KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140305

Tahniah kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan




Tahniah kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, kerana mempunyai senarai Kumpulan Tareqat yang berdaftar untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam. Harap-harap JAKIM dan Majlis Agama Islam semua negeri mempunyai maklumat serupa untuk mengelakkan kekeliruan seperti berita di bawah ini.

Siasat kumpulan tarekat

Utusan 4 Mac 2014 - Penduduk Kampung Sungai Galah 2 dekat sini menggesa pihak berkuasa menyiasat kegiatan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pengamal tarekat Naqsabandiah Al-Kholidi kerana dibimbangi menyimpang daripada ajaran Islam. Antara kegiatan yang meragukan kumpulan itu ialah berwirid, berzikir dan beratib dengan kuat pada waktu malam dan berselang seli dengan bertepuk tangan.

SENARAI TAREQAT BERDAFTAR DI NEGERI SEMBILAN

Senarai Tarekat Tasauwuf Yang Telah Diluluskan Di Bawah Subseksyen 12(1), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

1. Nama Tarekat: Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rashidiah al-Dandarawiah.
    Syeikh: Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
2. Nama Tarekat: Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
    Syeikh: Tuan Hj. Abu Talib bin Rabit
3. Nama Tarekat: Tarekat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiah.
    Syeikh: A.F Ust. Shaifudin bin Maulup
4. Nama Tarekat: Tarekat al-Syazuliyah al-Darqawiyah.
    Syeikh: A.F Ust. Hj. Mohd Nasir bin Hj. Othman
5.  Nama Tarekat: Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiah.
    Syeikh: A.F Ust. Mohd Fadil bin Ariffin
6.  Nama Tarekat: Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
    Syeikh: Tuan Mohd Anua bin Mohd Zin
7.  Nama Tarekat: Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
     Syeikh: Tuan Haji Abdul Manaf bin Jaya
8.  Nama Tarekat: Tarekat al-Ja‘fariyah al-Ahmadiah al-Muhammadiah.
    Syeikh: A.F Dr. Shuhadak bin Mahmud
   
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/726-senarai-tareqat-berdaftar-di-negeri-sembilan

Tiada ulasan: