KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140524

Nenek di Rembau ini perlukan katil beroda


Saya percaya ramai di luar sana yang ingin membantu nenek ini untuk mendapatkan katil beroda, atau mungkin ada di rumah mereka katil beroda yang masih dalam keadaan baik yang boleh diberikan kepada nenek ini. Saya tidak kenal nenek ini, insyaAllah saya cuba salurkan bantuan katil beroda tersebut kalau ada yang sudi membantu. Kalau boleh tidak perlu salurkan bantuan kewangan cuma saya perlukan katil beroda dan pengangkutan untuk mengangkut katil beroda tersebut terus ke rumah nenek ini. Sila hubungi saya tel 012-2267406 atau rozmal@yahoo.com atau PM Facebook : Rozmal . Untuk makluman telefon saya tidak boleh menerima Whatsapp atau MMS.

Bantuan lain yang boleh disalurkan ialah lampin untuk orang dewasa. Sebelum ini juga banyak kisah warga emas yang kurang berkemampuan di Rembau yang perlukan lampin untuk dewasa.

Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih."

Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Hamidah berkata, buat masa ini, dia dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan susu serta lampin pakai buang emaknya.

“Buat masa ini, hanya suami saya, Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

"Saya juga amat berharap bantuan JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli keperluan harian emak," katanya.

20140521

Panda dari China dimanjakan, Orangutan di negara sendiri dibiarkan


Orangutan adalah satu-satunya haiwan terancam yang hanya terdapat di Malaysia dan Sumatera. Orangutan satu-satunya haiwan yang memiliki DNA yang paling hampir dengan manusia, iaitu 97 peratus paling hampir dengan manusia. Orangutan satu-satunya haiwan di dunia ini dipanggil dalam Bahasa Melayu, orang Inggeris tetap panggil Orangutan bukan Forest Man.

Tapi pemuliharaan Orangutan serta banyak lagi binatang unik dan kepupusan di Malaysia menghadapi jalan yang amat sukar.

Panda vs. orangutans: With native species at risk, Malaysia's panda bear project a boondoggle
mongabay.com

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's plan to spend nearly $16 million (50 million Malaysian ringgits) to lease two baby pandas from China for ten years is a waste of money and resources at a time when its own native species are suffering from a range of threats, warned a leading Malaysian conservationist in an open letter.

Cynthia Ong, Executive Director of Land Empowerment Animals People (LEAP), said that the Malaysian leader should focus on allocating scarce wildlife funds for tangible conservation projects within Malaysia, not showcasing a foreign species in a zoo.

"Your actions with projek panda deeply confused, upset and angered me and many of my colleagues who are working tirelessly to protect the endangered species of Sabah and Malaysia. We go through soul-destroying fund application processes to receive (or not) what little funds your government allocates to manage and protect this natural capital fundamental to the economic, ecological, social and cultural health of the state," she writes.

"I have dedicated my life to fund-raising and have raised perhaps RM50,000,000 over the last 20 years for many causes (mostly environmental) - most have come from international sources. The need on the ground has been great and the national sources, both public and private, have been pitiful. In one fell swoop, you spent a chunk of funds equal to what I've spent half my life to raise."

Ong proposes that Najib set aside matching fund for conservation efforts in Sabah, a state in Malaysian Borneo that is battling to save endangered orangutans, elephants, Sumatran rhinos, and sun bears from habitat loss and degradation. The fund would be administered by the Sabah State government in collaboration with NGOs.

"Improve your and your administration's relationship with Sabah by matching one-to-one the funds that you are putting into projek panda and putting it into a Sabah Endangered Species Fund," she writes.

"I ask you to consider my request and show government leadership, at the same time modeling philanthropic leadership for the private sector."

Malaysia is home to a number of charismatic endangered mammals, including the clouded leopard, the Malay tapir, the Bornean orangutan, the pygmy elephant, the Sumatran rhino, the Malayan tiger, the Siamang, the otter civet, various gibbon species, and the proboscis monkey. Logging, poaching, and conversion of habitat for rubber, timber, and oil palm plantations are among the major threats to wildlife in Malaysia.

The current conflict between Sabah and the federal government stems partly from the way revenue from energy deposits off the Sabah is distributed. Under Malaysian law, sub-surface mineral rights belong to the federal government, so it, instead of Sabah, collects the lion-share of the revenue from oil and gas reserves.


20140519

Ceramah Israk dan Mikraj 27 Mei 2014 di Rembau


CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin (Ex Radio IKIM)
Tempat : Madrasah Islamiah Hj Ibrahim, Bongek, Rembau
Tarikh : 27 Mei 2014, Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20140518

Apa guna ada Whatsapp kalau tidak dapat eratkan silaturrahim



Saya tak ada Whatsapp, kerana saya mengguna telefon jenama CSL berharga RM 70, MMS pun tak ada. Kalau nak hubungi saya guna telefon, SMS, PM Facebook atau e-mel.

Apalah guna kita ada Whatsapp ke, Facebook ke, SMS ke tetapi tidak digunakan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita, meramaikan jemaah di masjid, surau dan kuliah, mengeratkan silaturrahim sesama kita, membantu mereka yang memerlukan.

Emak saya pun tak ada Whatsapp, SMS pun dia tak tahu nak buka dan baca. Jadi saya gunalah teknologi lama, jumpa dia selalu, bawa pergi kedai, belikan makanan, bawa jumpa saudara mara.

Kalau Whatsapp, Facebook dan SMS menjauhkan orang dari surau kita, jemaah kita, yang salah bukan teknologi, tapi kita yang tak tahu guna teknologi, atau kita terlalu bergantung pada teknologi bukan bergantung semata-mata kepada ALLAH.

Sahabat-sahabat saya di DUN Kota susah dapat Whatsapp, kalau ada program kita rancang awal, sebulan awal, lepas tu telefon, peringat melalui SMS. Alhamdulillah setakat ini dengan izin Allah, usrah kehadiran memberangsangkan sekitar 30 orang, Kuliah juga memberangsangkan sekitar 60 orang. Semuanya hanya dengan kehendak ALLAH.

Gurau kongsi kubur jadi kenyataan

Kata-kata kita adalah doa. Oleh itu berhati-hatilah apabila kita berkata-kata, samada ketika bergurau, gembira atau marah. Ibu bapa haruslah berhati-hati apabila memarahi anak-anak. Kita tak tahu kata-kata mana ALLAH akan perkenankan doa kita. Oleh itu sentiasalah berkata-kata yang baik.

Gurau kongsi kubur jadi kenyataan
17 Mei 2014

JEMPOL, N.Sembilan – Gurauan tiga sahabat mahu dikebumikan dalam satu liang semasa bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di sini menjadi kenyataan apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal malam kelmarin.

Salah seorang daripada mereka enggan menerima upah membersihkan tanah perkuburan tersebut atas alasan dia juga akan dikebumikan di situ apabila meninggal dunia kelak.

Nahas pada pukul 9.30 malam di Jalan Besar Felda Palong 9, 10 dan 11 itu mengorbankan Muhammad Syahreedzwan Mohmad H. Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13.

Papantanda 50 km/j di Rembau telah dipadam


Pada Sabtu 17 Mei 2014 lalu jalan Seremban-Rembau berhampiran Wet World Pedas. Saya lihat semua papantanda kontroversi 50 km/j telah dipadam dengan pelekat hitam. Ramai yang terkejut sebelum ini, kerana kawasan pekan Pedas hadlajunya 70 km/, tetapi kawasan ini tiba-tiba jadi 50 km/j menyebabkan ramai yang kena saman apabila bawa lebih 50 km/j.

Bukan itu saja, malahan ramai yang tiba-tiba membrek apabila bawa 90 km/j tiba-tiba nampak papantanda 50 km/j sedangkan ini bukan kawasan pekan, atau kawasan kampung atau kawasan sekolah.

20140517

Susulan bantuan mahasiswa UKM


Pada 13 Mei 2014 saya ada menyiarkan masalah mahasiswa UKM tahun akhir nak pinjam duit utk bayar yuran tertunggak hampir RM1,400. Kalau tak bayar, tak boleh duduk peperiksaan tahun akhir dan tak boleh konvo.

Saya terpaksa padam artikel tersebut sebab terlalu ramai yang ingin menghulurkan bantuan. Walaupun saya dah maklumkan sudah ada yang berikan bantuan untuk bayar penuh tanpa perlu bayar balik, masih ada yang hendak memberi sumbangan juga.

Jumlah yang diberikan melalui saya ialah RM 3,000.00 . Saya dah masukkan semua ke akaun mahasiswa tersebut. Dan dia e-melkan kepada saya slip pembayaran yuran tersebut.

Terima kasih kepada semua yang membantu dan prihatin.

Bil elektrik surau negatif RM435.27


Sudah agak lama bil elektrik dan bil air surau di tempat saya negatif. Bulan ni sampai negatif RM435.27 dan bil air pula negatif RM80. Entah siapa yang bayarkan, tiada siapa yang tahu. Semoga lebih ramai lagi yang memberi sumbangan kepada surau, masjid, sekolah tahfiz, cawangan, Pasti dalam apa jua bentuk.

Sudah sampai masanya masjid-masjid dan surau-surau tidak perlu lagi meletakkan tabung yang menjadi tumpuan para pencuri.

Era teknologi maklumat, e-banking ni, letakkan saja nombor akaun masjid dan surau, atau no akaun bil elektrik dan air masjid serta surau.

Semoga tidak lagi kedengaran kes mencuri tabung masjid selepas ini.

Yakinlah rezeki kita ALLAH dah tentukan, kita hanya perlu berusaha dan berdoa.

20140513

Mahasiswa anak yatim UKM mungkin tak dapat duduk periksa kerana tak mampu bayar yuran




(Kemaskini 13 Mei 2014 jam 8.20 mlm ; Alhamdulillah, ada seorang individu yang telah menghubungi saya untuk menjelaskan semua yuran tertunggak pelajar tersebut. Semoga niat untuk membantu pelajar tersebut diterima sebagai amalan baik oleh ALLAH swt. Terima kasih.)


Saya mendapat e-mel berikut yang daripada pelajar UKM. Dia merayu kepada sesiapa yang berkemampuan untuk memberi dia pinjaman untuk melunaskan yuran universitinya agar dia dapat duduk peperiksaan tahun akhir dan konvo pada 15 Julai 2014 nanti. Beliau merupakan anak yatim, ibu beliau tidak berkemampuan untuk menjelaskan yuran tersebut. Dia akan bayar ansur kepada sesiapa yang sudi selepas beliau dapat kerja nanti.

Sesiapa yang ingin membantu sila SMS atau e-mel atau PM kepada saya, saya akan berikan no tel dan e-mel pelajar tersebut untuk berhubung terus, atau boleh juga disalurkan sumbangan melalui saya rozmal@yahoo.com , tel 012-2267406 , www.facebook.com/Rozmal

Atau boleh menghubungi terus pihak Bendahari UKM untuk masukkan terus ke akaun Bendahari UKM atas nama pelajar tadi.

“Salam, saya ********** pelajar tahun akhir ijazah sarjamuda dengan kepujian ****** UKM,
ini ialah laporan portal hutang saya. insya Allah, saya akan konvo dalam 15 julai 2014, namun, saya telah mendapat surat peringatan untuk menjelaskan hutang pelajar, jika gagal menjelaskan hutang, saya tidak dapat menduduki peperiksaan akhir dan konvo. Saya ingin membuat pinjaman wang, dan berjanji akan membayar balik setelah kerja gaji pertama saya insyaAllah di bulan 10. Saya merayu memohon sangat agar diberi jalan keluar dari dugaan kewangan ini. Keluarga saya tidak berduit, saya berjanji akan bayar balik pakcik, saya cuma ingin bagi lepas duduki peperiksaan dan konvo. Kawan-kawan semua emak dan ayah mereka tolong bayarkan”.

 
Kemaskini 13 Mei 2014 jam 8.20 mlm ; Alhamdulillah, ada seorang individu yang telah menghubungi saya untuk menjelaskan semua yuran tertunggak pelajar tersebut. Semoga niat untuk membantu pelajar tersebut diterima sebagai amalan baik oleh ALLAH swt. Terima kasih.

Pemandu jentolak maut dipanah petir


Malaysia adalah merupakan antara negara dengan kekerapan panahan petir tertinggi di dunia. Kolam renang, sungai, tempat berair, pokok, wakaf, hentian bas adalah antara tempat yang berisiko tinggi ketika petir. Berada dalam rumah, bangunan, kereta yang ditutup tingkap semua adalah antara tempat yang kurang berisiko. Maklumat lanjut mengenai petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Pemandu jentolak maut dipanah petir

KEMAMAN 12 Mei 2014 - Seorang pemandu jentolak warga emas maut disambar petir di sungai berhampiran rumah kongsi syarikat pembalakan di hutan Cenderong Air Putih dekat sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang ketika mangsa, Ng Choon Wah, 70, bersama tiga rakannya sedang mandi selepas kembali dari kerja. Seorang saksi, Mustafa Mahmud, 53, memberitahu, beliau berada dalam lingkungan 30 meter dari tempat kejadian dan mendengar dentuman kuat, diikuti percikan api menyambar mangsa.

20140512

Peluang melanjutkan pelajaran di IPTA dengan kos murah teramat makin sukar

Zaman kita dulu, zaman ekonomi negara belum maju macam sekarang, kalau kita dapat gred satu SPM pun dah boleh dapat lanjut pelajaran ke luar negara. Tapi ni jam, dapat 9A SPM dengan 6 darinya A+ pun sekadar dapat buat Diploma di IPTA. Kalau nak buat degree boleh, masuk IPTS dengan bayaran berpuluh ribu ringgit dan bila tamat belajar belum jamin dapat kerja dan hutang PTPTN sedang menanti.

Oleh itu siapa yang dapat masuk IPTA walaupun Diploma, bersyukurlah banyak-banyak kerana masih teramat ramai di luar sana tak dapat masuk IPTA dengan kos subsidi yang murah, terpaksa masuk IPTS atau separa IPTS dengan kos yang terlalu tinggi tetapi kualitinya tak sama dengan IPTA.

Yang penting , jadilah anak-anak yang soleh dan solehah.

20140511

Buaya-buaya liar antara keajaiban di Negeri Sembilan


Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui bahawa terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai Linggi sehingga ke Sungai Rembau di Negeri Sembilan.

Dikatakan buaya-buaya Negeri Sembilan ini dahulunya hormat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa.

Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana mahu mandi juga, beliau tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.

Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Malam hari kematian Tuan Guru Hj Ali, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai.

Adalah sewajarnya buaya-buaya di Sg Linggi dan Sg Timun di Rembau diisytiharkan sebagai satu keajaiban di Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan ulamak di Negeri Sembilan.

Orang N.Sembilan keturunan Orang Asli Suku Jakun








Orang Negeri Sembilan jangan tak tahu,
kita ni kebanyakannya dari keturunan Orang Asli dari suku Jakun
termasuklah Undang Yang Empat, juga dari keturunan suku Jakun.


Kalau tak percaya tengok video berikut.




“Sesungguhnya orang yang paling mulia
di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu.“ (Al-Hujurat : 13)

20140510

Kalimah Allah kurun ke 2 Masihi antara keajaiban di N.Sembilan


Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kalimah Allah dalam tulisan Arab telah terdapat di Negeri Sembilan sejak tahun 137 Masihi lagi iaitu kira-kira 500 tahun sebelum Hijrah. Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang terletak antara jalan utama Port Dickson – Linggi terdapat satu-satunya rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran serta tulisan kalimah Allah yang wujud sejak tahun 137 Masihi.

Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini juga terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.

Pihak penjajah Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson

Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.

Adalah sewajarnya Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas ini diisytiharkan sebagai salah satu keajaiban yang terdapat di Negeri Sembilan dan Malaysia.

20140508

Orang Cina berjasa menyebarkan Islam di Rembau dan Melaka




Kalau diperhatikan banyak masjid-masjid lama di Rembau dan Melaka mempunyai senibina bercirikan budaya dari negara China. Misi Laksamana Cheng Ho ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa telah banyak mengIslamkan penduduk di sini termasuk Parameswara sendiri

Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam memberi petunjuk bahawa Islam turut disebarkan  dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada 702 H ada kaitannya dengan arus kedatangan Islam dari China.

Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Distrik Kunyang, Provinsi Yunnan, sebuah wilayah Tiongkok yang sejak lama sudah dihuni masyarakat China pemeluk agama Islam. Cheng Ho berasal dari bangsa Hui, salah satu bangsa minoriti Tionghoa.

Menurut buku "Ahlul Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu", Laksamana Cheng Ho (Haji Mahmud Shams 1371–1433) adalah dari keturunan Rasulullah dari Yi-Bu-Lai-Xi-Mo (Ali Zainal Abidin) bin Hou Sai-Ni (Sayidina Hussain) bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Diceritakan Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja China, Yung Lo sebagai Raja Melaka. Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam. Cheng Ho telah meninggalkan sebuah batu bersurat mengenai pengisytiharan ini namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis.

Warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah anugerah kerajaan China yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.

Ukiran masjid-masjid telah dibantu oleh petukang dari China yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama Islam.

Di Jawa Timur ada dua masjid yang menggunakan nama Masjid Muhammad Cheng Ho di Surabaya dan satunya lagi di Pandaan, Kabupaten Pasuruan.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan

Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.

Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara.

Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.

Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China.

Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China.

Rujukan :

20140507

Orang Cina turut mempertahankan kerajaan Melayu Melaka




Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai di kata, Badan dan nyawa saya berikan. Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.

Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara.

Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.

Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China.

Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China.

(Ingat Melaka saja ada tertanam harta karun, di Rembau pun banyak tertanam harta karun, akan tetapi untuk kita umat Islam harta yang lebih bernilai dari harta karun tersebut ialah Al Quran dan As Sunnah)

20140504

Mudahnya untuk berjasa kepada orang tua yang telah meninggal dunia



Ibu bapa yang sudah meninggal dunia, sentiasa mengharapkan amalan baik anak-anak mereka di dunia. Salah satunya ialah kita menjalinkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan orang tua kita.

Semalam berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah arwah ayah di Rumah Melaka. Sempat bergambar dengan wan saudara. Arwah ayah memang rapat dengan keluarga wan saudara dari Bukit Keramat ini. Kerana arwah ayah dibela oleh arwah atok saudara dan wan saudara ini ketika bersekolah di KL.

Marilah kita berbakti kepada orang tua yang telah meninggal dunia dengan menjalinkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan orang tua kita.

Bukan saya yang suruh, Nabi Muhammad saw sendiri yang sarankan.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud daripada Abu Usaid al-Sa’idi, disebutkan ada seseorang datang kepada Nabi dan bertanya, “Apakah masih ada kewajipan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa saya sesudah mereka meninggal?” Nabi SAW menjawab, “Ya, berdoa dan memohon ampun kepada keduanya, melaksanakan pesannya, dan menghubungkan tali silaturahim kepada mereka yang tidak terjadi hubungan kekeluargaan tanpa kedua-duanya, dan berbuat baik atau menghormati temannya.”

Moh kita bantu Sekolah Menengah Agama Rembau


Sekolah Menengah Agama Rembau sedang mengumpulkan dana untuk membesarkan surau sekolah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat saban tahun.

Pihak sekolah telah mengedarkan kupon derma kepada ibu bapa.

Mereka yang ingin menderma terus sila hubungi pihak sekolah di talian tel 06-6852404 atau faks 06-6853670 .

Kupon derma pada saya dah habis. Kalau nak derma terus ke pihak sekolah melalui akaun bank Sekolah Menengah Agama Rembau sila hubungi pihak sekolah atau hubungi saya untuk mendapatkan no akaun bank sekolah di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM di www.facebook.com/Rozmal

Kalau seorang derma RM5, dapat 20,000 orang, baru dapat RM 100,000.00 je !

Saya bukan mahu jual saham, jual emas, jual cacing, jual lintah, jual ikan sembilang, saya cuma ajak mereka yang berkemampuan untuk bantu Sekolah Menengah Agama Rembau ini.

Misi kemanusiaan ditakuti musuh Islam kerana berjaya Islamkan 11 juta orang


Kepada sahabat-sahabat yang menjalankan misi kemanusiaan sebagai tanggungjawab kita sebagai seorang Islam jangan gentar untuk meneruskan usaha tersebut. Pihak musuh Islam cuba mengaitkan misi kemanusiaan ini dengan gerakan militan kerana misi kemanusiaan yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata telah berjaya mengIslamkan 11 juta orang.

Pagi tadi ketika menonton kuliah Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri di TV Hijrah, beliau menceritakan mengenai seorang pendakwah zaman milinium ini yang begitu hebat tetapi ramai yang tidak kenal usaha dakwah dan misi kemanusiaan beliau. Beliau ialah Dr Abdul Rahman Al-Sumait.

Beliau sanggup menaiki keretapi yang uzur merentasi benua Afrika selama berhari-hari, di kejar di padang pasir oleh ular yang berbisa, hanya semata-mata untuk berdakwah dan menjalankan misi kemanusiaan.

Satu hari beliau pergi ke sebuah kampung yang sudah berbulan-bulan tidak hujan. Ketua kampung tersebut berkata kepada Dr Abdul Rahman, kalau nak datang berdakwah tak payahlah, mereka suruh Dr Abdul Rahman balik. Mereka hendakkan hujan kata mereka. Dr Abdul Rahman tidak berdaya menunaikan permintaan mereka, hanya mampu menadah tangan, berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Belum sempat beliau hendak menurunkan tangan dari berdoa, tiba-tiba datang awan gelap entah dari mana menurunkan hujan yang lebat. Maka penduduk kampung tersebut mengucapkan syahadah.

Antara usaha Dr Abdul Rahman yang kita semua tidak ketahui sebelum ini, media pun tak pernah hebohkan ialah beliau membiayai 9,500 orang anak yatim, membiayai 95,000 orang pelajar, membina 5,700 buah masjid, 200 pusat latihan untuk wanita, 860 buah sekolah, 4 universiti, 102 buah pusat Islam, 9,500 perigi dan mengedarkan 51 juta Al Quran.

Siapalah kita yang teramat kerdil ini hendak dibandingkan dengan Dr Abdul Rahman, beliau merupakan doktor perubatan, boleh hidup mewah sebagai doktor pakar, sebaliknya mengabdikan diri sebagai hamba Allah di Afrika.

Teruskan misi kemanusiaan sahabat semua walau dimana ceruk dunia. Golongan musuh Islam dan golongan munafik memang bencikan misi kemanusiaan ini kerana mereka takut orang bukan Islam akan mendapat hidayah Allah.

BERAMAL KERANA ALLAH