KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140813

Nampaknya politik kita belum terbuka dan matang


Baik dalam Pakatan Rayat, apatah lagi dalam Barisan Nasional. Kita perlukan ahli, penyokong yang mempunyai sikap yang kritis, kreatif bukannya menghina atau mengeji. Kita perlukan mereka yang NO MAN semasa memberikan pandangan, idea, cadangan, tetapi memerlukan mereka yang YES MAN apabila keputusan telah ditetapkan dan perlu dilaksanakan secara bersama.

Saya tidak dapat mengulas panjang isu ini, kerana terlalu banyak perkara sekeliling kita sendiri yang perlu difikirkan, yang saban hari aduan diterima antaranya; masalah remaja hamil luar nikah, masjid di Rembau yang terlalu amat kurang orang solat jemaah 5 waktu, kedai judi di pekan Rembau yang ramai dilanggani oleh orang Melayu, masalah rakyat yang begitu susah nak beli rumah di Rembau kerana terlalu mahal, masalah anak-anak nak masuk IPT bulan 9 ini ramai yang pening kepala mana nak cari duit bayar yuran dan 1001 macam masalah yang perlu diselesaikan bersama satu demi satu.

Macamana pun saya amat berpuas hati dengan sikap pemuda PAS Rembau, bersemangat, mempunyai pandangan yang berbeza-beza, memberikan idea dan pandangan yang kita tidak terikut, tetapi akhirnya mereka laksanakan apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

Mungkin mereka yang dah terlalu lama berpolitik boleh belajar dari anak-anak muda di Rembau ini.

Tiada ulasan: