KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070627

Remaja Jempol Di Kafe Siber Waktu Solat Jumaat

Waktu solat ke kafe siber
Utusan Malaysia 27 Jun 2007 - BARU-BARU ini saya telah pergi ke sebuah kafe siber di Bandar Seri Jempol atas sedikit urusan. Malangnya saya mendapati semakin ramai kanak-kanak Melayu yang sepatutnya pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, telah melencong ke kafe siber tersebut.
Semakin hampir masuknya waktu bersolat Jumaat, semakin ramai pula yang memasukinya untuk bermain permainan komputer.

Saya cuba menegur beberapa kanak-kanak di situ tetapi alangkah hampanya apabila mereka tidak menghiraukannya. Oleh yang demikian, saya amat berharap ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Kafe siber itu juga sepatutnya ditutup sebentar untuk menghormati waktu solat Jumaat. Tidak perlulah terlalu lama, sekadar dari pukul 1 hingga pukul 2 petang pun sudah mencukupi.

Pekerjanya pun boleh berehat seketika. Semoga pihak berkaitan akan memberi kerjasama sewajarnya.

– BAKAL PENDIDIK,
Seremban, Negeri Sembilan.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

***********************************
Utusan Malaysia 27 Jun 2007 - MINTA pihak polis mengambil tindakan drastik terhadap penagih yang semakin bertambah di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

– 017-6402xxx
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm