KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161208

Ada motosikal, boleh jadi usahawan



Inilah yang saya tekankan selama ini. Guna motosikal untuk jimat kos senggaraan jika ingin membantu golongan mereka yang ada kesungguhan untuk mulakan perniagaan, tak perlu ‘food truck’, kereta, van atau lori. Konsep ini mungkin boleh bantu 10 usahawan pada kos yang sama daripada bantu seorang usahawan yang menggunakan van/‘food truck’.

Ada motosikal, boleh jadi usahawan

8 Dis 2016  - Jika golongan belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka boleh menyertai Projek Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur yang peluangnya disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai tahun depan.

"Saya nak maklumkan kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan sekiranya berminat dengan projek ini, kita galakkan mereka untuk memohon.   

"Ini bermakna kita akan gunakan motosikal sedia ada dan kita akan ubah suainya untuk disediakan tempat meletak peralatan (berniaga). Kita juga akan bagi peralatan dan latihan kepada mereka," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita semasa menghadiri majlis Mobilepreneur peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.   

Beliau berkata langkah diadakan projek itu ialah untuk melahir lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah.   

Pada majlis itu, beliau menyerahkan motosikal kepada 38 orang peserta Mobilepreneur dari Selangor yang menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman, automotif, elektrikal serta Spa dan kecantikan. - Bernama

Tiada ulasan: