Rayuan Derma Malam Palestin 2006
Maklumat penuh sila layari laman web Yayasan Aman Palestin www.amanpalestin.com
Assalamamualaikum YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pakatan Persatuan Islam Tenaga Nasional Berhad (PAKATAN TNB), Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad (BAKIT TM) dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Program Malam Palestin 2006. Program ini dianjurkan sebagai usaha kita bersama untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lebanon dengan cadangan cara membina pusat latihan untuk wanita dan rumah kebajikan anak-anak yatim di sana.
Sebagai makluman kepada YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan, pada tahun 2005, kami telah pun mengadakan program yang sama dan wang yang diperolehi telah diserahkan terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama untuk membina Rumah Anak Yatin di Bur Barajneh, Lebanon dan Pusat Latihan Jahitan di sana. Hasil Kutipan daripada Program Malam Palestin 2006 ini pun akan dihantar terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama ke tempat-tempat yang dirancangkan itu.
Program yang bakal diadakan itu adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 Nov 2006 (Sabtu malam minggu)
Masa Program: 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sebaguna Kompleks TNB, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Penceramah: Dr. Azam Tamimi dari London, United Kingdom
Pengajur Bersama:
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, KL
PAKATAN, Tenaga Nasional Berhad
BAKIT, Telekom Malaysia Berhad
Aman Palestin Berhad
Oleh itu, kami merayu agar YHbg Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan turut sama menjayakan pgorgam ini dengan memberikan sumbangan kepada program ini. Individu yang memberikan sumbangan melebihi RM20,000.00 akan diberi kesempatan menyerahkan "mock cheque" kepada Penaung Program Malam Palestin 2006 di majlis tersebut.
Adalah diharapkan pihak YBhg Tan Sri/puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mengesahkan persetujuan untuk memberikan sumbangan selewat-lewatnya pada 1 November 2006 ke alamat berikut:
Bendahari,
Program Malam Palestin 2006
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Seumbangan cek hendaklah di atas nama:
"Akaun Malam Palestin"
atau dikreditkan terus ke:
Akaun No: 14-023-01-003154-0 di Bank Islam Malaysia Berhad
Atas kerjasama dan sokongan YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Lampiran: Borang Jawapan:
Rujukan Kami:
Rujukan Tuan:
Bendahari,
Program Malam Palestin 2006,
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur
PER; RAYUAN DERMA MALAM PALESTIN 2006
Kami merujuk kepada surat Tuan Rujukan: PAL2006/URU/(001) bertarikh 10 Oktober 2006 mengenai perkara di atas. Kami bersetuju memberi sumbangan wang bagi PROGRAM MALAM PALESTIN 2006 seperti dibawah:
i- RM 3,000.00
ii- RM5,000.00
iii- RM10,000.00
iv- RM15,000.00
v- RM20,000.00
vi- ……………….
Kami sertakan bersama cek berpalang No:…………………… Bank ……………………… untuk tindakan selanjutnya.
Kami telah memasukkan wang seperti di atas ke dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, Akaun No. 14-023-01-003154-0. Kami sertakan bersama salinan “bank-in slip” berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Sila kemukakan resit rasmi berkaitan untuk simpanan kami
Article posted: 30 Okt, 2006 - 01:24 AM
http://www.amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=50