KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140701

Rugilah ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang jika tak kenal Imam kita



Imam 1 Masjid Bandar Baru Senawang, Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad adalah antara orang yang amat saya segani, hormati, kagum. Justeru itu saya menyeru ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang yang berada di Kuarters Balai Polis Senawang, Taman Desa Melor, PPR Senawang, Taman Jasmin, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Kobena, Taman Anggerik, Taman Matahari Height, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Taman Desa Dahlia, Taman Senawang Indah, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Widuri agar mengenali dengan lebih dekat Ustaz Dato Hj Arshad.

Rugi kalau kita tak kenal Imam kita sendiri. Takkan nak tunggu nak kahwinkan anak, atau diri sendiri nak kahwin barulah tercari-cari Imam. Atau tunggu ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia, barulah kenal siapa Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad.

Walaupun Imam 1 kita ini , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah, ada gelaran Dato, berusia sekitar 70an. Namun beliau nampak macam orang kebiasaan, malahan beliaulah yang terlebih dahulu turun padang jika ada gotong royong di masjid.

Bukan setakat akad nikah, solat jenazah saja beliau uruskan, sampaikan sembelih lembu pun beliau buat, masak kenduri gotong royong pun beliau yang masak. Jemaah lain tak berani nak mulakan dulu, nak tumis pun tak berani, kerana harapkan keberkatan dan kelazatan masakan beliau.

Tak pernah tengok beliau marah-marah.

Kesian saya, ada ahli kariah layan beliau macam kerani di kaunter, minta tandatangan untuk surat sokongan dan sebagainya. Beliau tak kisah, tapi saya kisah, kesian, beliau sudah tua, sudah uzur, namun ahli kariah kita kurang rasa hormat pada beliau. Tapi beliau tak kisah juga, kalau beliau sedang beri kuliah, atau lepas solat jenazah, berdering saja telefon , tanya macam-macam, nak ajak baca tahlillah, nak tandatangan boranglah.

Namun beliau tak kisah, sabar, tawaduk beliau.

Kuliah dan ceramah beliau tak lah ramai yang hadir macam Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias, tapi ceramah beliau amat terkesan, siapa yang pernah dengar ceramah atau kuliah beliau, pasti akan teringat-ingat pesanan beliau.

Kalau jemaah nak pergi haji, mudah saja pesanan beliau, “Pergi haji ni nak banyak sabar”.

Sekali lagi saya menyarankan ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang kenalilah Imam kita, bantulah beliau walaupun beliau tidak minta dibantu.

Amat sukar mencari orang seperti beliau sekarang ini.

2 ulasan:

Ros Nita berkata...

nak bertanya..adakah beliau juga bekas kadi kuala pilah dlm tahun 1993.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya beliau pernah jadi Kadi di Kuala Pilah