Gunakanlah kesempatan ini untuk
menggembelingkan tenaga kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli
jemaah kita, ahli taman kita yang berkemampuan untuk membantu mereka
disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi mereka tidak
meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.
Marilah kita berlumba-lumba berbuat
kebajikan, bukan untuk menunjukkan jemaah atau parti kita lebih
berkebajikan, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,
agar manusia kembali berharap sepenuhnya kepada Allah.
Siapa yang ada duit, beri sumbangan
duit. Siapa yang ada rumah lebih yang terbiar tapi masih elok,
berilah tumpang mereka yang tidak berumah. Siapa yang ada tanah lebih
yang tidak diusahakan, berilah kepada mereka yang hendak
mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang perlukan
kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan
untuk berjimat cermat.
Carilah rakan kongsi yang amanah,
kerana Allah akan menjadi rakan kongsi kita yang ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan