KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060711

Mampukah ATM mempertahankan negara ?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah banyak berjasa kepada negara. Bermula daripada Perang Dunia Kedua hinggalah ke era komunis , ATM telah memberikan khidmat mempertahankan negara demi menjaga keselamatan dan keamanan rakyat di negara ini.

Namun apakah kemampuan ATM sekarang ini dapat mempertahankan negara dari sebarang anasir yang boleh mengancam keselamatan negara ? Mengapakah Amerika Syarikat sebelum ini meragui kemampuan ATM untuk menjaga Selat Melaka dari ancaman lanun dan pengganas hinggakan mereka mendesak untuk menempatkan tentera mereka di Selat Melaka ?

Jika dibandingkan kemampuan dan keupayaan pertahanan negara kita Malaysia dengan jiran kita Singapura dari segi pertahanan darat, ternyata Singapura mempunyai keupayaan pertahanan yang jauh lebih besar walaupun keluasan Singapura hanyalah 699 kilometer persegi berbanding Malaysia yang mempunyai keluasan 329,758 kilometer persegi.

Tentera Singapura mempunyai 2646 kereta kebal tempur, kereta kebal ringan dan kereta perisai berbanding ATM yang hanya mempunyai 1087 kereta kebal ringan dan kereta perisai. Ini bermakna Tentera Singapura mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk setiap 0.26 kilometer persegi manakala ATM hanya mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk setiap 303 kilometer persegi.

Kekuatan pertahanan Tentera Singapura adalah begitu luar biasa walhal keluasan Singapura yang seluas 699 kilometer persegi adalah lebih kecil berbanding dengan negeri Perlis yang luasnya 810 kilometer persegi.

Angkatan Tentera Malaysia hanya mempunyai 26 kereta kebal ringan Scorpion, 184 kereta perisai Sibmas, 211 kereta perisai Adnan, 111 kereta perisai K200 KIFV, 460 kereta perisai Condor, 25 kereta perisai Stormer, 70 kenderaan peninjau Harimau. 62 kereta kebal tempur PT91M sedang ditempah oleh Malaysia.

Sementera Tentera Singapura pula mempunyai 100 kereta kebal tempur Centurion, 350 kereta kebal ringan AMX-13SM1, 24 kereta perisai AMX-10P, 22 kereta perisai AMX-10PAC90, 100 kereta perisai Bionix II, 300 kereta perisai Bionix, 300 kereta perisai Bionix 40/50 , 200 kereta perisai V-200, 250 kereta perisai V-150, 700 kereta perisai M113 ULTRA, 300 kereta perisai M113 ULTRA OWS

Adalah agak membimbangkan dikala kemampuan pertahanan negara dipersoalkan oleh negara luar, menteri-menteri di Malaysia ini masih memikirkan bagaimana untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengadakan lebih banyak pesta, konsert, karnival, melanjutkan waktu operasi kelab malam hingga 5 pagi, mengurangkan cukai arak dan sebagainya.

Bagaimana negara mampu mempertahankan negara sedangkan peralatan tenteranya jauh ketinggalan dengan negara jiran dan dalam pada masa yang sama para remaja, belia dan golongan tua terjebak dengan pelbagai gejala sosial dan penyakit masyarakat, leka dengan hiburan, leka dengan dadah, leka dengan pil ecstasy, leka dengan arak, leka dengan perlumbaan dan sebagainya.

From Wikipedia, the free encyclopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Army
http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Army