KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160307

Khazanah sejarah yang terpinggir, dilupakan



Khazanah sejarah yang terpinggir, dilupakan. Semasa program meraikan asnaf oleh DBS Bikers bersama Yayasan Amal di Kg Nerambai, Lubok Cina, Rembau, Pengerusi JKKK di situ Tn Hj Ismail memberitahu saya di kampung itu terdapat tempat bersejarah yang perlu dipulihara dan diwartakan. Ianya ialah tempat terletaknya empat meriam lama. Menurut pemilik tanah tersebut, meriam tersebut ialah milik Dato Shahbandar. Menurut sejarah Dato Shahbandar di Rembau ini adalah merupakan Dato Shahbandar dari Melaka selepas Melaka diserang Portugis. Kita sepatutnya memulihara sejarah bangsa bukan sekadar melaung-laungkannya sahaja.



Tiada ulasan: