KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070430

Program Mingguan Madrasah Tn Hj Abd Rahman

Assalamualaikum wrt wbt,

Program Mingguan Percuma di Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Rahman , Kg Selemak, Rembau
Setiap Hari Ahad
Selepas Solat Maghrib

Ahad Minggu Pertama , Us Khairul Azhar – Kitab Hadith Riadus Solihin
Ahad Minggu Kedua , Us Abd Ghani Ahmad Zaigu – Aqidah Islamiah
Ahad Minggu Ketiga , Us Syuhada Mahmud – Kuliah Tafsir
Ahad Minggu Keempat , Us Jaafar – Kuliah Feqah
Ahad Minggu Kelima , Us Khusairi – Kuliah Sirah

Juga kuliah membaca Al Quran dewasa setiap Ahad selepas Asar.

Untuk maklumat lanjut hubungi Us Mohd Nazeri Yusof 019-3457690

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ali ini telah didirikan pada tahun 2003 oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk pengajian Islam penduduk setempat. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah meninggal dunia pada tahun 2006. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada tahun 1917 serta memulakan pengajian di Pondok Rasah dan kemudian menyambung pengajian di Mekah pada tahun 1938 hingga tahun 1942. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman berkhidmat sebagai Imam di Masjid Jamek Tampin serta Guru Takmir sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini terletak di Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan. Ianya terletak di kawasan kaki bukit, di kelilingi suasana kampung yang aman, tenang dan nyaman. Madrasah ini terletak di tepi jalan utama Rembau menuju ke Johol.

20070420

Tusyen BI PMR Percuma Masjid Senawang Sabtu

Assalamualaikum,
Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang telah memulakan Tusyen Bahasa Inggeris untuk calon-calon PMR secara percuma dan terbuka kepada umum pada Setiap hari Sabtu jam 10 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang Tn Hj Jasmi 019-6612854

Kuliah Muslimat Masjid Senawang Setiap Sabtu

Assalamualaikum,
Dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang mengadakan Kuliah khusus untuk muslimat pada setiap hari Sabtu selepas Solat Asr. Semua muslimat adalah dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang Tn Hj Jasmi 019-6612854

20070413

Guru Ganti BI & Math diperlukan di Seremban

GURU GANTI BHS INGGERIS, MATEMATIK DIPERLUKAN SEGERA

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA CALON – CALON BERMINAT UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT PENDIDIKAN AS-SA’IDIYYAH BERHAD SEBAGAI:

1. GURU GANTI (Bahasa Inggeris dan Matematik )


CALON – CALON BERMINAT, SILA DAPATKAN BORANG JAWATAN KOSONG (J-1), DAN KEMBALIKAN BERSAMA SALINAN DOKUMEN SEPERTI KAD PENGENALAN, SIJIL TAMAT BELAJAR SERTA SIJIL – SIJIL YANG LAIN DAN DISAHKAN BERSERTA SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPOT (TIDAK DIKEMBALIKAN) KE ALAMAT:

PUSAT PENDIDIKAN AS – AS’SAIDIYYAH BERHAD,
(Bahagian perjawatan)
72 ATAS,JALAN MELOR 2,
TAMAN RASA SAYANG,
70450 SEREMBAN
N.SEMBILAN
TEL / FAX : 06 6798660
Tarikh tutup : 23hb April 2007

BORANG PERMOHONAN JUGA BOLEH DIPEROLEHI DI SRIAS DAN MTAS

12 April 2007

20070411

Pengambilan Pelajar Tahfiz PD

Assalamualaikum wrt wbt,

Adalah dimaklumkan pengambilan pelajar ke Tahfiz At Tohiriah , Port Dickson, Negeri Sembilan adalah dibuka untuk pelajar lelaki berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun.

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Hassan Alias 016-6166266

20070408

Hari Kesihatan dan Peraduan Mewarna YAMNS

Pada Ahad 8 April 2007 Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An Nuur telah mengadakan Hari Pemeriksaan Kesihatan dan Peraduan Mewarna di Pekarangan Surau An Nuur , Bandar Seremban Selatan Fasa 2. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan peserta yang mengambil bahagian.











20070405

Rakyat Mesti Ambil Peduli !

Hujung minggu sedang ku rehat di ruang tamu rumah ku, kedengaran bunyi orang beri salam di luar. Ketika itu hujan sedang turun agak lebat. Rupanya 2 orang jiran ku dari jalan 1.

Saya pun tanya apa halnya ni ? Abg Omar kata projek pembentungan berpusat belakang rumahnya yang mula hampir setahun sudah buat hal lagi. Kali ni katanya kontraktor telah melepaskan air kumbahan IWK dari Taman Satria terus ke anak sungai belakang rumahnya. Dia kata benda ni berlaku 2 minggu sudah sehingga ke hari ini. Setiap kali hujan pasti baunya menusuk kalbu dan rupanya jangan cakaplah.

Saya pun kata pada abg Omar dan jiran seorang lagi. Abang pergi Balai Polis Bandar Baru Senawang dan buat laporan polis. Supaya mudah kita nak ajukan masalah ini ke pihak berkaitan, kontraktor, Jabatan Alam Sekitar, Menteri Besar (yang baru-baru ini dipertanggungjawabkan oleh kerajaan pusat untuk menjaga kesucian sungai).

Selang beberapa hari Pengerusi Surau dan Taman pun membuatlah aduan bertulis difakskan kepada kontraktor, Jabatan Alam Sekitar, Menteri Besar, IWK, JPS dan MPS.

Keesokan harinya kontraktor dan IWK menalipon Pengerusi Surau (Ustaz Aimi) untuk bertanyakan lebih lanjut masalah berkenaan dan berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan.

Kesimpulannya rakyat mesti ambil peduli apa yang berlaku disekeliling mereka. Jangan jadi macam bangau atau jadi macam katak bawah tempurung. Ada masalah, dibincang bersama. Ajukan masalah tersebut kepada pihak yang berkenaan. Laporan media hanyalah langkah terakhir sekiranya semua pihak tidak melayan aduan kita.

Janganlah nak harapkan wakil rakyat, pengarah jabatan, EXCO untuk turun padang. Sebab terlalu banyak masalah rakyat yang perlu diambil peduli. Rakyatlah yang perlu ubah sikap, bersikap proaktif, bersatu hati untuk menyuarakan masalah mereka. Kita sudah ada pelbagai saluran untuk mengadukan masalah kita kepada pihak yang bertanggungjawab, samada melalui on-line, surat menyurat, fax dan sms.

Sebarang masalah disekitar tempat kita ada jalan penyelesaiannya jika kita ambil peduli. Tapi kalau kita berpeluk tubuh harapkan pengerusi surau atau taman , harapkan pengerusi JKKK, harapkan ketua cawangan, harapkan wakil rakyat dan sebagainya, alamatnya kena tunggu wakil rakyat kawasan kita meninggal dunia barulah kawasan kita akan menjadi tumpuan negara ataupun kena tunggu menjadi bahan berita utama dalam akhbar atau TV.

20070404

Antara Sekolah Agama Pusat dan Negeri Sembilan

Anak saya yang sulung mendapat 5 A dalam UPSR. Di Negeri Sembilan ini kalau sekolah agama ramai yang minta SMKA SHAMS , sekolah agama bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran iaitu kerajaan pusat. Setakat ni Alhamdulillah anak sulung saya ni, kira OK lah pencapaian akademiknya, macam ketika di sekolah rendah dulu.

Anak saya yang kedua pula, masa sekolah rendah periksa mesti nombor 20 ke bawah ( 20 – 30 ). Tak pernahlah dapat top 20, top 10 jauh sekali. Percubaan UPSR pula dapat 5B. Kemudian bila UPSR Alhamdulillah dapat 4A 1B. Keputusan 4A 1B ni kalau dai sekolah swasta tidak akan dilayan oleh Kementerian. Mereka wajibkan pelajar 5A saja dari sekolah swasta layak ke sekolah elit macam SHAMS ni.

Saya pun tak adalah nak merayu pada Jabatan Pelajaran untuk masuk SHAMS. Saya kata kat anak saya masuk sajalah Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri punya. Belajar betul-betul, tunjukkan pada orang bahawa belajar mana-mana pun boleh pandai. Tak semestinya sekolah elit, sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah plaster ke, sekolah wawasan ke , pelajarnya boleh cemerlang.

Jadi anak saya ni pun selepas ditemuduga dan ambil peperiksaan dapatlah dia masuk Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban (sekolah yang satu masa dahulu terkenal kerana kes …..)

Baru-baru ni selepas ujian bulanan/semester pertama Alhamdulillah anak saya ni mendapat nombor satu, nombor yang tak pernah dia dapat masa sekolah rendah dan mendapat 8 A

Tak tahulah apa formula Sekolah Agama Kerajaan Negeri Sembilan (bukan kerajaan pusat) sehinggakan pencapaian akademiknya melonjak begitu ketara sekali. Nak katakan sekolah ada kelas tambahan, tak ada pun. Nak katakan sekolah banyak buat program akademik hujung minggu tak ada pun.

Mungkin sebab tak banyak sangat program, gurunya banyak beri tumpuan untuk mengajar pelajar. Itu tanggapan saya saja.

Kesimpulannya Sekolah Agama yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan ini bukan calang-calang, dengan kekurangan dana, kekurangan itu dan ini, pelajarnya boleh cemerlang dengan adanya semangat muhibbah antara guru, pelajar dan ibu bapa.

Silap haribulan dengan sedikit sokongan dan dorongan sekolah agama milik kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus ini pelajarnya akan lebih cemerlang daripada sekolah dibawah pentadbiran kementerian pelajaran atau kerajaan pusat. Dan silap haribulan juga jika kerajaan pusat mengambil alih sekolah agama negeri, prestasi pelajar akan merudum, sebab pelajar sudah biasa dengan semangat muhibbah guru, pelajar dan ibu bapa.

20070403

Usul Untuk PIBG

Minggu ini akan diadakan mesyuarat agong PIBG di sekolah menengah anak saya. Sudah 3 tahun anak saya sekolah disana, tapi inilah kali pertama saya cuba hadir ke mesyuarat agong PIBG sekolah tersebut.

PIBG sekolah telah mengedarkan surat pemberitahuan mesyuarat dan borang usul untuk dikemukakan.

Lalu saya kemukakanlah beberapa usul untuk difikirkan bersama, bukan sahaja untuk PIBG sekolah tersebut, tetapi untuk mana-mana PIBG secara umumnya iaitu :

1. Mempromosikan ibu bapa dan guru agar meluangkan lebih masa bersama keluarga dan jiran tetangga ketika hujung minggu, selepas waktu kerja dan semasa cuti sekolah.

2. Tidak terikut-ikut budaya mengejar anugerah cemerlang dan sebagainya, akibatnya suami atau isteri serta anak-anak warga pendidik sendiri yang akan terabai atau terbiar.

3. Mengadakan program khas, taklimat, motivasi untuk pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam akademik terutama lepasan PMR, SPM dan STPM, kerana pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya menjamin kerjaya yang cemerlang.

4. Mewujudkan direktori usahawan dari kalangan ahli PIBG dan Alumni sekolah dengan ini akan menggalakkan ekonomi dan peluang kerjaya dari kalangan PIBG dan Alumni.

Bila orang “gila” dengar kuliah agama

Assalamualaikum wrt wbt,

Malam tadi ada kuliah agama di Surau Alamanda. Sedang jemaah khusyuk dengar kuliah , pengerusi surau tanya saya, siapa orang duduk kat belakang tu ? Bila saya toleh perlahan-lahan, muka yang tak pernah nampak bukan saja di surau ini, malah di sekitar sini.

Anak muda lingkungan usia 20an, berkulit gelap, rambut pendek, t shirt hitam, seluar jean hitam lusuh, muka comot. Kami biarkanlah pemuda misteri tadi duduk. Dan dia duduk diam sampai habis kuliah.

Lepas kuliah pengerusi tanyalah pemuda tadi dari mana. Dia kata Timor Leste. Tak tahu betul ke tak. Lepas solat isya ada jamuan sikit. Pemuda tadi duduk di bangku luar surau.

Lalu diberikan semangkuk mi sup dan air teh. Kemudian dia makan sampai licin. Lalu ditanya, duduk mana. Dia kata Ma jid (mungkin masjid). Lalu pemuda tadi pun beredar tak tahu ke mana. Sungguh misteri.

Mungkin orang kurang siuman. Lalu para jemaah pun berseloroh, jangan hina orang gila, sekurang-kurangnya pemuda tak siuman tadi dengar juga kuliah agama. Dia mendapat rahmat Allah sepanjang dia berada dalam majlis ilmu. Lebih baik pemuda tidak siuman tadi dari orang yang waras tetapi susah hendak menjejakkan kaki ke surau atau masjid.

20070401

Tusyen UPSR B. Inggeris Percuma Masjid Senawang

Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan tusyen Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar yang mengambil UPSR pada setiap hari Sabtu jam 9 pagi di Masjid Bandar Baru Senawang bermula Sabtu 7 April 2007.

Pak Yazid vs Ravi 14 Apr Senawang

Assalamualaikum, berikut ialah program Sambutan MaulidurRasul sekitar Senawang yang dimaklumkan oleh sahabat. Sila sahkan dengan AJK Surau yang terlibat sekiranya ada perubahan program.

Ahad 8 April
Penceramah : Us Khairul Azhar Kamaruddin
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Seri Pagi, Senawang

Sabtu 14 April
Penceramah : Ustaz Yazid Jaafar (Pak Yazid)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Desa Melor, Senawang (Belakang Bomba Senawang)

Sabtu 14 April
Penceramah : Ustaz Farid Ravi Abdullah
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Kobena , Senawang

Sabtu 28 April
Penceramah : Ustaz Bakhtiar Yusof
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang