KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070403

Usul Untuk PIBG

Minggu ini akan diadakan mesyuarat agong PIBG di sekolah menengah anak saya. Sudah 3 tahun anak saya sekolah disana, tapi inilah kali pertama saya cuba hadir ke mesyuarat agong PIBG sekolah tersebut.

PIBG sekolah telah mengedarkan surat pemberitahuan mesyuarat dan borang usul untuk dikemukakan.

Lalu saya kemukakanlah beberapa usul untuk difikirkan bersama, bukan sahaja untuk PIBG sekolah tersebut, tetapi untuk mana-mana PIBG secara umumnya iaitu :

1. Mempromosikan ibu bapa dan guru agar meluangkan lebih masa bersama keluarga dan jiran tetangga ketika hujung minggu, selepas waktu kerja dan semasa cuti sekolah.

2. Tidak terikut-ikut budaya mengejar anugerah cemerlang dan sebagainya, akibatnya suami atau isteri serta anak-anak warga pendidik sendiri yang akan terabai atau terbiar.

3. Mengadakan program khas, taklimat, motivasi untuk pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam akademik terutama lepasan PMR, SPM dan STPM, kerana pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya menjamin kerjaya yang cemerlang.

4. Mewujudkan direktori usahawan dari kalangan ahli PIBG dan Alumni sekolah dengan ini akan menggalakkan ekonomi dan peluang kerjaya dari kalangan PIBG dan Alumni.