KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150323

Jika boleh naik taraf kenapa perlu beli kapalterbang baru?



Jika boleh naik taraf kenapa perlu beli kapalterbang baru?

************ 


Syarikat Tempatan Tawar Diri Naik Taraf Pesawat MIG-29N TUDM

LANGKAWI, 20 Mac 2015 -- Sebuah syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC), menawar diri untuk menaik taraf 10 pesawat MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA).

Ketua pegawai eksekutif ATSC Lt Kol (B) Fadzar Suhada hari ini berkata penambahbaikan yang disyorkan syarikat itu akan menjadikan pesawat berkenaan bukan sahaja setanding dengan jet pejuang MRCA lain yang ada di pasaran, malah mampu memanjangkan jangka hayatnya hingga sekurang-kurangnya 25 tahun.

"Setelah menjalankan kajian meluas selama dua tahun, kami percaya pesawat itu (MiG-29N) masih baik, tetapi apa yang perlu dilakukan angkatan tentera udara ialah meningkatkan kemampuannya ke paras MRCA.

"Ia merupakan pilihan lebih murah (berbanding membeli MRCA baharu) dan memberi jaminan bahawa industri tempatan mampu menyokong pesawat itu jika berlaku sesuatu," kata beliau sambil menjelaskan bahawa ATSC mampu menaik taraf dua MiG pertama dalam tempoh 18 bulan.

Tiada ulasan: