KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140605

Rusa Sambar haiwan hampir pupus, lebih penting dari Panda




Rakyat perlu sedar bahawa banyak spesis haiwan di Malaysia ini yang terancam dan hampir pupus dan perlu diselamatkan, diharamkan memburu haiwan ini, dibiakkan spesis haiwan ini. Panda adalah haiwan terancam di China, di Malaysia Rusa Sambar adalah antara beberapa spesis haiwan yang hampir pupus dan terancam.

SAMBAR DEER FACING EXTINCTION IN PENINSULA, SAYS STUDY

4 May 2014 - The sambar deer is faced with extinction, with environmentalists calling for the animal to be declared an endangered species.

“We believe that the process of extinction will be exacerbated for this species in peninsular Malaysia,” said the paper.

It was authored by Malaysian Conservation Alliance for Tigers (Mycat) general manager Dr Kae Kawanishi, WWF-Malaysia’s Tiger Conservation Programme lead research scientist Dr Mark Rayan, Wildlife Conservation Society-Malaysia Programme director Dr Melvin Gumal and Traffic (South-East Asia) regional director Dr Chris Shepherd.

20140604

Fenomena Rama-Rama serang Malaysia peringatkan Hari Kiamat




Fenomena rama-rama yang menyerang beberapa tempat di Malaysia akhir-akhir ini sepatutnya menginsafkan kita semua. Rama-rama hanya disebut sekali sahaja dalam Al Quran dalam Surah Hari Kiamat (Al Qaariah) , ayat ke 4.

(Hari itu ialah, hari kiamat), hari manusia menjadi seperti rama-rama yang terbang berkeliaran. “It is the Day when people will be like moths, dispersed” (101:4)

Rama-rama ialah binatang yang memeningkan saintis mengkaji bagaimana rama-rama ini terbang, menyeimbangkan badan mereka. Saintis baru menemui rama-rama bukan menggunakan telinga atau mata untuk menyeimbangkan badan mereka ketika terbang.

Rama-rama mempunyai sistem radar mereka sendiri yang terletak pada antena rama-rama tersebut.

Marilah kita banyakkan bertaubat, berselawat dan menghidupkan masjid di tempat kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu

20140603

Kursus Kesetiausahaan Percuma Hanya untuk Anak N.Sembilan


Sahabat saya di Taman Alamanda, Senawang menawarkan Kursus Kesetiausahaan Dan Kursus Kesetiausahaan Kerani Pentadbiran. Kursus ini adalah percuma, tiada sebarang yuran kerana dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kalau ambil kursus serupa tanpa pembiayaan di tempat lain kosnya mencecah RM6,000.

Tempoh kursus ialah 3 bulan, bermula Julai 2014 dan terhad kepada 25 pelatih yang benar-benar serius dan berminat.

Ianya terbuka hanya kepada kepada Anak-Anak Negeri Sembilan. Kelulusan minima ialah SPM, berumur 18 ke 35 tahun.

Disebabkan tempat terhad 25 orang sahaja, siapa yang cepat daftar, serius dan benar-benar berminat sahaja yang akan dipertimbangkan.

Percuma, tak perlu bayar, tak perlu pinjam, tiada kontrak.

Sila hubungi sahabat saya ini di
RIA BUSINESS RESOURCES, Taman Alamanda, Senawang
HP : 010-7778931 (sms/wechat/whatsapp/telegram)
FB : yesbro2u

Adakah Makmal Kementerian Kesihatan tiada lesen punca kecoh isu Cadbury?




Apa sebenarnya punca isu Cadbury ini? Adakah JAKIM sebelum ini menggunakan makmal Kementerian Kesihatan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia? Apakah mungkin Cadbury boleh menyaman JAKIM  berbillion ringgit kerana menggunakan makmal yang kerajaan Malaysia sendiri tidak iktiraf?

Apakah apabila JAKIM menyedari kesilapan mereka, cepat-cepat mereka hantar sampel ke Jabatan Kimia?

Semakan di laman web Jabatan Standard Malaysia mendapati hanya 12 makmal dari ratusan makmal di seluruh Malaysia yang diiktiraf atau layak untuk membuat ujian Nucleic Acid atau DNA dan tiada satu pun Jabatan/Kementerian Kesihatan yang boleh buat ujian DNA.

Harap JAKIM berterus terang dalam isu ini, siapa yang buat silap sebenarnya?

Kita boleh semak sendiri makmal yang boleh ujian DNA atau Nucleic Acid di http://www.standardsmalaysia.gov.my/directory/testing-lab

KULIAH HADITH 40



KULIAH HADITH 40
Bersama Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 Jun 2014, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20140602

Kementerian Kesihatan kesan DNA babi, Jabatan Kimia kata tiada DNA babi


Peralatan ujian DNA mana yang salah, Kementerian Kesihatan atau Jabatan Kimia? Kalau salah apa tindakan selanjutnya, dakwa Kementerian Kesihatan atau dakwa Jabatan Kimia atau dakwa JAKIM? Harus ingat, Cadbury tiada peralatan untuk mengesan DNA babi.

Cadbury hanya tarik dua produk ada DNA babi
27 Mei 2014

Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd setakat ini hanya menarik balik dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk selepas ia dikesan mengandungi DNA babi.

Kelmarin, akhbar melaporkan, JAKIM menggantung sijil halal dua produk keluaran Cadbury Dairy Milk, berkuat kuasa serta-merta selepas Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi dalam produk coklat susu kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 dan coklat susu buah buah badam panggang (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor kelompok 221013N01RI1.

Sah tiada unsur babi
2 Jun 2014

Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut kelompok 200813MH1H12 dan kelompok 200813MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan kelompok 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dapat BR1M tapi Bantuan JKM dipotong


Baru-baru ini seorang pakcik dari DUN Rantau, N.Sembilan mengadu kepada saya, dia sebelum ini telah menerima Bantuan Orang Tua skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan sejak tahun 2008.

Tetapi sejak Januari 2014 dia telah tidak lagi menerima bantuan tersebut. Malahan ramai rakan-rakannya sebelum ini yang menerima bantuan bulanan JKM telah dipotong.

Walhal pakcik tadi usianya sudah 70 tahun, tiada pencen. Apabila dibuat aduan kepada JKM, macam-macam soalan ditanya JKM, anak berapa, berapa pendapatan anak, anak-anak saudara ada tak membantu.

Kenapa bila nak beri BR1M tak banyak soalan, tetapi apabila bantuan JKM dipotong macam-macam soalan ditanya, walhal sudah bertahun-tahun dia dan rakannya menerimanya sejak bertahun-tahun yang lalu.

Adakah perkara ini hanya berlaku di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau atau banyak juga kes sebegini seluruh Malaysia?

BR1M hanya setahun sekali sebanyak RM300 agaknya kalau bujang, sedangkan Bantuan Orang Tua RM300 setiap bulan atau RM3,600 setahun.

Sumbangan Lampin Dewasa Untuk Golongan Memerlukan


Dalam usaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan yang menjaga ibu serta ayah mereka yang uzur serta lanjut usia yang memerlukan perbelanjaan lampin pakai buang yang amat tinggi kosnya pada golongan ini, maka saya mengharapkan kepada mereka yang ingin membantu bolehlah menghantar Lampin Pakai Buang tersebut di pusat pengumpulan di Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau.

Untuk sumbangan sila hubungi saya di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal . Harap maaf tiada Whatsapp.

Dato Lembaga Adat perlu lebih tinggi taraf dari ADUN


Adat Perpatih bukan sekadar untuk dipertontonkan. Ianya adalah struktur pemerintahan kerajaan sebelum datangnya demokrasi menghancurkan sistem pemerintahan Adat Perpatih ini. Di Rembau ada 12 suku, setiap suku menjaga kebajikan, permasalahan anak buahnya.

Sekiranya setiap suku menjaga ahli sesama suku mereka maka tidak akan kedengaran sepatutnya orang susah di Rembau ini.

Kita di Rembau ada 12 suku iaitu Biduanda (1), Paya Kumbuh (2), Mungkal (3), Tiga Nenek (4), Tanah Datar (5), Sri Melenggang (6), Sri Lemak (7), Batu Hampar (8), Batu Belang (9), Anak Melaka (10), Anak Acheh (11) dan Tiga Batu (12).

Jika setiap suku ini ada Tabung Yayasan mereka sendiri sudah pasti setiap anak Rembau akan terbela kebajikan, kesihatan dan pelajaran mereka. Ini adalah kerana saya yakin ramai golongan professional, hartawan, cendekiawan, pakar ekonomi dari setiap suku tersebut.

Oleh itu ketua setiap suku atau Dato Lembaga Adat perlu memainkan peranan lebih daripada ADUN. Dato Lembaga Adat perlu diberi lebih kuasa, lebih elaun daripada ADUN agar mereka dapat menggerakkan anak-anak buah mereka untuk saling bantu membantu.

Terpulang orang Melayu Rembau, Johol, Jelebu, Sg Ujong samada hendak menjadikan Adat Perpatih ini sekadar tontonan National Geographic atau Discovery Channel, atau untuk menjadikan Adat Perpatih ini untuk menjaga kebajikan, kesihatan, kemasyarakatan, pelajaran sesama kita.

Susulan ziarah warga emas di Rembau


Alhamdulillah, saya telah menyampaikan sumbangan daripada seorang individu untuk keluarga ini di Kg Tanjung Sena Hulu. Puas juga mencari rumahnya. Keluarga ini masih menunggu katil beroda yang diharapkan. Menurut mereka permohonan kepada Baitul Mal telah dibuat. Semakan saya di laman web Baitul Mal bantuan perubatan telah diluluskan pada 5 Mei 2014, tetapi tidak pasti adakah ianya bantuan katil beroda tersebut.

Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih." Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

Banduan seronok masuk penjara Malaysia, sampai 20 kali masuk


Semalam saya berborak dengan seorang pegawai penjara. Dia menceritakan sekarang ini ramai banduan yang keluar masuk penjara paling kurang 5 ke 6 kali, ada yang sampai keluar masuk penjara sampai 20 kali. Apa ke tidaknya, sekarang ini banduan yang masuk penjara mewah makan tak masa zaman di mula-mula kerja penjara dulu.

Dulu banduan diberi makan ikan masin, ayam cuma seminggu sekali. Sekarang katanya banduan mewah makan, sarapan pagi ada, makan pagi ada, makan tengahari ada dan seterusnya. Lepas tu katanya banduan sekarang manja, jentik pun tak boleh.

Dulu katanya kalau pegawai penjara datang semua banduan akan senyap.

Maka tidak hairanlah para penjenayah di Malaysia ini tidak takut langsung hukuman penjara di Malaysia ini, malahan mereka ternanti-nanti bila pula boleh masuk penjara semula, dapat makan mewah, dapat kursus kemahiran percuma dan macam-macam lagi.

Yang memeningkan kepala pegawai penjara tadi ialah dengan Motto Penjara sekarang ini iaitu “PENJARA SEJAHTERA”.

Ayah saudara saya dulu kerja di Penjara Pudu. Dia selalu ceritakan ketegasannya terhadap banduan. Dulu kalau banduan masuk penjara, sekali tu sajalah, tak ada macam sekarang paling kurang 5-6 kali keluar masuk penjara dan ada yang sampai 20 kali. Ayah saudara ini amat ditakuti oleh semua banduan termasuk ketua-ketua samseng.

Apakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri tak pernah tahu perkara ini? Apa nak jadi dengan Malaysia, Yang Dikendong Tak Dapat, Yang Dikejar Berciciran.

Nak tengok bintang paling ajaib, pergilah solat Subuh


Hampir setiap kali sebelum atau selepas solat Subuh kita akan nampak hanya satu bintang terang di langit. Bintang ini membelakangkan kiblat. Lepas solat Subuh di Surau Alamanda pun saya nampak bintang ini, lepas solat Subuh di Masjid Bongek pun nampak, lagi terang di Bongek dan amat-amat cantik kerana berlatar belakang Gunung Datuk.

Bintang ini ialah Bintang Syikra, satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al Quran. Saintis mendapati Bintang Syikra ini sebenarnya ialah bintang berkembar, Syikra A dan Syikra B. Syikra A adalah paling terang, Syikra B tidak kelihatan. Dua bintang ini mengelilingi satu sama lain dalam satu orbit selama 49.9 tahun dalam bentuk lengkungan berkembar seperti busaran panah.

Ianya jelas disebut dalam Al Quran pada ayat ke 49 dan 9.

Sayang, kita umat Islam ada satu buku yang begitu hebat iaitu Al Quran, tetapi kita tidak dapat menghayati apatah lagi mengamalkan setiap suruhan di dalam Al Quran.

Besok selepas atau sebelum solat Subuh cuba perhatikan membelakangi kiblat bintang ini.

Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra; (An-Najm 53:49)

Kalau nak perjuang Melayu, belajar sejarah, sayang bangsa, tolong bangsa


Kadang-kadang saya hanya tersenyum dalam hati apabila melihat gelagat mereka yang memperjuangkan bangsa Melayu tetapi tak kenal sejarah mereka sendiri, asal usul mereka, pejuang bangsa yang ada di daerah dan negeri mereka sendiri, terutamanya di Negeri Sembilan.

Kalau nak cerita pasal Rejimen Askar Melayu, kenal siapa pengasasnya, siapa pahlawan askar Melayu dari Negeri Sembilan seperti Sarjan Hassan yang berasal dari Lenggeng, Leftenan Adnan dari keturunan pahlawan Dato Siamang Gagap dan beberapa rakan seperjuangan Leftenan Adnan di Bukit Candu yang berasal dari N.Sembilan yang ramai generasi muda Melayu N.Sembilan tak kenal.

Cakap pasal Askar Melayu, orang Melayu N.Sembilan khususnya orang Rembau pun ramai tak tahu salah seorang dari 4 pembesar Melayu yang mendesak dan mengasaskan Askar Melayu ialah Undang Rembau serta Yam Tuan Besar N.Sembilan.

Menurut arwah ayah saya, hanya 2 orang keturunan Undang Rembau iaitu Undang Dato Abdullah yang menyertai Askar Melayu, iaitu arwah ayah saya dan anak buah Dato Abdullah yang masih hidup lagi sekarang ini yang sentiasa bersama Sheikh Nuruddin Al Banjari.

Kalau nak cerita pasal 13 Mei pula, ayah saya antara salah seorang pegawai tentera yang melakukan misi khas di tempat panas bersama askar Renjer berketurunan Iban.

Nak cerita pasal zaman komunis, diceritakan, arwah atok saya hendak menghapuskan satu kampung Cina seorang diri dengan parang, tetapi dihalang oleh orang kampung.

Jadi kalau nak perjuang sangat bangsa Melayu, kenali sejarah perjuangan ayah, datuk, moyang kita sendiri, sejarah daerah dan negeri kita.

Kalau ada orang susah di tempat kita , tak kiralah apa bangsa sekali pun tolonglah, hanya kerana semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.

Islam yang ada pada kita perlu kita jaga, pertingkatkan iman kita, imarahkan surau dan masjid tempat kita dengan solat jemaah.

Tadi saya terima SMS mengatakan ada Jemaah Tabligh 40 hari akan berada di Surau Alamanda mulai hari ini. Saya balas balik, Alhamdulillah.