KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140602

Kementerian Kesihatan kesan DNA babi, Jabatan Kimia kata tiada DNA babi


Peralatan ujian DNA mana yang salah, Kementerian Kesihatan atau Jabatan Kimia? Kalau salah apa tindakan selanjutnya, dakwa Kementerian Kesihatan atau dakwa Jabatan Kimia atau dakwa JAKIM? Harus ingat, Cadbury tiada peralatan untuk mengesan DNA babi.

Cadbury hanya tarik dua produk ada DNA babi
27 Mei 2014

Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd setakat ini hanya menarik balik dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk selepas ia dikesan mengandungi DNA babi.

Kelmarin, akhbar melaporkan, JAKIM menggantung sijil halal dua produk keluaran Cadbury Dairy Milk, berkuat kuasa serta-merta selepas Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi dalam produk coklat susu kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 dan coklat susu buah buah badam panggang (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor kelompok 221013N01RI1.

Sah tiada unsur babi
2 Jun 2014

Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut kelompok 200813MH1H12 dan kelompok 200813MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan kelompok 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan: