KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130905

Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal


Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggara kereta dia lepaskan kereta tersebut.

Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun.

RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.

Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.

Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah 120cc.

Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2 bulan.

Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas.

20130904

Wanita Islam berpakaian ketat dikira tidak menutup aurat dan bertelanjang


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Bila minyak naik, harga barang akan naik, lebih ramai rakyat akan susah.

Gunakanlah kesempatan ini untuk menggembelingkan tenaga kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli jemaah kita, ahli taman kita yang berkemampuan untuk membantu mereka disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi mereka tidak meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.

Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebajikan, bukan untuk menunjukkan jemaah atau parti kita lebih berkebajikan, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, agar manusia kembali berharap sepenuhnya kepada Allah.

Siapa yang ada duit, beri sumbangan duit. Siapa yang ada rumah lebih yang terbiar tapi masih elok, berilah tumpang mereka yang tidak berumah. Siapa yang ada tanah lebih yang tidak diusahakan, berilah kepada mereka yang hendak mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang perlukan kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan untuk berjimat cermat.

Carilah rakan kongsi yang amanah, kerana Allah akan menjadi rakan kongsi kita yang ketiga.

Bendera Kerajaan Rembau


Kerajaan Rembau terbentuk jauh lebih awal dari kerajaan Negeri Sembilan dan jauh lebih awal dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sejak lebih 600 tahun yang lalu.

Bolehkah bendera kerajaan Rembau dikibar pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun untuk memperingati kehebatan dan jasa kerajaan Rembau satu ketika dulu dalam usaha menentang penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris serta jasa kerajaan Rembau membangunkan Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor?

20130903

KULIAH HADITH 40


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 September 2013, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir