KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120628

Seminar Fatwa Muamalat N.Sembilan Julai 2012

SEMINAR FATWA MUAMALAT
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Yuran :
RM130
RM 10 untuk pelajar
(termasuk kertas pembentangan, makan dan sijil)

Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar

PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events

PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK

20120627

Seminar Semarak Ramadhan


PUSAT DAKWAH SERANTAU

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama. 

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad)
13010002499715

Alamat :

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net

20120626

ALC SENAWANG

ALC SENAWANG - Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
1) Kelas Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Kanak-Kanak) - Selasa/Jumaat - 8.00-10.00 malam
2) Kelab Tajwid Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.00-10.00 malam
3) Kelab Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.30 malam
4) Kelas Hafazan Al-Quran Teknik Al-Huffaz - Jumaat - 8.00 malam
5) Kelas Bahasa Arab - Rabu - 8.30 malam

Tempat: No. 53-1, Jalan Komersil 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan

Hubungi ALC Senawang Care-Line 019-2125301/013-3439350

ALAMAT URUSAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTER SENAWANG (ALC Senawang)
No. 53-1, Jalan Taman Komersil Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan.
(Dataran Taipan Senawang - Berhampiran Giant Senawang - Atas Kedai RM 2)

20120624

Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi

PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut.

Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.

Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

Ceramah Israk Mikraj


20120622

Masyarakat kita makin parah, usaha pemulihan tak serius

Cadangan kaunseling online telah lama saya utarakan. Apakan daya, saya ni bukan pemimpin negara atau pemimpin negeri, pun bukan yang ada PhD. Kini yang ada PhD pun mendesak betapa perlunya kaunseling online ini.

Tubuh unit kaunseling sakit mental online
22 Jun 2012
Oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

JIKA disoroti sejak kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Lebih terkejut, apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan membunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.

Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

(PENULIS ialah penyelaras/pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia)

Harap dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel saya bertajuk : JAKIM dan Jabatan Agama Negeri perlu ada kaunseling “online” di http://waghih.blogspot.com/2008/05/jakim-dan-jabatan-agama-negeri-perlu.html

20120619

MASSURI FOOD


Jika anda mahu cuba rasa Resipi Nasi Lemak Kukus dan Ayam Goreng Berempah yang sebenar kunjungilah Gerai "Massuri " Nasi Lemak Kukus berhampiran Petronas Rembau dan Seremban Jaya dibuka setiap hari Ahad sehingga Khamis dari jam 5 petang sehingga 9.30 malam

Program Pocket Talk Sempena MAHA NS 2012

JEMPUTAN  PROGRAM POCKET TALK DAN BUSINESS MATCHING MAHA  NS 2012 DAN SAMBUTAN MINGGU PKS PADA 25 JUN 2012 HINGGA 1 JULAI 2012

Untuk makluman, SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN) dan agensi akan mengadakan program pocket talk/ ceramah dan business matching sempena sambutan MAHA NS 2012 serta Sambutan Minggu PKS yang akan berlangsung pada 25 Jun 2012  hingga 1 Julai 2012.

Pocket talk dan business matching ini akan diadakan di marquee tent/ khemah / pavilion Minggu PKS di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban. Jadual Pocket talk dan business matching adalah seperti berikut:

Bil ; Tarikh ; Nama Agensi ; Masa

1. 25 Jun 2012 (Isnin)
(Pocket Talk / Ceramah) Credit Guarantee Corporation (CGC)  ; 3.00 petang

2. 26 Jun 2012 (Selasa)
(Pocket Talk / Ceramah) SME Bank  ; 10.00 pagi
SME Corp. Malaysia ; 3.00 petang

3. 27 Jun 2012 (Rabu)
(Sesi Business Matching)  Business Matching ; Pasaraya Carrefour ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang

4. 28 Jun 2012 (Khamis)
(Sesi Business Matching) Business Matching ; Pasaraya Mydin ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang

5. 29 Jun 2012 (Jumaat)
(Pocket Talk / Ceramah)
Koperasi KUAT ; 10.00 pagi
Pernec Corporation  ; 3.00 petang

6. 30 Jun 2012 & 1 Julai 2012
(Sabtu dan Ahad) ; Product Presentation ;  Sepanjang hari

Tuan/ Puan adalah dijemput  untuk hadir untuk mendengar dan mendapat maklumat serta sesi soal jawab  semasa program  pocket talk/ ceramah dan sesi business matching ini. Sekian terima kasih

SME Corporation Malaysia
(Negeri Sembilan State Office)
Tel: 06-763 5264
Fax: 06-763 5260

20120614

Serangan sihir makin hebat di N.Sembilan

Rasanya bukan di N.Sembilan saja, malahan di mana-mana tempat dalam dunia ini sejak dari zaman dahulukala lagi. Akan tetapi nampaknya permainan sihir, serangan sihir, gangguan jin serta makhluk halus semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Saya dikhabarkan rakan saya di Seremban, yang merupakan pengamal perubatan Islam, hampir setiap hari ada kes gangguan sihir, makhluk halus, saka dan sebagainya yang perlu ditanganinya.

Kesimpulannya hanya satu, apabila masjid-masjid semakin mati, solat dipandang ringan, majlis ilmu dikesampingkan, maka tidak hairanlah perkara-perkara seperti sihir, gangguan dan sebagainya yang termasuk dalam fahsya dan munkar semakin berleluasa.

Sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 Hijrah ini bersamaan dengan 17 Jun 2012 marilah kita semarakkan surau dan masjid dengan solat serta majlis ilmu dan zikir mulai dari sekarang hingga akhir hayat kita insyaAllah.

Tarikh keramat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib, bumi Al Quds atau Jerusalem atau Palestin telah dibebaskan oleh seorang Sultan yang hidup dalam suasana kemiskinan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang Sultan yang kuat berpegang pada agama, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Tulisan saya sebelum mengenai Masjid-masjid yang Mati di N.Sembilan di  http://waghih.blogspot.com/2012/04/masjid-yang-mati-di-chembong-negeri.html

اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45}

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan fahsya’ dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)

Tahap-tahap kejahatan yang dilarang
Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan.
Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu
al fahsya, al munkar dan al baghy.

AL-FASHYA
Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

AL-MUNKAR
Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,
tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.
Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada
orang lain.

AL-BAGHY
Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,
kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

Perhimpunan Aman Solidariti Umat Islam Rohingya 15 Jun 2012

PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR
Jumaat, 15 Jun 2012, selepas Solat Jumat
di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang.
Perarakan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA KOMUNITI ROHINGYA
pada hari Ahad, 17 Jun 2012.
di Masjid Negara selepas solat Zuhur

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

HIMPUNAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA JUMAAT INI
24 Rajab 1433 bersamaan 14 Jun 2012

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai  dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan. LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas kerajaan terhadap kerajaan Myanmar. Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar.

Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun 2012  di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya.

Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat Zuhur berjemaah di sana. Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini.


20120613

Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :

1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.

2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

20120611

Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau

PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH

Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program )  013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau)  012-2268230

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70

Sumbangan Ramadhan untuk Rumah Penempatan Sementara

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berasaskan perkhidmatan kebajikan semata-mata mempelawa mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada cabang perkhidmatan kami sebuah Rumah Penempatan Sementara untuk golongan yang memerlukan yang berpusat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Segala bentuk sumbangan boleh dihantar atau disalurkan melalui mana-mana kaedah berikut :-

1. Pos : No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tel:- 06-4810122 / 06-4810092 / 06-4810068

2. Hand Phone: 013-272 3079 ( Puan Zarinah )

3. Bank In/Transfer/Cek : Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Tampin, No. Akaun: 0502 101 001 9276

4. Hantar Sendiri :- One Stop Centre, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Tel:- 06-678 1021

5. Hand Phone: 012- 632 1519 ( Hajah Norizan )

Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

20120610

Gempa bumi melanda Ipoh?

Pada 8 Jun 2012 sekitar jam 11.15 pagi dilaporkan berlaku gegaran atau “tremor” yang melanda beberapa kawasan sekitar Ipoh selama lebih kurang 5 minit. Gegaran ini telah menyebabkan pintu dan tingkap bangunan bergetar. Apakah punca kejadian gegaran ini?

Beberapa laporan kejadian gempa kecil di Malaysia sebelum ini di http://gempamalaysia.blogspot.com

Pelbagai Perkhidmatan, Percetakan dan lain-lain

- Pasaran Perniagaan ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, Taman-Taman Perumahan dan umum.
- Promosi Serendah Rm200 Untuk Cetakan 20,000 Edaran Utk Sekitar Negeri Sembilan.
- 100% Bumiputra
- Kami juga mempromosikan pakej - pakej cetak dengan harga yang berpatutan.

Bunting/Banner
Bisnes kad
Flyers A3/A4/A5
Poster
Premium Item
Billbook
T-shirt
Tuala dan baju berkualiti
Billboard
Road Sign

Hubungi kami segera untuk tempahan:- 010-6325236/ 0133998375

20120609

HOMESTAY TOYYIBAH SEREMBAN


HOMESTAY TOYYIBAH SEREMBAN
Untuk pertanyaan lanjut dan juga tempahan,anda boleh menghubungi 012 357 5374/ 017 269 6298(US HAMZAH).

Maklumat lanjut di

KADAR SEWAAN : PAKEJ RM 200

Lokasi
- 5 minit ke highway LEKAS
- Kurang 20 minit ke Highway PLUS
- Kurang 10 minit dari Pusat bandar seremban.

Kemudahan:
- 4 bilik tidur.
Bilik 1 (bilik utama): berhawa dingin dan berkipas, mempunyai almari pakaian, cermin 2 bilik lagi berkipas sahaja) dan dilengkapi 2 buah katil bersaiz super single
Bilik 2 : berhawa dingin dan berkipas dan sebuah katil bersaiz super single.
Bilik 3: berkipas dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz super single
Bilik 4: berkipas dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz super single

- 3 bilik air yang luas, bersih dan selesa
- Ruang tamu yang besar dan selesa ( set sofa + sebuah televisyen +
permaidani + cermin besar)
- Dapur yang lengkap ( meja makan, peti ais, dapur + tong gas, kettle,
pinggan mangkuk, gelas dll)
- Lantai yang berjubin
- Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ( grill, pagar)
- Berhampiran surau, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah.
- Rumah mengadap padang permainan
- Boleh memuatkan 4 buah kereta

20120607

Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang

KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Takutilah doa orang teraniaya dalam isu tanah

Takutilah doa orang yang teraniaya, apatah lagi orang yang teraniaya tersebut mereka yang patuh menjalankan perintah Allah. Semoga kisah sabahat yang masyhur Sa'id bin Zaid ra, dalam isu pertikaian tanah memberi iktibar kepada kita semua.

Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang mengambil tanah orang lain walaupun sejengkal, nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya.’

***********************
Kisah Sahabat Nabi: Sa'id bin Zaid, Berkah Sebuah Doa

Ketika Rasulullah SAW menyeru orang-orang untuk memeluk Islam, Sa’id bin Zaid segera memenuhi panggilan beliau, menjadi pelopor orang-orang yang beriman kepada Allah dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. 

Sa’id masuk Islam tidak seorang diri. Dia bersyahadat bersama istrinya, Fatimah binti Khathab, adik perempuan Umar bin Khathab.

Mereka berdualah yang telah menyebabkan Umar bin Khathab masuk Islam. Sa’id bin Zaid bin Amr bin Nufail membaktikan segenap daya dan tenaganya yang muda untuk berkhidmat kepada Islam.

Di masa pemerintahan Bani Umayyah, merebak suatu isu dalam waktu yang lama di kalangan penduduk Madinah terkait Sa’id bin Zaid. Seorang wanita bernama Arwa binti Umais menuduh Sa'id merampas tanahnya dan menggabungkannya dengan tanah Said. Wanita itu menyebarkan tuduhannya ke seantero kaum Muslimin, dan mengadukan perkaranya kepada Marwan bin Hakam, Walikota Madinah saat itu.

Marwan mengirim beberapa petugas menanyakan kepada Sa’id tentang tuduhan wanita tersebut. Sahabat Rasulullah ini merasa prihatin atas tuduhan yang dituduhkan kepadanya. “Dia menuduhku menzaliminya (merampas tanahnya yang berbatas dengan tanah saya). Bagaimana mungkin aku menzaliminya, padahal aku telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang mengambil tanah orang lain walaupun sejengkal, nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya.’ Ya Allah, dia menuduhku menzaliminya. Seandainya tuduhannya itu palsu, butakanlah matanya dan ceburkan dia ke sumur yang dipersengketakannya denganku. Buktikanlah kepada kaum Muslimin sejelas-jelasnya bahwa tanah itu adalah hak hamba dan bahwa hamba tidak pernah menzaliminya,” kata Sa'id.

Tidak berapa lama kemudian, terjadi banjir besar yang belum pernah terjadi sebelumnya. Maka terbukalah tanda batas tanah Sa’id dan tanah Arwa yang mereka perselisihkan. Kaum Muslimin memperoleh bukti, Sa’id-lah yang benar, sedangkan tuduhan wanita itu palsu.

Hanya sebulan sesudah itu, wanita tersebut menjadi buta. Ketika dia berjalan meraba-raba di tanah yang dipersengketakannya, dia pun jatuh ke dalam sumur. Abdullah bin Umar berkata, “Memang, ketika kami masih kanak-kanak, kami mendengar orang berkata bila mengutuk orang lain, ‘Dibutakan Allah kamu seperti Arwa.”

Peristiwa itu sesungguhnya tidak begitu mengherankan. Karena Rasulullah SAW pernah bersabda, “Takutilah doa orang teraniaya. Karena antara dia dengan Allah tidak ada hijab (batas).” Apa lagi kalau yang teraniaya itu adalah salah seorang dari 10 sahabat Rasulullah yang telah dijamin beliau masuk surga, Sa’id bin Zaid.

20120606

Seminar Keluarga Muslim 1 Julai 2012 di Seremban

SEMINAR KELUARGA MUSLIM 2012
Tarikh : 1 Julai 2012, Ahad
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Panelis Seminar :
1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan)
2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis, penceramah bebas)
3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis Terkenal)
4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri Rancangan Solehah TV9)
5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar Kewangan)
6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar kewangan)
7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi LUA)
8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah bebas)
9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas)
10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal Teknik Mendorong Cara Nabi)

Sasaran Peserta :
1) Mereka yang sudah berumah tangga
2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat
3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej

Yuran Program
1) RM 100 yuran asal
2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012
3) RM 90 jika mendaftar berpasangan

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau
2) Ust.Aina (010-2414233)


Anjuran :
1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)
2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F)
3)Nisa' Motivation Centre

Apakah yang akan dipelajari?

Kategori Komunikasi Suami Isteri
1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran & Hadis
2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua
3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP

Kategori Kewangan
1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji
2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan

Kategori Pendidikan Anak-Anak
1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut Panduan Al-Quran & Hadith
2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi
3) Ibu Bapa Derhaka?

Permohonan Terbuka UPIM Pengambilan Julai 2012

PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) PENGAMBILAN JULAI 2012

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi (PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program yang dijalankan di IPMa.

IPMa yang turut sama dalam program ini adalah seperti berikut :-

i.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
ii. Kolej Profesional MARA (KPM)
iii. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
iv. German Malaysian Institute (GMI)
v.  Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

Pejabat MARA Negeri Sembilan
Bangunan Seremban Plaza,
Jalan Dato' Muda Linggi,
70100 Seremban, NEGERI SEMBILAN
No Tel : 06-762 2429

Bertarikh : 11 & 12 Jun 2012 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang

20120605

Bagaimana merawat kenalan saya yang ketagihan judi?

Saya mempunyai seorang kenalan, orang Melayu, beragama Islam, sudah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak. Dia juga mempunyai pekerjaan tetap. Dia mengatakan dia sering keputusan wang kerana ketagih berjudi di kafe siber.

Operasi untuk menutup siber kafe yang menjalankan kegiatan judi online, menangkap orang Islam yang mengunjungi kedai judi berlesen, menangkap orang ramai yang berjudi sabung ayam dan sebagainya adalah tanggungjawab pihak berkuasa, PBT, polis dan penguatkuasa Jabatan Agama.

Namun apa pula peranan agensi lain serta orang ramai untuk membantu mereka yang ketagih judi ini khususnya orang Melayu yang beragama Islam? Hampir tiada !

Saya hanya boleh nasihatkan kenalan saya ini, saya hanya mampu mendapatkan dia pekerjaan tetap, tetapi dia harus membantu diri dia sendiri untuk berubah. Yang penting ialah solat.

Kita ada klinik berhenti merokok. Malangnya Malaysia sebuah negara yang majoritinya orang Melayu yang beragama Islam tiada klinik berhenti berjudi untuk mereka yang ketagihan judi.

Kenapa kedai judi on-line tumbuh macam cendawan walaupun sering diserbu? Kerana ada permintaan dari mereka yang sudah ketagihan judi ini, mulanya hanya mencuba, akhirnya sudah ketagih walaupun kaki judi ini tahu ianya adalah haram dan mereka tak akan kaya atau senang dengan berjudi.

Bau rokok amat berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak

Kajian mendapati bukan sahaja asap rokok pasif amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi, malahan bau asap rokok yang melekat pada baju perokok atau mereka yang berada di kawasan merokok juga amat berbahaya kepada kanak-kanak terutamanya bayi. Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil “Thirdhand Smoke”

Thirdhand Smoke: Growing Awareness of Health Hazard

We know that smoking and secondhand smoke exposure are harmful, but what about "thirdhand smoke"? This is a relatively new term used to describe the residual contamination from tobacco smoke that lingers in rooms long after smoking stops and remains on our clothes after we leave a smoky place. It may seem merely like an offensive smell, but it is also indicative of the presence of tobacco toxins.

Thirdhand smoke consists of the tobacco residue from cigarettes, cigars, and other tobacco products that is left behind after smoking and builds up on surfaces and furnishings. Tobacco smoke is composed of numerous types of gasses and particulate matter, including carcinogens and heavy metals, like arsenic, lead, and cyanide. Sticky, highly toxic particulates, like nicotine, can cling to walls and ceilings. Gases can be absorbed into carpets, draperies, and other upholsteries. A 2002 study found that these toxic brews can then reemit back into the air and recombine to form harmful compounds that remain at high levels long after smoking has stopped occurring.

There is a growing body of evidence that this lingering tobacco residue has significant health risks. People, especially children and hospitality industry workers, can have considerable exposure to it. As confirmed by the 2006 Surgeon General's Report, there is no safe level of exposure to tobacco smoke. And tobacco smoke toxins remain harmful even when breathed or ingested after the active smoking ends.

A study published in February 2010 found that thirdhand smoke causes the formation of carcinogens. The nicotine in tobacco smoke reacts with nitrous acid - a common component of indoor air - to form the hazardous carcinogens. Nicotine remains on surfaces for days and weeks, so the carcinogens continue to be created over time, which are then inhaled, absorbed or ingested.

Children of smokers are especially at risk of thirdhand smoke exposure and contamination because tobacco residue is noticeably present in dust throughout places where smoking has occurred. The homes, hair, clothes, and cars of smokers can have significant levels of thirdhand smoke contamination. Young children are particularly vulnerable, because they can ingest tobacco residue by putting their hands in their mouths after touching contaminated surfaces.

Awareness about thirdhand smoke is increasing, and it gained a great deal of attention in January 2009 when the journal Pediatrics published a study assessing people's beliefs about the health effects of thirdhand smoke and children's level of exposure to it. However, the report found there is much less awareness about thirdhand smoke exposure and its harm to children than there is awareness about the dangers of secondhand smoke.

The growing understanding of thirdhand smoke contamination reaffirms the need for more smokefree places and for avoiding exemptions in smokefree laws that permit smoking at private events in public places or in businesses during late evening hours; these kinds of provisions do not protect people's health.

Parents, landlords, business owners and others need to be aware of the health risks of exposure to thirdhand smoke and recognize that eliminating smoking is the only way to protect against tobacco's smoke contamination.

Study: Third-hand smoke can endanger unborn babies
News 10NBC - April 22, 2011

A new study finds just traces of cigarette smoke left on furniture and clothing can endanger the lungs of unborn babies. These lingering toxins from tobacco are called third-hand smoke which researchers say can be just as harmful as secondhand or even ...

'Thirdhand smoke' leaves long-lasting toxins
abc7.com - April 21, 2011

With a young child at home, Chien is well aware of the health risks of smoking, but he's shocked about another danger that's hidden. Scientists call it "thirdhand smoke." "From what I hear so far, thirdhand smoke could be just as devastating to you as ...


Babies who sleep with smoker parents exhibit high nicotine levels
ScienceBlog.com (blog) - March 29, 2011

"Third-hand smoke" stuck to skin or clothing is responsible for the high nicotine levels seen in babies who share a bedroom with their smoker parents. This is the conclusion of a study carried out in Catalonia, which also shows that ventilating bedrooms is not effective in reducing the levels of toxins from passive smoking ...

Third-hand smoke is dangerous, especially for crawling babies
TheMedGuru - Neelam Goswami - January 13, 2011

The hazardous effects of cigarette smoking on the human body are well known. Even it is well documented that longtime exposure to secondhand smoke can harm human health in many ways.

The invisible remains of cigarette smoke that deposit on carpeting, clothing, furniture, and other surfaces are called third-hand smoking.

'Thirdhand Smoke' a Lingering Problem
JoinTogether.org - January 5, 2011

A new study found the chemical by-products of tobacco smoke cling to the air and surfaces of smokers' homes long after they've moved out, msnbc.com reported Dec. 16.

Researchers at San Diego State University led by psychology professor Georg Matt, Ph.D., analyzed the homes of 100 smokers and 50 nonsmokers for chemical smoking residue just before the residents completed a planned move. Two months later, they re-measured air and surface nicotine in the homes that had been rented or sold to nonsmokers, and checked the fingerprints of the new residents for nicotine.

They also analyzed urine samples of the youngest new inhabitants for cotinine, a nicotine metabolite.

20120601

Jom kita perbanyakkan sedekah pada 4 Jun 2012

Marilah kita perbanyakkan berdoa, bertakbir, menunaikan solat gerhana bulan  dan bersedekah sempena peristiwa gerhana bulan pada Isnin 4 Jun 2012 nanti insyaAllah.

GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012    

Umat Islam di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam.

Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31 malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur.  

Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak singkat, umat Islam di Pulau Pinang dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan memunaikan solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam.

Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan. Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku 'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun.    


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Bapa yang merokok membahayakan kesihatan anak-anak

Orang Tua Merokok, Anak Berpotensi Sakit Paru-paru

ANAK-ANAK yang terpapar asap rokok atau perokok pasif berisiko tinggi pada masalah paru-paru dalam jangka panjang. Kesimpulan itu merupakan hasil penelitian para ilmuwan di University Arizona, Amerika Serikat.

Sekelompok ilmuwan menganalisis hasil penelitian 24 tahunan untuk menilai prevalensi dan faktor risiko penyakit pernapasan kronis. Responden diminta mengisi kuesioner setiap dua tahun dari tahun 1972 sampai tahun 1996


Anak Perokok Pasif Berisiko Sakit Paru

Riset menemukan 1 dari 2 anak terpapar asap rokok sejak kelahiran hingga berusia 15 tahun.

Gejala pernapasan seseorang sangat berhubungan dengan perilaku merokok orangtua.

VIVAnews - Anak-anak yang terpapar asap rokok atau yang dikenal dengan secondhand smoke atau perokok pasif berisiko tinggi mengalami gangguan paru-paru dalam jangka panjang. Kesimpulan ini merupakan hasil studi ilmuwan Universitas Arizona, Amerika Serikat.


REFORMASI FATWA ROKOK: DULU KHILAF KINI IJMAK
Disediakan oleh : Mohd Azhar bin Abdullah - Pensyarah KIAS

Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok.