KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140220

Kemarau, krisis air sepatutnya mendekatkan insan dengan Allah


Semoga dengan cuaca kering, tiada hujan dan krisis air yang melanda negara pada ketika ini akan membuatkan insan mengenal Pencipta alam ini serta mendekatkan lebih ramai umat Islam dengan masjid 5 waktu sehari semalam.

Isu air: Bilik gerakan bencana dibuka di Seremban
19 Februari 2014

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bertindak membuka bilik gerakan bencana di Seremban sejak tiga hari lepas berikutan masalah kekeringan sumber air mentah dari Sungai Batang Benar, Pantai dekat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua jabatan dan agensi kerajaan turut berganding bahu untuk memastikan bekalan air terawat dan bersih kepada pengguna dapat berjalan dengan lancar.

"Walaupun kita tidak dapat bekalkan seperti biasa melalui paip, tapi kita nak pastikan lori tangki sentiasa ada dan memenuhi tangki statik yang diletakkan di kawasan terjejas.

"Walaupun kita belum lagi mengalami secara menyeluruh, tetapi sesetengah kawasan terutamanya di Seremban, kita telah mulakan catuan air kerana beberapa isu dan masalah yang kita hadapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad berkata catuan air telah dimulakan antaranya di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah melibatkan 7,000 pengguna.

Katanya rumah pam di situ pada hari-hari biasa mampu membekalkan air mentah sebanyak tiga juta gelen sehari tetapi kini bekalan airnya telah kering.

Tiada ulasan: