"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20120731
20120726
Kakitangan kerajaan buat overtime samun kafe siber
Namun gagal apabila dikejar dan dibelasah teruk oleh suami
mangsa, lari lintang pukang, tertinggal kunci kereta, kereta dan kad pengenalan.
Akhirnya ditangkap polis dibawa ke hospital. Jika kakitangan kerajaan tersebut
beragama Islam, semoga mereka insaf di bulan Ramadhan ini.
Two would-be cyber café robbers thwarted by victim’s husband
July 26, 2012
KUANTAN: Two civil servants who were robbing a cyber cafe
ended up running away in shock after the husband of their victim showed up and
turned the tables on them.
State CID liaison officer ASP Noor Asyikin Shamsuri said the
man chased the machete-wielding suspects and hit one of them with a steel pipe.
"The suspects aged 22 and 24-years-old had walked into
the cyber caf at Lorong Tun Ismail here at about 3.40am Thursday and told the
24-year-old shop assistant to hand over the money.
"When she told them all the cash had been given to her
boss, the suspects took her cellphone and some money from her pockets,"
said ASP Noor Asyikin at the state police headquarters Thursday.
She said the suspects tried to flee when the woman's
27-year-old husband arrived shortly afterwards.
"He reached for a steel pipe and gave chase. The
suspects tried to escape in their car but dropped the key when they were hit
repeatedly. They just ran away leaving their car behind," said ASP Noor
Asyikin.
She said several policemen rushed to the scene when they
received a distress call at about 4am .
"The policemen found two identification cards in the
car. They patrolled the area and found the suspects hiding beside a hotel at
Jalan Bukit Ubi at about 4.30am.
"The 22-year-old suspect's head and left arm were
bruised and lacerated," said ASP Noor Asyikin, adding that the suspects
were promptly arrested and taken to Hospital Tengku Ampuan Afzan for treatment.
She said the case was being investigated under Section 395/397
of the Penal Code for armed gang robbery.
Dua Lelaki Diberkas Selepas Setengah Jam Samun Kafe Siber
Julai 26, 2012
KUANTAN: Dua lelaki yang menyamun di sebuah kafe siber di
Jalan Tun Ismail dekat sini awal pagi Khamis, berjaya diberkas polis kira-kira
setengah jam selepas kejadian.
Kedua-dua suspek bersenjatakan parang sebelum itu bertindak
menyamun pembantu premis berusia 24 tahun yang sedang menunggu suaminya di
premis berkenaan.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor
Asyikin Shamsur berkata dalam kejadian 4 pagi itu, wanita berkenaan didatangi
suspek berusia 20 dan 24 tahun yang bertindak merampas telefon bimbit mangsa
dan wang tunai berjumlah RM420.
"Kedua-dua suspek terbabit melarikan diri dan pada masa
yang sama suami mangsa, 27, tiba di premis berkenaan bertindak mengejar mereka.
"Suami mangsa sempat mencapai sebatang besi paip dan
berjaya memukul seorang suspek," katanya.
Kedua-dua suspek berjaya diberkas polis kira-kira dua
kilometer dari tempat kejadian.
"Mereka ditemui di tepi sebuah hotel di Jalan Bukit Ubi
di sini. Seorang daripada suspek cedera di kepala, tangan dan badan dipercayai
akibat dipukul suami pembantu premis itu,"katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397
Kanun Keseksaan. - BERNAMA
20120725
Jenayah makin meruncing, makmurkan masjid jalan penyelesaian
Pagar rumah ibu saya di Rembau sentiasa terkunci terutamanya
bila tiada lelaki di rumah. Beberapa bulan lalu anak buah saya kata ada van
berhenti depan pagar rumah, walaupun dah dinasihatkan supaya jangan layan
sesiapa yang tidak dikenali, anak buah saya pergi juga. Saya tidak ada dirumah
ketika itu. Anak buah saya kata orang tadi kata kalau nak turap jalan depan
rumah mereka boleh buat. Anak buah saya tak layan, pintu pagar berkunci, mereka
pun beredar.
Beberapa hari selepas itu diberitakan sebuah rumah
berhampiran Masjid Kg Bongek disamun pada siang hari. Modus operandinya ialah
beberapa orang menaiki van bertanya kepada warga emas pemilik rumah tadi untuk
perkhidmatan turap jalan. Disebabkan warga emas tadi keluar rumah dan pintu
pagar tidak berkunci, dia pun disamun.
Sebelum Ramadhan, Ustaz Kamil ceramah di Surau Alamanda.
Katanya di taman perumahan beliau di Nilai, dulu kes pecah rumah amat banyak. Makin
dibuat rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Akhir sekali
mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah,
kuliah ilmu dan ceramah.
Akhirnya kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan
dengan drastik sekali.
Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah
melupakan pelanduk.
Hanya kepada Allah tempat kita mohon perlindungan dan
pertolongan. Makmurkanlanh masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah,
majlis ilmu, ceramah, tazkirah dan sebagainya.
Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012
SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami
isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini
semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang
ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua
guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang
berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang
kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan
barang berharga.
“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan
barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.
“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan
kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan
berada di pejabat mereka,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta
jenis Perodua Myvi milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika
itu.
“Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta
berkenaan dan meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan
dicuri di Klang dan siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek,” katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta
jenis Toyota Camry milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan
parang dalam kejadian samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia
30-an didatangi sebuah kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti
di hadapan rumah sejurus pulang dari bekerja.
“Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa
supaya menyerahkan semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas,
broadband, dan telefon bimbit.
“Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa
sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000,”
katanya.
Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen
395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
“Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang
mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran,” katanya.
20120723
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012
MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: ‘Saudara Baru Saudara Kita’
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30
petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan
Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan
Jualan Kerusi: RM
100 (biasa), RM500 (VIP)
Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) ,
019-257-5486 (Hj Asri Loke )
Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara
Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M)
Sdn Bhd telah berjaya menempatkan
pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam
pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.
Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan
Malaysian Medical Council (MMC).
Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba
mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di
IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA
4.00.
Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi
mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung
1200 tempat sahaja.
Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan
yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS
tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang mencecah hampir RM 400,000
KENAPA MESIR?
1. Malaysia
mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai
pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti
Al-Azhar
2. Rakyat Mesir
amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu
dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup
yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak
matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia dan Russia
5. Majoriti
Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan
menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat
Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program
Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga
menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.
SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA
MUSLIM
• Dengan mendapat
B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK
TAMBAHAN dalam SPM
Untuk pertanyaan
serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll
1-800-888-727
019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362
(Anwar)
Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan
JPA : http://pengiktirafan.jpa.gov.my
20120722
20120720
20120717
SUMBANGAN RAMADHAN 1433 H
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan
mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1433 H serta penyerahan
bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Negeri Sembilan.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan
sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Maklumat lanjut
aktiviti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com
20120708
Program Remaja 3R 15 Julai 2012 di Masjid Senawang
PROGRAM 3R – Remaja Rai Ramadhan 1433
H
Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terbuka kepada remaja berumur 14 ke 17
tahun
Istimewa bersama Imam Muda Aran
Untuk penyertaan atau pertanyaan sila
hubungi Muhammad Afif - 0133582870 , Nurul Asyikin binti Abdullah -
0139573626
Maklumat lanjut di
www.facebook.com/ikram.sembilan
20120707
Kenapa perlu marah promosi arak bulan Ramadhan?
Bila kita baca berita sebuah pasaraya
buat promosi jualan arak sempena Ramadhan, boleh kata semua orang
Islam marah. Eloklah marah, tetapi sebelum marah pada pemilik
pasaraya tersebut, marah dulu pada diri sendiri, marah dulu pada umat
dan bangsa sendiri. Mungkin pemilik pasaraya tadi keliru, sebab dia
tengok ada umat Islam terutamanya orang Melayu yang minum arak,
apatah lagi jika ada yang minum arak tersebut terdiri daripada mereka
yang berpengaruh atau berjawatan tinggi. Atau mungkin pemilik
pasaraya tadi keliru kerana ada premis yang membuat arak atau menjual
arak dirasmikan sendiri oleh orang Melayu.
Tanganilah isu ini dengan perasaan
kasih sayang. Perasaan benci hanya kepada maksiat atau perbuatan
maksiat tetapi perlu ada perasaan kasih sayang terhadap pelaku
maksiat. Kita hendak kita dan pelaku maksiat tadi sama-sama masuk
syurga.
Saya begitu tersentuh apabila
diberitahu ada sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan dimana ada
seorang guru beragama Hindu amat prihatin sekali akan pelajar Islam
di sekolah berkenaan, hinggakan guru tadi memastikan semua anak-anak
muridnya solat berjemaah Asar di surau di sekolah tersebut. Malukan,
kita sendiri tak boleh tak pastikan anak-anak kita solat jemaah,
anak-anak murid kita solat jemaah, pekerja kita solat jemaah.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan
hidayah kepada guru beragama Hindu tadi.
Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’
sengaja dilakukan?
PUTRAJAYA 16 Julai 2012 - Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya
yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang
dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor
Osman berkata, tindakan pasar raya di sebuah kawasan perumahan di
Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk
menguji kesabaran umat Islam.
Jamil Khir Selar Tindakan Pasar Raya
Eksploitasi 'Ramadan Sale' Jual Minuman Keras
6 Julai 2012
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Jumaat menyelar
tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah
'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan
mengikut peruntukan yang ada.
The Store buat promosi Carlsberg
sempena Ramadhan
Harakahdaily, 05 Jul 2012
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya
di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya
'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan
ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan
dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari
pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui
facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam)
dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang
ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga
yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang
Bukan Islam yang tidak faham.
Lanjutan kisah wanita di serang di tempat letak kereta
Akhbar hari ini mengesahkan kejadian
yang menimpa Nooralida M Noor yang diserang di tempat letak kereta
sebuah pasaraya terkenal di ibu kota pada siang hari. Pembaca boleh
membaca detik-detik serangan tersebut secara terperinci yang
disiarkan di beberapa blog di internet antaranya di
http://meramonst.blogspot.com/2012/07/serius-cubaan-merogol-dan-merompak-di.html
. Jenayah kejam yang dilakukan pada siang hari di tempat awam
sebegini benar-benar meletakkan rakyat Malaysia dalam kebimbangan,
seolah-olah penjenayah di Malaysia ini bebas melakukan sekehendak
hati mereka.
Hanya kepada Allah kita mohon
perlindungan.
Leher dirodok penyamun
Harian Metro 7 Julai 2012
AMPANG: Seorang wanita kini bertarung
nyawa namun stabil selepas menjalani pembedahan pada paru-para kanan
lebih tujuh jam ekoran tragedi hitam yang menimpanya apabila hampir
disamun dan diculik seorang lelaki di sebuah pasar raya besar di
Ampang, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang
Selasa lalu itu, mangsa berusia 30-an bersendirian membeli beberapa
barangan di pasar raya berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki
ketika mahu masuk dalam kereta yang diletakkan di tempat letak
kenderaan pasar raya itu.
Lelaki itu meletakkan pisau di leher
mangsa. Ketika mangsa meronta mahu melepaskan diri, lelaki terbabit
merodok lehernya hingga mencederakan paru-paru kanannya.
Kejadian itu tersebar melalui laman
sosial facebook mangsa yang dikenali sebagai Nooralida M Noor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten
Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan
daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa
menerima rawatan lanjut di Hospital Gleneagles, di sini.
Beliau berkata, pihaknya menjalankan
siasatan lanjut bagi mengesan suspek.
Sementara itu, jurucakap hospital
berkenaan memberitahu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kritikal
pada leher dan paru-paru kanan akibat dirodok dengan pisau dan
menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin sebelum dimasukkan ke wad
Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil namun masih di
bawah pemantauan pihak hospital.
Dalam laman facebook, Nooralida
berkata, dia diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika mahu
masuk dalam keretanya.
Katanya, lelaki itu meletakkan pisau
pada lehernya dan memegang tangannya dipercayai bagi mengelakkannya
melawan.
Menurutnya, dia melawan tindakan lelaki
itu menyebabkan lelaki terbabit merodok lehernya hingga berlaku
pendarahan serius.
“Saya membunyikan hon menyebabkan
seorang wanita bersama anak lelakinya berusia 20-an hairan dan
mengesyaki sesuatu berlaku.
“Lelaki itu yang menyedari kehadiran
mereka melarikan diri sebelum saya menahan kesakitan dan memandu
kereta ke balai polis berhampiran membuat laporan,” katanya.
Katanya, polis menghantar mangsa ke
hospital dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati paru-paru kanannya
mengalami kecederaan serius akibat terkena tikaman.
Bagaimanapun, mangsa sudah menjalani
pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU selain dilaporkan stabil.
Usaha Harian Metro semalam untuk
menemui keluarganya gagal apabila enggan ditemu bual kerana masih
terkejut dan bersedih dengan kejadian menimpa mangsa.
20120705
PROMOSI KRAF MANTAI 2012
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan
Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18
Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan.
Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf
(produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang,
bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok
dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf
dan pelbagai aktiviti menarik.
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf
Mantai 2012
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Promosi
Kraf Mantai 2012
Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri
Sembilan
Kompleks Kraf
Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
06-7671388 ( T )
06-7671450 ( F )
20120702
Siri Ceramah Menjelang Ramadhan
CERAMAH MENJELANG RAMADHAN 1
Tarikh :7 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat
Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Ruslan Abd Razak
CERAMAH MENJELANG RAMADHAN 2
Tarikh : 14 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat
Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Kamil Ismail
Muslimin dan muslimat semua dijemput
hadir
Kuliah Ustaz Dato Arshad 6 Julai 2012
KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
(mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput
hadir
Langgan:
Catatan (Atom)