KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170125

KUPON MAKANAN BAGI MEREKA YANG KELAPARAN DI SEREMBAN



KUPON MAKANAN BAGI MEREKA YANG KELAPARAN DI SEREMBAN
24 Januari 2017


PERNAH merasai peritnya tidak cukup wang untuk membeli makanan ketika zaman belajar dahulu telah mendorong tiga beradik bersama sepupu menjayakan projek pemberian token makanan percuma.

Projek itu diusahakan oleh Muhammad Abu Mubarak Ali, 28, Muhammad Faiz, 37, Muhammad Yassin, 45  dan sepupu Qaiser Khan Khaliq Khan, 43, di Restoren KRS, Ampangan di sini, sejak setahun lalu.

Dengan menggunakan tagline ‘Anda Lapar? Tiada Wang? Sila Ambil Satu’, sesiapa sahaja tanpa mengenal kaum dan agama, tanpa segan silu boleh mengambil token tersebut yang berharga RM3.00 daripada tabung disediakan.

Bagi satu kupon setiap orang boleh menikmati dua capati atau roti canai dan secawan air teh yang disediakan hanya di restoran terbabit.

Menceritakan berkenaan projek itu lebih lanjut, Muhammad Abu Mubarak Ali, 28, berkata, idea itu tercetus hujung tahun 2015, selepas dia sering mengikuti aktiviti kesukarelawan termasuklah turun padang memberi gelandangan makan di sekitar Kuala Lumpur.

Menariknya,  sejak dari itu tabung berkenaan tidak pernah kosong bukan kerana tiada yang mengambil token disediakan, tetapi disebabkan ramai yang memberi.

“Setakat ini tidak ada yang mengambil kesempatan dan hanya mereka yang benar-benar memerlukan sahaja menggunakan token ini.

“Kadang-kadang bila saya nampak seseorang yang kelihatan susah, saya sendiri yang tawarkan token itu. Mereka boleh makan di sini atau bawa pulang.

- Sinar Harian

Tiada ulasan: