mengensot bukannya merangkak. Mengensot bermakna beliau hanya menggunakan kedua-dua tangan beliau untuk menarik seluruh anggota badannya termasuk kaki untuk bergerak. Bergerak dengan cara mengensot adalah lebih susah daripada bergerak dengan cara merangkak.

Ketika sessi soal jawab forum saya berkesempatan berbual dengan pemuda OKU tadi, kerana begitu kagum dengan kesungguhan seorang yang OKU untuk hadir forum di masjid tersebut. Sedangkan ramai daripada kita yang dikurniakan oleh Allah anggota badan yang sempurna, sihat walafiat sentiasa ada sahaja alasan untuk tidak menghadirkan diri berjemaah di masjid atau menghadiri kuliah ilmu di masjid bagaimanapun akhirnya akan pergi ke masjid juga apabila badan kita akan dikafankan dan kita disembahyangkan di hadapan imam.

Pemuda tadi berusia 31 tahun , belum berkahwin. Apa yang lebih mengkagumkan saya beliau bekerja sendiri sepenuh masa. Saya bertanya kepada beliau adakah beliau ada meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Pemuda tadi berkata buat apa nak minta bantuan kalau dia boleh bekerja. Pemuda tadi tinggal di Batu 7, Kg Pantai, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira 15 kilometer dari Masjid Bandar Baru Senawang.

Lalu terlintaslah perasaan kasihan saya. Perasaan kasihan saya bukan kepada pemuda yang OKU yang begerak dengan cara mengensot tadi, yang datang 15 kilometer jauhnya untuk mendengar forum. Tetapi saya kasihankan melihat ramai umat Islam tak kiralah tua atau muda, tapi masih sempurna anggota badan mereka, sihat walafiat , tidak nampak jalan untuk menghadirkan diri ke masjid samada untuk berjemaah ataupun menghadiri kuliah ilmu.

Tafsiran OKU pada saya kini telah berubah, pemuda yang OKU tadi celik mata hatinya untuk mencari hidayah, sedangkan ramai yang tidak OKU buta mata hati mereka untuk mencari hidayah.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda , Senawang

p/s : Kepada mereka yang berminat untuk bertemu atau menemu ramah pemuda tadi nama beliau ialah Arifin bin Ismail , no HP 013-3947503, rumah 06-7677503. Beliau bekerja sebagai agen takaful dan unit trust. Beliau tidak memberitahu belia kerja apa atau minta tolong supaya dipromosikan beliau kerja apa. Saya sendiri yang bertanyakan apa pekerjaan beliau barulah beliau beritahu.

20061217

PesTa TahuN BaRu utk RemaJa d’ Masjid Senawang

PESTA TAHUN BARU KHUSUS UNTUK REMAJA

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : 30 – 31 Disember 2006 (Sabtu – Ahad)
Penyertaan : Terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun dari seluruh Malaysia (terhad kepada 150 orang peserta sahaja). Remaja lelaki tidur di masjid, remaja perempuan pulang ke rumah selepas makan malam dan datang semula jam 7 pagi
Yuran penyertaan : Cuma RM 20 seorang
Anjuran : KRJ (Kelab Remaja JIM)

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi Pengarah Program : Sdr Ahmad Atiq bin Zulkepli 012-6335713

Antara acara menarik :
**PengAlaman Ibadah Korban Secara PraKtikal
**TakBir Idil Adha ReMaja Malaysia

Sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat-amat dialukan untuk menjayakan program remaja agar mereka tidak lalai dengan sambutan tahun baru dengan pesta muda mudi yang bergaul bebas. Bersama kita membentuk remaja Islam, generasi pemimpin masa terdekat. Sumbangan dalam bentuk hamper untuk kuiz, cenderahati peserta, wang ringgit adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

TENTATIF PROGRAM

SABTU 30 Dis 06
8 pg – Pendaftaran
9.30 pg – Perasmian
10.30 pg – Pecah Ais (Ice Breaking)
11.30 pg – Sambutan Tahun Baru
1.15 tgh – Solat Zuhr dan makan tengahari
2.30 tgh – GAMES
4.30 ptg – Solat Asr
5 ptg – EXPLORASI
7 mlm – Solat Maghrib & Makan Malam
8.30 mlm – Solat Isya & TAKBIR IDIL ADHA
9.30 mlm – IBADAH KORBAN
11 mlm – Minum malam & tidur

AHAD 31 Dis 06
4 pagi – QIYAM
6 pagi – Solat Subuh
7.30 pagi – Solat Sunat Idil Adha
9.30 pagi – Ibadah KORBAN
1 tgh – HAI HAI BAI BAI

20061215

Nak Korban di Palestin Tahun Ini ?

Yayasan Aman Palestin akan menganjurkan Program Ibadah Korban 1427 H di Palestin untuk diagih-agihkan di kalangan rakyat Palestin

Harga untuk sebahagian korban lembu RM 550
Dan untuk seekor kambing RM 400

Untuk maklumat lanjut hubungi Aman Palestin di Tal/Faks : 03-89267019, 03-89259963
Laman web : www.amanpalestin.com

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Forum Dua Ulama N.Sembilan 24 Dis Senawang

FORUM PERDANA
Tajuk : “Kewajipan Berilmu”

Ahli Panel :
Dr Zulkifli Al Bakri – Ahli Majlis Fatwa NS, Pensyarah Kolej UNITI
Yg Bhg Us Mohd Zaidi Ramli – Timbalan Mufti Kerajaan N.Sembilan Darul Khusus

Tarikh : AHAD 24 Disember 2006
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua Dijemput Hadir

Anjuran :
Pusat Pengajian Imitiyaz & Masjid Bandar Baru Senawang

Maklumat lanjut hubungi :
Us Norazman 019-6400062

20061214

Bantulah Kami Kembali Ke Sekolah

Sempena pembukaan penggal persekolahan 2007 ini, NISA Negeri Sembilan akan menganjurkan Program “SAYANGI KAMI” – “Bantulah Kami Kembali Ke Sekolah” Siri ke 2 bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim sekitar Negeri Sembilan memasukki sessi persekolahan 2007 nanti.

Justeru itu NISA N.Sembilan menyeru kepada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk pakaian sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, yuran, wang saku dan sebagainya bolehlah menghubungi Pengarah NISA N.Sembilan Pn Norwani Ahmat di talian 013-3851202 atau melalui e-mel halwan9@yahoo.com atau pun boleh menghubungi AJK NISA N.Sembilan Pn Nur di talian 017-3629686.

Majlis penyerahan sumbangan ini akan diadakan pada 28 Disember 2006 bertempat di Ampangan, Seremban.

Semoga sumbangan tuan / puan semua akan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah.

20061213

Tak tahu poligami JANGAN poligami, tolong Makcik ni

Seorang makcik dari Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan menalipon saya. Merayu-rayu mohon bantuan persekolahan anaknya. Saya terkejut sebab tak kenal makcik tadi, saya tanya siapa yang bagi nombor saya. Dia kata seorang ustaz beri nombor.

Makcik tadi kata tak tahu apa nak buat. Suami dia peneroka Felda telah kahwin dengan wanita Indonesia dan telah pergi ke Indonesia meninggalkan dia sekeluarga tanpa sebarang nafkah perbelanjaan.

Anak dia 8 orang semuanya. 3 orang berkeluarga tapi pendapatan hanya cukup untuk keluarga sendiri kerana kerja kilang. Yang seorang baru sahaja diceraikan suami. Yang seorang baru bekerja, juga sebagai buruh kilang. Seorang baru habis belajar. Seorang sedang menuntut di Kolej Felda. Seorang akan masuk tingkatan 5 tahun 2007 di Sekolah Menengah Agama Pedas.

Makcik tadi dah kelam kabut tak tahu apa nak buat, kerana banyak belanja untuk masuk sekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu persekolahan anak makcik ini bolehlah menghubungi Pn Azizah bt Ibrahim di talian 06-4951018 atau menziarai beliau di No 150, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan.

Sumbangan boleh juga disalurkan terus ke akaun BSN beliau atas nama Azizah bt Ibrahim No akaun 05114-2900006762-5. Sila semak betul tak nama dan no akaun ini bila bank ini, kerana saya sendiri belum sempat untuk bank in.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Pengarah NISA Negeri Sembilan , Pn Norwani Ahmat dengan menghubungi beliau di talian 013-3851202

Pn Azizah sedang dalam proses untuk cuba mendapat bantuan Baitul Mal. Tapi maklumlah prosesnya akan memakan masa. Harap-harap Pn Azizah tidak meminjam pada Along.

Kepada mereka yang berpoligami, fikirlah dulu anak-anak. Lebih baik jadi anak yatim, senang dapat bantuan Baitul Mal daripada menjadi anak-anak yang ditinggalkan ayah yang tidak bertanggungjawab. Kerana anak-anak seperti ini sukar untuk mendapat bantuan mana-mana pihak.

Poligami dibenarkan dalam Islam. Poligami tak salah. Salahnya ialah orang yang hendak berpoligami tetapi tak tahu macamana nak berpoligami.

Tak tahu poligami JANGAN poligami, tolong Makcik ni

Seorang makcik dari Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan menalipon saya. Merayu-rayu mohon bantuan persekolahan anaknya. Saya terkejut sebab tak kenal makcik tadi, saya tanya siapa yang bagi nombor saya. Dia kata seorang ustaz beri nombor.

Makcik tadi kata tak tahu apa nak buat. Suami dia peneroka Felda telah kahwin dengan wanita Indonesia dan telah pergi ke Indonesia meninggalkan dia sekeluarga tanpa sebarang nafkah perbelanjaan.

Anak dia 8 orang semuanya. 3 orang berkeluarga tapi pendapatan hanya cukup untuk keluarga sendiri kerana kerja kilang. Yang seorang baru sahaja diceraikan suami. Yang seorang baru bekerja, juga sebagai buruh kilang. Seorang baru habis belajar. Seorang sedang menuntut di Kolej Felda. Seorang akan masuk tingkatan 5 tahun 2007 di Sekolah Menengah Agama Pedas.

Makcik tadi dah kelam kabut tak tahu apa nak buat, kerana banyak belanja untuk masuk sekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu persekolahan anak makcik ini bolehlah menghubungi Pn Azizah bt Ibrahim di talian 06-4951018 atau menziarai beliau di No 150, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan.

Sumbangan boleh juga disalurkan terus ke akaun BSN beliau atas nama Azizah bt Ibrahim No akaun 05114-2900006762-5. Sila semak betul tak nama dan no akaun ini bila bank ini, kerana saya sendiri belum sempat untuk bank in.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Pengarah NISA Negeri Sembilan , Pn Norwani Ahmat dengan menghubungi beliau di talian 013-3851202

Pn Azizah sedang dalam proses untuk cuba mendapat bantuan Baitul Mal. Tapi maklumlah prosesnya akan memakan masa. Harap-harap Pn Azizah tidak meminjam pada Along.

Kepada mereka yang berpoligami, fikirlah dulu anak-anak. Lebih baik jadi anak yatim, senang dapat bantuan Baitul Mal daripada menjadi anak-anak yang ditinggalkan ayah yang tidak bertanggungjawab. Kerana anak-anak seperti ini sukar untuk mendapat bantuan mana-mana pihak.

Poligami dibenarkan dalam Islam. Poligami tak salah. Salahnya ialah orang yang hendak berpoligami tetapi tak tahu macamana nak berpoligami.

Cara Nak Jimat Minyak Kancil

Kawan saya memberitahu Timing kereta Kancilnya tinggi. Puas sudah dia servis , namun timingnya tetap tinggi menyebabkan kereta dia kuat makan minyak , walaupun kereta Kancil. Akhirnya kawan dia beritahu puncanya ialah dua hos air kecil yang ke karburator bertujuan untuk menyejukkan karburator biasanya tersumbat apabila telah lama digunakan.

Cuma perlu tanggalkan dua hos ini dan bersihkan. Ianya percuma kalau buat sendiri dan kalau paip atau hos tidak pecah ketika dibuka.

Menurut kawan saya , ramai mekanik yang tidak tahu masalah ini.

Jadi kepada pemilik Kancil yang timing kereta selalu tinggi (mengaum), bolehlah cuba , insyaALLAH akan jimat semula penggunaan minyak.

Dilampirkan foto posisi 2 hos air tersebut.

20061212

Jemputan ke Taman Syurga 17 Dis Rembau

Muslimin dan Muslimat semua dijemput hadir ke taman syurga di majlis ilmu berikut :

Kuliah Tafsir
Oleh Ustaz Syuhada Mahmud , Imam Masjid Jamek Tunku Besar Tampin
Ahad 17 Disember 2006
Selepas Solat Maghrib

Di Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ali
Kg Selemak, Rembau, NS (tepi jalan utama Kg Batu ke Johol)

Maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

20061211

Kerajaan Cina pun larang berpakaian seksi

Apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan undang-undang mereka yang berpakaian seksi , ramailah yang melatah. Mempertahankan has asasi , kebebasan seorang wanita. Begitulah serong pandangan masyakarat kita, apabila orang Islam yang membuat peraturan yang menghentam orang Islam juga.

Tapi kenapa pada tahun 2004 , kerajaan Cina juga mengeluarkan undang-undang berpakaian seksi, media Malaysia tak melatah, media dunia tak melatah ?

Agaknya kalau kerajaan Cina mengenakan hukum potong tangan mereka yang mencuri mungkin media akan senyap. Orang Islam akan senyap, orang Melayu akan senyap.

Berikut laporan mengenai undang-undang pakaian seksi di Cina. Siapa yang ada masa, bolehlah tolong terjemahkan, dan suruh orang Melayu Islam yang melatah tadi baca.

Kalau nak ikut undang-undang kakitangan kerajaan Cina ini, mereka tidak dibenarkan berpakaian ketat sepertimana juga wanita Melayu sekarang ini yang bertudung, tapi berpakaian baju serta seluar ketat yang menampakkan susuk badan mereka.

Kalau berani persilakanlah mereka yang membela wanita berpakaian seksi ini membuat bantahan kepada kerajaan Cina pula.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm

China bans 'sexy' female attire

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.

Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.

They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".

The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.

The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.

Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".

'Elegant'

The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.

"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.

"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.

"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."

Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.

"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.

Nenek Melayu Tua Bunuh Diri

20061207

Pertandingan Azan & Hafazan DIS 06 SeNawanG

Pertandingan Hafazan Juz Amma dan Azan
Peringkat Masjid Bandar Baru Senawang

Jumaat 29 Dis 2006
Jam 8 pagi – 4 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada remaja dari kariah Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Badan Kebajikan , Masjid Bandar Baru Senawang

Taman-taman di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :
Taman Anggerik, Taman Widuri , Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Kobena, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Desa Melor, Taman Satria, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Bandar Senawang, Taman Kuartes Polis

Syarat-Syarat Pertandingan :
1. Penyertaan hendaklah melalui Pengerusi Surau setiap taman
2. Terdapat 2 kategori setiap pertandingan– Sekolah Rendah (7-12 tahun) dan Sekolah Menengah (13-17 tahun).
3. Pertandingan Azan hanya untuk pelajar lelaki.
4. Pertandingan Hafazan terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan.
5. Untuk pertandingan azan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 3 orang wakil untuk setiap kategori.
6. Untuk pertandingan hafazan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 2 orang wakil untuk setiap kategori.
7. Peserta lelaki hendaklah memakai baju melayu lengkap atau berjubah.
8. Peserta perempuan dikehendaki memakai baju kurung atau jubah serta bertudung.
9. Senarai nama peserta yang mewakili taman hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Khamis 21 Disember 2006.

Hadiah-hadiah
Johan untuk setiap kategori RM 100
Naib Johan untuk setiap kategori RM 75
Tempat ke3 untuk setiap kategori RM 50

Maklumat lanjut hubungi Sdr Amin Farid 019-6510167

Forum Kebebasan Beragama 17 Dis Senawang

FORUM : “Islam Dan Kebebasan Beragama”

AHAD 17 Dis 2006
Jam 2 ptg – 4 ptg
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Prof Dr Abd Aziz Bari – Pensyarah UIA
Tn Hj Azmi Abd Hamid – Presiden TERAS
Dr Azhar Yaakob – Pensyarah Kolej MARA

Semua DiJemput Hadir

Anjuran :
TERAS Pengupayaan Melayu
Masjid Bandar Baru Senawang
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ali

Maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Nazri : 019-3457690
Hj Mohamad : 019-6576540
Sdr Kamal : 019-6532973

20061206

Dapat BONUS, hati-hati kalau tukar kereta

Mungkin ada yang dah berkira-kira berapa bonus yang akan dapat hujung tahun ini. Cuma sedikit nasihat kepada mereka yang berkira-kira yang hendak tukar (trade in) kereta, dah banyak kes berlaku dimana kereta yang di trade in, tidak dijual oleh penjual kereta. Pemilik kereta asal yang menyangka kereta trade in mereka telah dijual sebenarnya masih tidak terjual, akibatnya mereka akan menerima surat tunggakan bayaran daripada bank, surat mahkamah, lebih malang lagi mereka menerima tunggakan saman lalulintas dan lebih malang jika kereta mereka digunakan untuk tujuan jenayah dan penyeludupan.

Berikut ialah beberapa tips kalau hendak trade in kereta :

1. Dapatkan harga pasaran kereta anda daripada majalah, akhbar, atau laman web www.ambg.com.my , www.motortrader.com.my, www.thestar.com.my dan lain-lain.
2. Dapatkan jumlah baki pinjaman anda daripada bank (full settlement)
3. Jika full settlement anda adalah lebih dari harga pasaran, maka anda akan berisiko kalau anda trade in kereta anda.
4. Berhati-hati peniaga kereta yang menawarkan 0 downpayment kalau anda trade in kereta anda. Anda akan membuat pinjaman kereta baru dan kereta lama anda belum tentu lagi dapat dijual.
5. Berhati-hati juga peniaga kereta yang sanggup mengambil kereta anda walaupun full settlement lebih tinggi dari harga pasaran kereta walaupun anda dioffer discount untuk kereta baru , kerana sekali lagi kereta lama anda belum dijamin akan terjual.
6. Sebaiknya anda trade in kereta apabila road tax atau insuran kereta lama anda hampir tamat tempoh, tetapi anda masih tetap berisiko.
7. Sebaiknya mereka yang ingin trade in kereta, pastikan ada pembeli untuk kereta anda terlebih dahulu.

Walau apa pun, sekiranya anda tidak pasti dalam urusan jual beli kereta, dapatkan nasihat daripada rakan anda yang sentiasa ingin membantu, bukannya rakan yang mengharapkan komisyen.

Berikut ialah laporan akhbar mengenai kes jual beli kereta di Seremban

Harian Metro 4 Disember 2006. Peniaga kereta tamak

Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Sikap tamak sesetengah peniaga kereta terpakai di negeri ini menyebabkan banyak pengguna teraniaya apabila mereka menerima saman lalu lintas dan notis tunggakan bayaran ansuran walaupun kereta itu baru dibeli.

Presiden Persatuan Pengguna negeri (PPNS), Khairuddin Yunos, berkata peniaga kereta terpakai terbabit bersekongkol dengan orang tengah untuk memujuk pengguna menjual kereta mereka atau membeli kereta baru.

Katanya, orang tengah memperkenalkan pengguna kepada peniaga kereta terpakai dengan memberi beberapa cadangan kepada pengguna membeli kereta baru.

"Peniaga terbabit memujuk pemilik kereta itu dengan mengatakan dia tidak perlu membayar ansuran bulanan kepada bank selepas kereta mereka diserahkan untuk urusan pertukaran hak milik kepada pembeli baru.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pemilik kereta itu mengesyaki mereka ditipu apabila dihubungi pihak bank yang memberitahu pembayaran bulanan kereta tertunggak," katanya ketika dihubungi, semalam.

Khairuddin berkata, PPNS memandang serius masalah itu kerana persatuan itu menerima kira-kira 10 aduan berhubung perkara itu dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Sikap sambil lewa serta keghairahan menggunakan kereta baru kerap menyebabkan pengguna terpedaya dengan sikap tamak peniaga kereta terpakai terbabit," katanya.

Katanya, pengguna perlu prihatin dengan perkara itu bagi mengelakkan teraniaya dengan sikap tamak peniaga kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab.

"Pengguna boleh mengetahui status pinjaman daripada bank mengenai pembeli yang berminat membeli kenderaan mereka dalam tempoh kira-kira dua minggu," katanya.

Katanya, pemilik yang didaftarkan dalam geran kenderaan itu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20061204101938/Article/indexm_html

20061204

Motivasi Anak Soleh Penyejuk Hati 9-16 Dis

Motivasi Penghayatan Islam – “Anak soleh penyejuk hati ayah bonda”

Tarikh Program - Sabtu 9 – Sabtu 16 Disember 2006 ( 1 minggu )

Program ini terbuka untuk para pelajar yang berumur 11 tahun – 13 tahun sahaja.

Jumlah Peserta – Terhad kepada 40 orang sahaja untuk menjamin keberkesanan program.

Tempat : Kg. Jawa, Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Penganjur : Pengajian Ummu Qurra’

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Ahyad 019-378 8517 / 013 233 0696

Objektif
a. Memberi halatuju dan matlamat hidup yang betul kepada semua peserta
b. Menyiapkan para peserta dengan didikan fardu ain yang lengkap dan sempurna
c. Melatih para peserta untuk menjadi remaja yang berani, berkepimpinan dan berakhlak mulia
d. Mendidik peserta menjiwai tanggungjawab mereka dalam membela nasib keluarga dan menghormati orang tua terutamanya ibu bapa.

Pengisian program :
1. Motivasi Pelajar Terbilang
2. Pembentukan halatuju sebagai seorang pelajar dan anak soleh/ah
3. Team building
4. LDK dan persembahan pasukan
5. Asas bersuci
6. Kemahiran membaca Al-Quran
7. Kemahiran solat termasuk solat Jama’ & Qasar
8. Kemahiran memperdengarkan azan & iqamah
9. Kemahiran membaca khutbah (lelaki)
10. Qiamullail
11. Pembentukan akhlak & sahsiah
12. Pentingnya menjadi anak soleh/ah
13. Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibubapa
14. Riadah berkonsep
15. Kembara alam
16. Motivasi ”Curahan Kasih” bersama ibubapa

20061203

Ceramah Sheikh Nuruddin Al Banjari 12 Dis Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :
MAJLIS ILMU

Bersama Tuan Guru Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
SELASA 12 Disember 2006
Jam 7:15 malam , Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Seminar Semarak Aqidah Umat 17 Dis Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Seminar Sehari – “Semarakkan Aqidah Umat”

AHAD 17 Disember 2006
Jam 8:30 pagi
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Perasmian oleh Sohibus Samahah Dato’ Murtadha bin Hj Ahmad, Mufti N.Sembilan

Barisan ahli panel dan penceramah :
1. Dato Seri Dr Harussani Zakaria – Mufti Kerajaan Negeri Perak
2. Tuan Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid – Presiden TERAS
3. Yg Bhg Prof Dr Abdul Aziz Bari – Pensyarah UIAM

Anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan TERAS Pengupayaan Melayu

Maklumat lanjut hubungi :
Tn Hj Taufek : 019-6576540
Sdr Shamsul : 019-6532973
Ustaz Hj Azhar : 019-9619876

Taklimat Sureco 10 Dis Rembau

Semua Dijemput Hadir ke :

Majlis Taklimat Perniagaan Rangkaian Perniagaan Muslim SURECO

AHAD 10 Disember 2006
Jam 10 Pagi
Di Kedai M Tag Enterprise & Imej Amal
Pekan Kg Batu, Rembau (kedai belakang hentian bas Kg Batu)

Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Md Nazri Yusof 019-3457690
Hj Mohamad 019-6576540