KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140610

Imam mualaf yang berani menegur ulamak pengecut dan pemerintah zalim




Semoga lebih ramai para ulamak dan para ustaz mencontohi keberanian mualaf dari Amerika Syarikat ini Imam Suhaib Webb yang sebelum ini banyak berguru dengan para ulamak di Mesir. Secara terus terang Imam Suhaib Webb meluahkan kekecewaan dan kemarahan beliau terhadap para ulamak yang mendoakan pemerintah yang zalim. Suhaib Webb mengatakan para ulamak ini bukan sahaja pengecut tetapi telah menguburkan ilmu mereka sendiri.

Saya bersama Imam Suhaib Webb walaupun saya bukan ulamak, saya cuma hamba ALLAH. Bagaimana dengan para ulamak, para ustaz, para ustazah, para pendakwah lain di Malaysia ini? Malulah kita dengan Suhaib Webb yang dulunya seorang yang taat dengan Kristian, cucu seorang Paderi. Kini Imam Suhaib Webb mahir dalam pebagai ilmu Fekah, Syariah, Tafsir, Hadith dan banyak lagi.

Jangan pula Imam Suhaib Webb diharamkan untuk masuk Malaysia dan siarannya siri Reflection di TV Hijrah disekat.

Dibawah ini luahan dari FB Imam Suhaib Webb

When I see scholars praying for oppressors, I feel a tremendous sickness and anger. Some of my former teachers have taken positions that are not only cowardly, but soil the pure knowledge they claim to uphold.

No matter how many ijaazas, your family lineage, your clothes or mystic claims; if you can't stand with the masses; if you can't oppose the killing of civilians, the spreading of corruption, then, by Allah, those things will be a witness against you.

May Allah help the Umma and protect it from those who seek to harm it, dressed in the garments of ulema and sufi sheikhs.

Allah bless this community!

Suhaib

20140609

Zakat KWSP sepatutnya ditunaikan setiap tahun


Tadi saya menerima SMS dari seorang pelajar UKM yang saya bantu sebelum ini. Katanya juniornya kesempitan wang, dia telah memberi sebahagian wang derma orang ramai kepadanya untuk membantu junior tersebut, tapi masih kurang RM500 untuk keperluan penginapan.

Saya membalas SMS kepadanya, minta maaf, sementara ini saya belum dapat membantu.

Sekarang saya sedang menonton Cinta Ilmu di TV Hijrah, membahaskan isu Zakat, termasuk Zakat KWSP.

Zakat KWSP hanya boleh ditunaikan selepas kita mengeluarkan wang simpanan KWSP kita pada usia 55 tahun dan ianya untuk haul tahun tersebut saja.

Kenapa tidak dikaji semula zakat KWSP ini demi untuk membantu ramai yang memerlukan pertolongan seperti ramai pelajar IPT yang kesempitan wang?

Kenapa tidak ditolak sahaja zakat KWSP ini setiap tahun dari tabung simpanan KWSP tersebut? Walaupun sebelum umur 55 tahun kita tidak boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP, akan tetapi setiap tahun , setiap bulan tabungan KWSP tersebut adalah hasil titik peluh kita sendiri.

Bayangkan berapa ramai anak yatim, pelajar IPT, sekolah tahfiz dapat dibangunkan kalau setiap tahun umat Islam yang ada simpanan KWSP melebihi RM11,000 akan ditolak secara otomatik untuk zakat sepertimana simpanan kita dalam Tabung Haji?

20140608

Tanah perkuburan Islam jadi padang ragut kerbau

Petang tadi lalu sebuah kampung terlalu amat hampir dengan pekan Rembau. Sedih melihatkan kawasan perkuburan Islam di kampung ini. Dua pintu pagarnya telah rosak, kawasan pagar sekeliling tanah perkuburan ini tidak dapat dipastikan lagi samada ada yang berlubang atau sebaliknya.

Terdapat berpuluh-puluh ekor kerbau sedang meragut rumput di tanah perkuburan ini.

Sesiapa yang kenal ahli kariah kampung ini jika ada masalah untuk mendapatkan peruntukan membaiki pagar serta pintu pagar mungkin kita boleh bersama bergotong royong membinanya, dapatkan dana daripada ahli kariah setempat dan warga Rembau yang prihatin.

Al Fatihah, makcik Zainab ini sudah kembali menemui Allah


Baru minggu lepas saya menyampaikan bantuan kepada keluarga makcik Zainab ini di Kg Tg Sena Hulu, Rembau sumbangan dari seorang individu serta bertanyakan status permohonan katil beroda. Hari ini tadi saya menerima panggilan telefon daripada menantu makcik Zainab mengatakan makcik Zainab telah meninggal dunia pada Jumaat 6 Jun 2014. Semoga Allah menempatkan roh makcik Zainab bersama roh orang-orang yang soleh serta memberikan ketenangan, kesabaran dan kedamaian kepada keluarga almarhumah makcik Zainab.
Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih."

Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Hamidah berkata, buat masa ini, dia dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan susu serta lampin pakai buang emaknya.

“Buat masa ini, hanya suami saya, Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

"Saya juga amat berharap bantuan JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli keperluan harian emak," katanya.

Serangan api misteri, takutlah hanya kepada ALLAH


Semakin banyak kejadian serangan api misteri akhir-akhir di Malaysia. Marilah kita banyakkan menyeru umat Islam hanya takut kepada ALLAH, patuh semua perintah ALLAH dan hanya mohon pertolongan kepada ALLAH. ALLAH jadikan Iblis dari api, ALLAH jadikan kita dari tanah. Kes serangan api misteri ini turut berlaku di negara lain. Malahan terdapat beberapa ratus kes manusia serta bayi tiba-tiba terbakar sendiri, seumpama apa yang diceritakan dalam al Quran, bahan bakar api neraka adalah daripada manusia.

Tahukah kita, Malaysia adalah negara tertinggi di dunia dengan kekerapan petir dan kilat? Analisis isu ini di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ". (Sod 38:75-76)

Api misteri cetus ketakutan

8 Jun 2014 LARUT, PERAK - Sebuah keluarga kini kebingungan apabila kediaman rumah kayu mereka di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang dekat sini kerap diserang api misteri sejak sebulan lalu. Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Nurfizah Ahmad berkata, pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menggunakan khidmat bomoh tetapi gagal.

"Selain itu baju dan surat misteri yang entah dari mana datangnya turut dijumpai di kawasan rumah kami menyebabkan kami menjadi sangat takut," katanya.

Katanya, sejak ‘kemunculan’ api tersebut, banyak barangan di dalam rumah yang didiami sejak 2009 itu musnah terbakar seperti rak pakaian, buku sekolah, sejadah dan sebagainya.

"Sudah lebih 19 kali kami meminta bantuan secara tradisional tetapi tidak juga berhasil. Kami juga kerap membaca surah Yasin untuk ‘menghalau’ api ini," katanya di sini hari ini.

Devil in the detail of Sicily's mysterious village fires

"What is happening is what normally happens when the devil enters the lives of those who let him in," Father Gabriele Amorth said yesterday as scientists and officials confessed themselves unable to explain a string of fires and explosions which began in the middle of last month in the fishermen's quarter of a Sicilian village.

Since then, in an operation that could have come straight from the television series X Files, a multi-disciplinary team of experts armed with measuring devices has been examining the area for clues to the spontaneous combustion of washing machines, dishwashers, refrigerators, electricity meters and cables.

3-Month-Old Indian Infant Keeps Catching Fire; Doctors Say Baby Emits Combustible Gases Through Skin Pores

In a rare medical condition, a three-month old baby boy from the southern Indian state of Tamil Nadu keeps catching fire spontaneously. The bizarre incident has stunned local doctors, and spooked the villagers who blame paranormal forces for the phenomenon, local media report.

Rahul, second son of farmhands Karnan and Rajeshwari from Villupuram village, seemed as healthy and normal as any other baby at birth. But since then, the baby reportedly burst into flames at least four times, beginning when he was just nine days old.

According to doctors, this is the first such case reported in India, and only about 200 cases of SHC have been reported in past three centuries around the world.



Apa hikmah sukar dapat visa Umrah sekarang?


Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Terpulang kepada kita nak ambil yang positif atau sebaliknya. Jiran saya dengan isteri telah 3 kali tertangguh nak pergi umrah ketika cuti sekolah ini. Akhirnya beliau batalkan hasrat untuk pergi umrah kerana sering tertangguh, sedangkan ayah dan ibu mertuanya sudah lepas pergi.

Apa hikmah disebalik kejadian ini? Adakah umat Islam di Malaysia ini mempunyai simpanan yang banyak untuk menunaikan umrah? Jika tidak dapat pergi umrah untuk ziarah kekasih kita yang dicintai Nabi Muhammad SAW dan ziarah Rumah ALLAH, tidak adakah amal ibadah lain yang dapat mengubat cinta kita tersebut?

Apa amal ibadah lain dengan kos RM6,000 atau mungkin RM10,000 yang dapat mengubat kerinduan kita ke Mekah dan Madinah?

Apakah ALLAH minta kita fikir sejenak, perhatikan saudara mara sekeliling kita, perhatikan jiran tetangga kita, perhatikan ibu dan ayah kita sendiri di kampung yang lama tidak dijenguk, perhatikan saudara mara kita di kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang sentiasa mengharapkan bantuan JKM dan BR1M sedangkan ada saudara mara mereka , orang sekampung yang mampu membantu mereka?

Ketahuilah sedangkan Sultan yang paling hebat iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubi yang membebaskan bumi Palestin, yang duduk hampir dengan Mekah dan Madinah pun tidak berkesempatan untuk menunaikan haji kerana kesibukan Baginda memikirkan masalah umat serta membebaskan bumi Palestin dari cengkaman tentera salib yang zalim.

Kenapa orang kita mudah ditipu jutaan RM tapi sukar menderma jutaan RM?


Semalam ketika berbual dengan rakan saya di majlis akikah seorang rakan, saya beritahu pada dia kita tidak boleh mengharapkan derma semasa ceramah seseorang tokoh yang terkenal untuk buat sesuatu projek kebajikan. Niat kita untuk sesuatu program itu perlu jelas, nak orang ramai datang dengar ceramah agar dapat hidayah dan rapatkan ukhuwwah, atau nak orang yang ramai datang hulurkan derma atau sumbangan?

Secara berseloroh saya mengatakan kita perlu belajar dari penjenayah, penyangak skim cepat kaya bagaimana mereka boleh meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam skim mereka, sedangkan kita umat Islam, yang yakin syurga itu ada, neraka itu ada, setiap pelaburan akan mendapat hasil yang beratus kali ganda atau mungkin berbillion kali ganda di dunia dan akhirat tidak dapat meyakinkan orang ramai untuk menghulurkan derma untuk tujuan kebajikan, membantu keluarga daif, membantu pelajar yang memerlukan belanja yang besar untuk masuk IPT, membantu membangunkan surau, masjid, sekolah tahfiz dan rumah kebajikan?

Setiap hari pasti ada orang yang pencen, ada orang bersara, orang yang keluarkan wang KWSP dan sebagainya.

Salahkan diri kita sendiri yang tidak pandai meyakinkan umat Islam untuk berderma, bersedekah, berwaqaf jutaan ringgit.

Malulah kita dengan penjenayah yang berjaya meyakinkan orang ramai untuk melabur dalam pelaburan yang entah apa-apa, sedangkan kita ada Islam, kita ada ALLAH, kita ada Nabi Muhammad SAW tetapi tidak dapat meyakinkan orang ramai akan keindahan Islam itu, ketenangan Islam itu.

Yang peliknya kadang-kadang ada orang bukan Islam yang derma kepada sekolah tahfiz, surau dan masjid kerana orang bukan Islam tadi yakin dengan berbuat demikian perniagaan mereka akan semakin maju.

20140606

10 hari nelayan hanyut dilaut, hanya Allah yang selamatkan




Setelah 10 hari 3 orang nelayan ini hanyut di lautan, akhirnya mereka diselamatkan dengan izin Allah tanpa sebarang peralatan canggih dan misi bantuan menyelamat yang menelan belanja ratusan juta ringgit seperti satelit, radar, helikopter, kapalterbang radar, bubu, tikar ajaib, sonar dan kapal selam.

Dengar orang mengaji tengah laut
6 Jun 2014

DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.

Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.

Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa.

Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui.

Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20  batu nautika dari sempadan perairan Laos.

Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan.

“Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.

20140605

Kenapa kenderaan kempen hanya guna semasa pilihanraya saja?


Semasa pilihanraya semua parti menggunakan lori, van atau kereta dengan sistem pembesar suara untuk berkempen. Apa kata selepas pilihanraya kenderaan ini digunakan setiap kali sebelum Maghrib ronda sekeliling taman perumahan, padang bola, simpang jalan, warung-warung, pasar malam ajak umat Islam solat jemaah di masjid atau pulang ke rumah awal, solat jemaah dengan isteri dan anak-anak?

Kalau orang PAS ajak semua orang PAS solat jemaah di masjid, orang Umno ajak semua orang Umno solat jemaah, insyaAllah banyak masalah setempat akan selesai, kes pecah rumah berkurangan, kes dadah berkurangan, kes ragut berkurangan kerana penjenayah akan gerun bila mereka lihat surau dan masjid di sesuatu lokaliti itu penuh orang solat jemaah.

Soal perpaduan Melayu pun tak perlu heboh-heboh dalam akhbar kalau semua orang Melayu solat jemaah di masjid.

Rakyat macam saya ni tak kisah operasi cermin gelap


Hairan juga ya, kenapa bila sampai bab operasi cermin gelap, banyak dolak dalihnya. Rakyat biasa macam saya ni tak kisah pun dengan operasi cermin gelap, sebab orang macam kita ni bukan orang istana, bukan anak menteri, bukan anak jutawan yang mampu beli kereta mewah botingkek-tingek yang guna cermin gelap ori.

Kenapa bila buat operasi topi keledar, lesen motosikal, lampu brek belakang tak berfungsi, kena saman bawa 60 km/j di kawasan 50 km/j tak pula bising-bising dan banyak dolak dalihnya?

Begitulah nasib orang macam kita ni.

Mansuhkan semua cermin gelap, habis cerita. Kalau penjenayah nak bunuh orang tertentu, mereka boleh bunuh juga. Nak selamat guna kereta kebal atau kalau duit banyak sangat guna cermin kalis peluru.

Kalau tak, benarkan semua orang tanpa kira darjat boleh guna cermin gelap.

Empangan Gemencheh kritikal




Ini semua kuasa Allah. Walaupun hujan turun dengan lebatnya setiap hari, namun bumi seakan-akan tidak mahu menadah air tersebut. Walaupun pelbagai teori, fenomena, kajian sains dilakukan, percayalah ini semua kuasa Allah. Allah boleh suruh bumi mengeluarkan air, Allah boleh suruh bumi menadah air, Allah boleh suruh tanah gambut kelapa sawit tidak menyerap air. Kembalilah kepada Allah, hidupkanlah, penuhkanlah semua masjid-masjid di N.Sembilan ini dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Jangan biarkan masjid-masjid di N.Sembilan mati. Banyakkan bertaubat dan berselawat, sebarkan kasih sayang rapatkan ukhuwwah sesama kita.

EMPANGAN GEMENCHEH KRITIKAL

5 Jun 2014 - Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan selama 45 hari sebelum mencapai paras minimum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan ketiadaan hujan di kawasan tadahan air, manakala dua anak sungai yang membekalkan air di empangan sudah kering.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air di kawasan terbabit kerana keadaan masih lagi terkawal.

Kelmarin, paras air Empangan Gemencheh turun kepada 98.01 meter, menghampiri paras kritikal 98 meter dan paras minimum 86 meter.

Rusa Sambar haiwan hampir pupus, lebih penting dari Panda




Rakyat perlu sedar bahawa banyak spesis haiwan di Malaysia ini yang terancam dan hampir pupus dan perlu diselamatkan, diharamkan memburu haiwan ini, dibiakkan spesis haiwan ini. Panda adalah haiwan terancam di China, di Malaysia Rusa Sambar adalah antara beberapa spesis haiwan yang hampir pupus dan terancam.

SAMBAR DEER FACING EXTINCTION IN PENINSULA, SAYS STUDY

4 May 2014 - The sambar deer is faced with extinction, with environmentalists calling for the animal to be declared an endangered species.

“We believe that the process of extinction will be exacerbated for this species in peninsular Malaysia,” said the paper.

It was authored by Malaysian Conservation Alliance for Tigers (Mycat) general manager Dr Kae Kawanishi, WWF-Malaysia’s Tiger Conservation Programme lead research scientist Dr Mark Rayan, Wildlife Conservation Society-Malaysia Programme director Dr Melvin Gumal and Traffic (South-East Asia) regional director Dr Chris Shepherd.