KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091205

Rayuan Sumbangan Pakaian Sekolah di N.Sembilan

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan saudara baru.

YKSNS akan menggerakkan program pemberian sumbangan sepasang pakaian sekolah kepada golongan pelajar yang memerlukan untuk sesi persekolahan 2010 nanti.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungin Puan Zarinah di talian 013-624 3079 untuk temu janji bagi mengambil ukuran pakaian.

Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil ukuran pakaian akan berada di Pejabat Urusan YKSNS No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hubungi talian 06- 4810 092.

Maklumat lanjut Program Sumbangan Pakaian Sekolah pada pautan berikut http://yksn9.blogspot.com/2009/12/sumbangan-pakaian-sekolah.html

Tiada ulasan: