KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151226

Jom kita bantu gadis ini yang mencari ibu kandungnya

Jom kita bantu gadis ini yang mencari ibu kandungnya. Sesiapa yang ada maklumat boleh hubungi keluarga ini atau boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

‘Pulanglah mak...’
25 Disember 2015

TAMPIN – Seorang gadis merayu ibu kandungnya untuk pulang setelah meninggalkannya bersama nenek di Kampung Pulau Mampat, Rembau, kira-kira 13 tahun lalu.

Fadilah Shahril, 16, berkata, sejak dari kecil lagi dia menyimpan hasrat untuk bertemu dengan ibu kandungnya, Roszana Laham, 34, namun ibunya itu tidak pernah pulang apatah lagi untuk mengambilnya menetap bersama.

Bagaimanapun, katanya, sejak kematian neneknya, Sehah Atin, 85, Jun lalu, dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan kini dia dijaga oleh bapa saudaranya, Shahar Udin, 54.

“Sampai bila saya mahu tinggal bersama bapa saudara sedangkan saya percaya ibu masih ada. Saya tak pernah merasa kasih sayang ibu dan kadang-kala menangis mengenang nasib saya.

“Hingga kini, saya tidak tahu macam mana rupa ibu saya dan saya sangat berharap dapat bertemu dengannya,” katanya.

Sementara itu, Shahar berkata, buat masa ini dia menjaga Fadilah, namun dia yang tidak mempunyai hak penjagaan dan bimbang sekiranya gadis itu menghilangkan diri seperti sebelum ini.

Menurutnya, Fadilah masih mempunyai ibu dan bapa untuk menjaganya, sedangkan dia hanya merupakan penjaga terdekat yang boleh menawarkan perlindungan sementara buat Fadilah.

“Oleh itu, saya sangat berharap supaya Roszana dapat berjumpa dengan anaknya dan membuat keputusan sama ada ingin menjaga anaknya atau sebaliknya," katanya.

Shahar berkata, Roszana sebelum ini menetap bersama keluarganya di Ladang Lee Kok Wah, Air Kuning Selatan dan sebaik berkahwin dengan abangnya Shahril, mereka menetap di tanah rancangan Felda Bukit Jalor.

“Roszana dan abang saya memiliki dua anak hasil perkongsian hidup sebelum Roszana melarikan diri meninggalkan Fadilah bersama mak saya.

“Roszana membawa anak bongsu lelakinya bernama Ariffin yang ketika itu baru berusia setahun. Mungkin kini Ariffin sudah berusia 14 tahun.

“Kami sangat berharap Roszana dapat berjumpa kami terutama anaknya Fadilah di kediaman kami di Taman Bukit Tampin," katanya.

Bandingkan dengan kita di Malaysia

Bandingkan dengan kita di Malaysia, tak kiralah pemain bola ke, artis ke, pemain golf simulator ke, keluarga ahli politik ke hatta pekerja kilang sekali pun macam kita ni.

Frank Lampard Raih £3.8 Juta Dikesan Belanja Di Kedai Harga Murah £1
Sabtu, 26 Disember 2015

PEMAIN tengah New York City FC, Frank Lampard yang menerima tawaran sebanyak £3.8 juta (RM24.2 juta) semusim dikesan membeli-belah di kedai jualan murah di mana kebanyakan barangan berharga £1 pound (RM6.36).

Portal Mirror melaporkan para pengunjung di kedai Poundland seakan tidak percaya apabila melihat kehadiran bekas pemain Chelsea itu di premis Fulham pada malam Krismas.

Keadaan itu menunjukkan walaupun pemain berusia 37 tahun itu meraih jutaan pound sebagai pemain New York City FC, beliau masih tertarik untuk membeli barangan pada harga yang sangat murah.

Seorang pengunjung Poundland, Eliot Gregory yang berada di kedai itu pada saat akhir mengesan pemain bola sepak itu bersama dua anak perempuannya.

Hari kedua sumbangan bantuan persekolahan

Hari kedua sumbangan bantuan persekolahan "back to school" di Chembong, Rembau pd 25 Dis 2015




20151225

Terima kasih kepada para petugas dan penyumbang

Program sumbangan bantuan persekolahan "Back to school" dan Free Market serta agihan kupon gunting rambut percuma kepada pelajar miskin sempena cuti Maulid Nabi di Chembong, Rembau diadakan di kedai buah Cikgu Man (depan Pasaraya Fresco) penerima seramai 30 orang dari 13 keluarga.





Kalau singgah tandas surau, derma tabung, jaga kebersihan

Kalau singgah tandas surau, derma tabung, jaga kebersihan - Siapa yg lalu jalan Kuantan-Segamat biasanya berhenti di Muadzam utk solat, rehat, tandas. Stesen minyak di sini akan penuh, beratur panjang nak ke tandas. Kami biasa akan ke Surau Taman Desa Keranji jalan masuk sebelah stesen Petronas. Suraunya selesa, bersih. Sesiapa yg singgah surau kalau guna tandas pastikan bersihkan lepas guna. Kalau nak buang tuala wanita atau lampin bayi, bawa plastik sendiri, ikat, buang dlm tong sampah. Sebelum balik masuk tabung surau RM5, RM10, RM100 dsbnya. Surau Taman Desa Keranji ni perlukan RM500,000 utk madrasah tahfiz. Kalau 50,000 pengunjung derma RM10, akan tercapai matlamat tadi.


Agihan pakaian sekolah terpakai sempena cuti Maulid Nabi

Agihan pakaian sekolah terpakai sempena cuti Maulid Nabi di Flat Senawang. Terima kasih kepada para penyumbang dan petugas, khususnya guru Pasti Rembau.

Kepada mereka yang ada pakaian sekolah atau kasut sekolah terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih untuk diagihkan kepada pelajar miskin sila hubungi :
- 0122267406 Hj Rozmal
- 0193572101 Pn Rusilah

Atau boleh hantar terus ke No 6, Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang, 70450 Seremban

Anjuran Jabatan Amal Rembau dan Skuad Siti Khadijah


20151223

Amal jariah dua sahabat





Sinar Harian 23 Disember 2015 REMBAU - “Tak perlu bayar... ada minat, kesungguhan dan kesabaran, kami sanggup mengajar secara percuma mana-mana individu yang nak menjadi tukang gunting rambut,” kata Razali Mohd Nor, 47, ketika ditemui Sinar Harian di An-Nur BarberShop, di sini, semalam.

Razali dan sahabatnya, Ramli Yusuf, 48, mula menjadi rakan kongsi kedai gunting rambut yang beroperasi di dalam kabin yang telah diubah suai di perkarangan Masjid Jamek An Nur Rembau sejak 11 November lalu.

Menurut Razali, selain ingin melakukan amal jariah, dia juga menganggap usahanya itu bagi mengikut jejak langkah bekas gurunya yang digelar sebagai Tuan Winda kerana telah mengajar kemahiran menggunting rambut secara percuma kepadanya.

Menurutnya, walaupun menawarkan pembelajaran secara percuma, tidak ramai yang benar-benar berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar menggunting rambut kerana bidang berkenaan memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi.

Razali berkata, semasa mengikuti kursus di GiatMara, dia pernah membentangkan cadangan untuk memiliki sebuah bas yang diubah suai di dalamnya untuk menawarkan khidmat gunting rambut di lokasi tumpuan orang ramai.

Latih OKU gunting rambut

“Kini, saya dan Ramli menawarkan khidmat ajar gunting rambut percuma di Rembau pula dan setakat ini sudah ada empat individu yang berminat untuk belajar dengan kami termasuk Ahmad Dhaiffullah Yusoh, 23, yang merupakan OKU pekak dan bisu sejak dari kecil lagi.

Sejak tiga minggu lalu, dua sahabat berkenaan mengajar Ahmad kemahiran menggunting rambut di kedai mereka, Ahmad mendapat elaun sebanyak RM180 sebulan daripada Yayasan Amal Malaysia.

Razali berkata, terdapat perbezaan dalam kaedah mengajar di mana mereka menggunakan teknik lakaran dan menulis di atas kertas sekiranya ingin mengajar Ahmad.

Menurutnya, bagi pelanggan yang hanya ingin menipiskan rambut tanpa terikat mana-mana fesyen terbaru, Ahmad mampu menyempurnakan tugas berkenaan dengan baik.

“Selama tiga minggu ini, sudah tiga orang Ahmad gunting rambut tapi biasalah bila kita perkenalkan kepada orang, orang pun macam kurang yakin.  Namun, kita bagi jaminan akan memantau pergerakan tangan Ahmad semasa menggunting rambut,” katanya.

Rumah Untuk Disewa



Rumah Untuk Disewa
Di Kg Solok Jelawai, Jalan Seberang Batu Hampar, Rembau
Tepi jalan besar
400 meter dari Sekolah Kebangsaan dan Masjid Seberang Batu Hampar
4 km dari pekan Rembau
3 bilik tidur
2 bilik air
Sewa RM450 sebulan
Deposit sewa 2 bulan
Deposit api air RM200
Hubungi Kamarul 013-6630700 (Tel/Whatsapp/SMS)
Keutamaan yang berkeluarga
Siapa cepat, dia dapat

Lokasi - Latitude: 2.575404 , Longitude: 102.089126
Atau Search Google Map : Teratak Kamarul


Pusat Pemulihan Penagih Judi



Ini kes kedua mereka yang saya tidak kenali sebelum ini menghubungi saya minta bantuan bagaimana untuk menghilangkan ketagihan judi. Mereka ini memang ingin bebas dari judi, tapi tiada tempat untuk mengadu. Kes kedua yang paling kritikal. Setelah berwhatsapp panjang dia buat pilihan sendiri untuk tinggalkan dunia dia, dan mengaji pondok sepenuh masa.

Saya sedang mencari penaja untuk anak muda ini mengaji pondok, kerana orang lain sisihkan dia. Kepada mereka yang ingin mengambil anak muda ini sebagai anak angkat atau adik angkat untuk ditempatkan di pondok sila hubungi 0122267406, Hj Rozmal bin Malakan

20151222

Bukan Islam pula yang yakin dengan patuh syariah



Bukan Islam pula yang yakin dengan patuh syariah
(RAYANI - RAvi KarthiYANI?)

Rayani Air rancakkan pelancongan Kelantan
21 Disember 2015

KERAJAAN Negeri Kelantan menyokong penuh kemasukan pesawat Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) yang dijangka merancakkan lagi industri pelancongan domestik dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, setakat ini terdapat lebih kurang 44 penerbangan sehari keluar dan masuk ke negeri ini.

"Kerajaan Kelantan yakin perkhidmatan penerbangan Rayani Air menambah aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan merancakkan lagi sektor pelancongan.

"Kita berharap dengan adanya penerbangan ke Kuala Lumpur dan Langkawi serta perkhidmatan patuh syariah dapat memberi manfaat kepada masyarakat Kelantan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Operasi Pertama Rayani Air ke Kota Bharu, petang semalam.

Turut hadir,  Pengasas Rakan Kongsi Rayani Air, Ravi Alagendrran, Pengarah Kewangan, Datuk Karthiyani Govindan dan Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari.

"Memandangkan syarikat penerbangan ini menyediakan perkhidmatan mengikut patuh syariah, kami menerima banyak permintaan dari agen pelancongan dan penumpang Kelantan untuk mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Jeddah.

"Jika sambutan menggalakkan, kami akan menyediakan kapal terbang Boeing 777-200 bagi destinasi ke Makkah dalam sasaran tempoh masa setahun hingga dua tahun lagi," katanya.

20151221

Jom Bantu Peniaga Kita



Malam ni bantu peniaga-peniaga di Dataran Senawang sekitar bank berhampiran dengan membeli produk mereka. Ada budak sekolah rendah seorang diri, jual cheese leleh yang emak dia buat, ayahnya bawa teksi, adik beradik 7 orang. Saya tanya dah beli baju sekolah ke, dia kata belum lagi. Ada juga yang jual burger rojak dan macam-macam gerai lain. Jom Bantu, Harga Baik Punya