KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120810

Kenapa Muzium N.Sembilan anjur Forum Komunis?

Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya? Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan.

Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak.

**************
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Tokoh:
i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis'
ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'
Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 06-7361149

Destinasi yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam Penghulu Luak Rembau yang pertama, Dato’ Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya, Puan Isteri Siti Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan keadaan maqam pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun, pagar yang runtuh….bumbung dah pecah.

Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.  Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.

Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap?

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja

Tiada ulasan: