KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160628

HATI-HATI PENGEMIS SIBER



HATI-HATI PENGEMIS SIBER
           
Kini wujud pihak tertentu menggunakan gambar bayi yang menderita penyakit, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan segera.

Modus operandi mudah, hanya sebarkan gambar kitar semula yang pernah dilaporkan di media dan merayu bantuan dengan meletakkan nombor akaun peribadi mereka.

Pengurus Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Nizam Yahya berkata, golongan itu yang digelar ‘pengemis siber’ akan menggunakan beberapa modus operandi untuk meminta simpati dan menipu orang ramai di Facebook (FB).

Beliau berkata, meminta bantuan daripada orang ramai tidak menjadi kesalahan tetapi bersikap jujur dengan tidak menyembunyikan kebenaran.

“Selalunya mereka akan menggunakan ayat menarik dan mengambil gambar seperti bayi sakit yang boleh mendatangkan rasa simpati serta empati kepada orang ramai dengan mengaku bahawa pesakit itu adalah anaknya.

“Selepas itu, mereka akan menukar butir peribadi seperti nombor akaun bank untuk mengaburi masyarakat mengenai penipuan yang dibuat,” katanya.

“Oleh itu, masyarakat terlebih dulu selidik dan pastikan maklumat itu benar atau tidak supaya tidak menjadi satu fitnah kepada pihak tertentu.

“Saya berharap, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan, dapatkan pengesahan terlebih dulu dan tidak terus menyalahkan pihak berkuasa dengan menyatakan kami tidak memberikan bantuan kepada mereka.

Tiada ulasan: