KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150406

Kalaulah N.Sembilan cuti Jumaat



Alangkah baiknya kalau Negeri Sembilan pun mengambil hari Jumaat, penghulu segala hari sebagai hari cuti mingguan.
“Beraja Ke Johor, Bertali Ke Siak, Bertuan Ke Minangkabau”


Cuti Jumaat, masjid penuh
6 April 2015

JOHOR BAHRU -  Penetapan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu yang ditetapkan di negeri ini sejak Januari tahun lalu berjaya menarik lebih ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid kawasan kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalib Abd Rahim berkata, ia menunjukkan perkembangan positif dari segi hidup bermasyarakat apabila lebih ramai penduduk beragama Islam keluar menunaikan solat Jumaat di kawasan perumahan, berbanding berada di tempat kerja.

Menurutnya, biasanya sebelum penetapan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu bagi negeri ini, kebanyakan masjid di kawasan penempatan penduduk kurang jemaah.

“Alhamdulillah saya menerima maklum balas positif daripada umat Islam di seluruh daerah mengenai kehadiran jemaah menunaikan solat Jumaat sungguh luar biasa di masjid kawasan penempatan sejak diisytiharkan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu.

Tiada ulasan: