KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140518

Gurau kongsi kubur jadi kenyataan

Kata-kata kita adalah doa. Oleh itu berhati-hatilah apabila kita berkata-kata, samada ketika bergurau, gembira atau marah. Ibu bapa haruslah berhati-hati apabila memarahi anak-anak. Kita tak tahu kata-kata mana ALLAH akan perkenankan doa kita. Oleh itu sentiasalah berkata-kata yang baik.

Gurau kongsi kubur jadi kenyataan
17 Mei 2014

JEMPOL, N.Sembilan – Gurauan tiga sahabat mahu dikebumikan dalam satu liang semasa bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di sini menjadi kenyataan apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal malam kelmarin.

Salah seorang daripada mereka enggan menerima upah membersihkan tanah perkuburan tersebut atas alasan dia juga akan dikebumikan di situ apabila meninggal dunia kelak.

Nahas pada pukul 9.30 malam di Jalan Besar Felda Palong 9, 10 dan 11 itu mengorbankan Muhammad Syahreedzwan Mohmad H. Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13.

Tiada ulasan: