Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu
lampu hijau dapatkan dana
WALAUPUN kerja pra-produksi bagi
pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem
terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat
dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu
keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas
cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil
lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka
belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem
bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau,
sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan
askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih
tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik
Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan
Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta
Sarawak.
“Ikut perancangan asal jika
penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat
menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari
Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’
jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat
mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak
melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi
pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit
hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Kami mahu generasi masa kini mengetahui
semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak
bangsa dari perspektif sebenar. “Sekurang-kurangnya geran ini juga
menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini
apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga
sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan
direalisasikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan