KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070519

Pelaburan Akhirat Maahad Muhammadi Thailand

17 Rabiul Akhir 1428

Kepada : Sesiapa yang berkenaan (melalui Sdr Rozmal bin Malakan)

Assalamualaikum wrt wbt,
MOHON SUMBANGAN UNTUK TABUNG MAAHAD MUHAMMADI

Dengan penuh hormatnya merujuk perkara di atas, kami AJK Maahad Muhammadi Narathiwat Selatan Thailand. Mohon sumbangan dari Yang Berbahagia untuk Tabung Maahad bagi menyiapkan binaan sekolah dan asrama lelaki sedang dibina. Kami sangat memerlukan bantuan dari kaum muslimin mudah-mudahan kerja-kerja pembinaan dapat dibina mengikut jadual, insyaAllah.

Diatas pertimbangan dan perhatian Yang Berbahagia adalah amat kami menghargai dan kami dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih, didoakan semoga dirahmati Allah dan mendapat sebaik-baik balasan di akhirat.
Jazakumullah Khairankasira.

Yang benar,
Ustaz Daud Nawawee
Pengetua Maahad Muhammadi, Narathiwat, Selatan Thailand
Tel : 006689-9783427
PO BOX 50 YINGO NARATHIWAT S. THAILAND 96180
Fax : 006673-590140
*********************

PENDAHULUAN
MAAHAD MUHAMMADI merupakan sebuah institusi pendidikan Islam swasta (pondok) mengikut pendaftaran No. 22/2522 di atas sebidang tanah wakaf seluas 10 ekar.

Bertempat di Kg Bukit Bakong, Yingo, Narathiwat Selatan Thailand. Iaitu kira-kira 80 km dari pekan Rantau Panjang, Kelantan.

Kami telah memikirkan begitu ramai anak-anak yatim, fakir miskin terbiar, khususnya anak-anak bangsa Melayu (Patani, Yala dan Narathiwat) yang mana kehidupannya boleh dikatakan terbiar dan tiada bimbingan. Yang menyedihkan lagi apabila memikirkan pendidikan agama untuk masa hadapan mereka. Lebih mendukacitakan lagi ialah keadaan semasa. Oleh disebabkan masalah ini kami tidak mahu mereka terlepas peluang dalam pelajaran mereka dan kami sanggup mengubahkan nasib mereka , insyaAllah.

Kami yakin dan percaya, sudah tentu di kalangan kita semua menyedari keadaan ini. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kesibukan dengan tugas harian, tanggungjawab-tanggungjawab lain secara tidak langsung menjadi begitu terhad untuk membantu anak-anak yatim, miskin.

Oleh kerana itu, kami berasa prihatin dengan keadaan anak-anak yang malang itu. Kami secara peribadi bertanggungjawab untuk membela mereka sekadar yang termampu. Itulah antara sebab, kenapa kami menubuhkan TABUNG MAAHAD MUHAMMADI.

OBJEKTIF
Maahad Muhammadi ditubuhkan atas kesedaran untuk membela terutama daripada segi pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan yang terbiar. Kemiskinan dari segi ekonomi tidak seharusnya menafikan anak-anak tersebut untuk mendapat pendidikan dan peluang menjalani kehidupan yang murni yakni kehidupan yang berlandaskan Al Islam.

Kami juga bakal dijadikan pusat aktiviti dan pusat giat kehidupan anak-anak yatim miskin dan yang terbiar, secara tidak langsung sebagai tempat untuk mengasuh bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan mereka.

SISTEM PEMBELAJARAN
1. Ilmu Agama mengikut sistem persekolahan dari Satu Ibtida’I hingga akhir Sanawi.
2. Bahagian Akademik dari tingkatan menengah ( MT 1-3 )
3. Ilmu kemahiran hidup

BILANGAN PELAJAR
Kini pelajar seramai 320 orang, terdiri dari 70 peratus dari anak-anak yatim miskin berasrama penuh dan disediakan buku-buku khas untuknya serta dikecualikan setiap jenis bayaran

AKTIVITI SEMASA
Antara aktiviti semasa Maahad Muhammadi seperti berikut :

Khidmat Pengurusan Qurban/Aqiqah:
Kami menyediakan khidmat pengurusan kepada sesiapa saja yang berhajat untuk melakukan ibadat qurban dan aqiqah. Pada setiap tahun kami menyediakan qurban dan aqiqah untuk masyarakat setempat. Daging qurban/aqiqah kemudiannya diagihkan kepada masyarakat Islam yang berhak dan lebih perlu di ketiga wilayah (Patani, Yala dan Narathiwat). Kami juga menerima qurban/aqiqah daripada masyarakat Islam di luar negara termasuk Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun (1427/2006) kami menerima sumbangan qurban/aqiqah dari Jamaah Islah Malaysia JIM sebanyak 14 ekor lembu dan 10 ekor kambing.

Penerbitan Khutbah Untuk Diedarkan ke Masjid-Masjid:
Kami menghasilkan buku-buku khutbah untuk diedarkan ke masjid-masjid. Juga kami mengadakan aktiviti agama seperti ceramah agama, sambutan hari kebesaran dalam Islam bersama penduduk setempat.

KEWANGAN
Sumber kewangan Maahad Muhammadi ialah daripada sumbangan kaum muslimin setempat, zakat, derma jariah dan sedikit bantuan kerajaan negeri.

TABUNG PEMBINAAN
Tabung pembinaan ini ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan kutipan derma daripada kaum muslimin untuk projek pembangunan sekolah Maahad Muhammadi peruntukan diperlukan sebanyak RM 200,000.00

SOKONGAN DAN BANTUAN
Sebarang bentuk sumbangan boleh dibuat atas nama :
MAAHAD MUHAMMADI
No Akaun : 03-081-02-003842-6 , Bank Islam Malaysia Berhad

HUBUNGI KAMI
Maahad Muhammadi
Yingo, Narathiwat, S. Thailand 96180
Tel : 006689-9783427
Fax : 006673-590140

Atau
Ustaz Hj Anuar bin Abd Moid
Kg Delek Kanan, Klang, Selangor
Tel 03-33717621 , 013-2758501