KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061130

Orang Rembau Utamakan KARAOKE, abai SPM, pelajaran

SURAT PERTAMA

Daripada : Rafizan bin Harun, No 63, Rumah Rakyat Chengkau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tal : 017-3212699.Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau,Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau operasi dua buah restoran di pekan Chengkau yang menyediakan perkhidmatan karaoke, salah sebuah daripadanya ialah Perpatih Corner.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Sementara acara karaoke bermula sekitar jam 8 malam berlanjutan hingga jam 2 pagi.

Kami penduduk setempat di kawasan Rumah Rakyat Chengkau ini dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar , Rafizan bin Harun Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363, Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

****************************
SURAT KEDUA

Daripada : Abd. Rahim bin Maarof, Kg Senama Baru, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tal : 012-4675820. Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau, Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum wrt wbt, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau sebuah restoran di Kg Senama Baru, di tepi jalan utama Rembau-Tampin yang menyediakan perkhidmatan karaoke.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 9 malam hingga jam 1 pagi.

Kami penduduk setempat dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

Yang benar , Abd. Rahim bin Maarof , Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363. Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506