KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150218

Bimbang bebankan bakal pengantin



Rasanya kalau ada peruntukan dari kerajaan negeri saya rasa kursus perkahwinan ini bukan sahaja boleh dikurangkan bayarannya, bahkan boleh diberi secara percuma. Kepada mana-mana belia di N.Sembilan ini yang ingin berkahwin tetapi benar-benar tidak mampu untuk membayar yuran kursus perkahwinan ini sila hubungi saya 0122267406.

Bimbang bebankan bakal pengantin
18 Februari 2015

JEMPOL - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diminta tidak menaikkan bayaran kursus pra perkahwinan yang ketika ini pada kadar RM80.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jempol, Mohd Nizam Aman berkata, pihaknya berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu hasrat berkenaan agar ianya tidak membebankan bakal pengantin.

"Kita menerima banyak pertanyaan daripada belia mengenai ura-ura kenaikan harga bayaran kursus terssebut yang mana difahamkan ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

“Kita berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu agar ianya tidak timbul kebimbangan di kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri Tiga anjuran Koperasi Kariah Masjid Felda Gugusan Raja Alias Jempol Berhad, dengan kerjasama Noraz Qaseh Enterprise di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2.

Tiada ulasan: